MODERATOR AIDC

AIDC NORA ZEK LADY
FAIZAL OM 300 QASEH
UDIN KMBG GLORY CKIAH
DRASEREMANG PISAU ABU

PANAS! DI AIDC GROUP

Anwar, International Crisis Group & Annapolis Summit : Klik di sini


NOTIS

Sesiapa yang mempunyai salinan pita rakaman mesyuarat MT berkenaan pemecatan Anwar pada tahun 1998, diharap dapat menghubungi saya via ym aidceditor atau email aidceditor@yahoo.com

1 Nov 2009

PKR makin porak peranda...

Tatkala Datuk Seri Anwar Ibrahim kebelakangan ini makin kerap terbang ke sana sini untuk menghadiri forum-forum antarabangsa sebagai tokoh yang kononnya hendak membawa perubahan kepada dunia, hakikatnya parti yang diterajui oleh isterinya makin porak peranda.

Malah apabila kemelut dalaman ini mula dilaporkan oleh media yang selama ini amat cenderung pemberitaannya menyokong Parti Keadilan Rakyat (PKR) seperti Malaysiakini, parti itu secara rasmi melalui Ketua Penerangannya Latheefa Koya telah membuat surat bantahan kepada editor portal berita berkenaan.

Terbaru, kemelut yang tidak lagi dapat dibendung oleh PKR ialah tindakan Naib Presidennya dari Sabah, Dr Jeffrey Kitingan dan seorang Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) juga dari negeri di bawah bayu itu, Christina Liew meletakkan jawatan mereka.

Malah dilaporkan Jeffrey serius mempertimbangkan untuk menyertai semula Parti Bersatu Sabah (PBS) pimpinannya, Datuk Seri Joseph Pairin Kitinggan.

Walaupun dalam surat bantahan Latheefa menafikan laporan perletakan jawatan Setiausaha Agungnya Datuk Salehuddin Hashim tetapi kemelut PKR Sabah yang turut dikatakan tidak berlaku terbukti wujud dengan perletakan jawatan Jeffrey dan Christina tersebut.

Jeffrey ketika mengumumkan keputusannya itu berkata, beliau membuat keputusan melepaskan jawatan Naib Presiden kerana kecewa dengan layanan pucuk pimpinan parti itu terhadap PKR Sabah. Jeffrey pernah menjadi Pengerusi Perhubungan PKR Sabah sebelum digugurkan.

Menurutnya, beliau yakin ramai lagi pemimpin dan pengikut PKR di negeri Sabah akan menuruti jejaknya meletakkan jawatan mereka dalam parti.

“Mereka menyertai PKR sebelum ini kerana saya kerana yakin dengan perjuangan yang saya bawa,” ujar beliau.

Ditanya masa depan politiknya, Jeffrey berkata, beliau masih membuka pilihan dan akan membuat keputusan apabila tiba masanya.

Manakala Christina pula dilaporkan, akan menyerahkan surat perletakan jawatan MPT dalam waktu terdekat kepaa pimpinan parti itu.

Bagaimanapun katanya, buat masa ini beliau masih akan kekal sebagai ahli dan Ketua Bahagian PKR Kota Kinabalu. Christina pernah menjawat jawatan Bendahari Parti Keadilan Nasional sebelum bertukar nama kepada PKR

sumber - agendadaily


1 ulasan:

Unknown berkata...

Pelan Perancangan utk PR

1) Anwar wajib pecat Lim Guan Eng dari menjadi Chief Minister Penang, kerana kegagalan isu buah pala. 2 minggu lepas menang ape jadi? ader ke CM turun padang tolong penduduk buah pala? TIPU DAN TIPU LAGI

2) Wan Azizah Wajib Pecat Anwar kerana Anwar membawa kepincangan Parti dan tidak pernah nak tolong selesaikan kemelut parti. Tiap2 kali parti memerlukan Anwar di mana dia? pegi New York, pergi europe jumpa kawan2 yahudi, pegi mesir pergi dubai, pergi sana sini. Rasanya dia bukan wakil rakyat permatang pauh pasal dia lagi banyak membuat kerja di tempat lain. (KEPENTINGAN PERIBADI DALAM PARTI)

3) Khalid yg menyuruh Badrul letak jawatan, ape kata kalau Kalid sendiri yg letak jawatan pasal pelbagai kemelut di selangor. Perhimpunan kepala lembu pun disertai oleh org PKR dan PAS. itu menunjukkan Puak2 PR sendiri tak suke dengan Kalid.

4) spokes person frm PKR harus membuat pengumuman tentang semua Wakil Rakyat yg tidak bagus, under performance, gila tidak siuman @ anjing menyalak bukit dan keluarkan mereka dari parti secepat mungkin. BUat ape simpan anjing menyalak bukit dalam parti?

baik singkirkan sekarang dari besok bila diorang dah keluar sendiri baru la nak buat cerita org itu tak btol org ni tak btol. WHERE IS UR TRANSPARENCY?
UMUMKAN SEGERA SEMUA MP YG BERMASALAH DALAM PR

(sape2 tolong la copy n paste komen aku ni kat blog anwar. mari ramai2 buat pasal aku dah tulis tapi blog anwar tak approve. pengecut btol. kata bela rakyat. nie aku rakyat bersuara dia tanak approve komen .. bacol btol PR nih)