MODERATOR AIDC

AIDC NORA ZEK LADY
FAIZAL OM 300 QASEH
UDIN KMBG GLORY CKIAH
DRASEREMANG PISAU ABU

PANAS! DI AIDC GROUP

Anwar, International Crisis Group & Annapolis Summit : Klik di sini


NOTIS

Sesiapa yang mempunyai salinan pita rakaman mesyuarat MT berkenaan pemecatan Anwar pada tahun 1998, diharap dapat menghubungi saya via ym aidceditor atau email aidceditor@yahoo.com

1 Nov 2009

Jawatankuasa Disiplin Pas panggil Hassan Ali

KUALA LUMPUR: Jawatankuasa Disiplin Pas yang diketuai Naib Presidennya, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man sudah mengenal pasti beberapa pihak, termasuk Pesuruhjaya Pas Selangor, Datuk Dr Hassan Ali untuk ‘membela’ diri berhubung tuduhan yang dibangkitkan Mursyidul Amnya, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Difahamkan, mesyuarat jawatankuasa berkenaan semalam juga meneliti beberapa dokumen yang diserahkan pelbagai pihak, termasuk rakaman percakapan pemimpin Pas tertentu dengan beberapa penulis blog.

Tuan Ibrahim yang dihubungi Berita Minggu semalam, mengesahkan lima ahli jawatankuasa itu, termasuk beliau bertemu semalam dan mesyuarat berlangsung tiga jam bermula jam 10.30 pagi di ibu negara. Beliau bagaimanapun enggan menjelaskan lokasi mesyuarat berkenaan.

“Jawatankuasa Disiplin sudah meneliti beberapa dokumen yang kita peroleh dan sudah mengenal pasti pihak yang akan dipanggil beri keterangan.

“Kami akan menghantar surat kepada mereka yang terbabit dalam masa terdekat dan mereka perlu memberi maklum balas dalam masa 14 hari. Setakat ini saja yang saya boleh beritahu,” katanya.

Tuan Ibrahim berkata, ‘pemimpin’ Pas yang dipanggil itu akan diminta memberi penjelasan berhubung dakwaan ke atas mereka sebelum jawatankuasa mengesyorkan tindakan dikenakan ke atas mereka.

“Mereka akan diberi peluang untuk menjawab pelbagai perkara yang dibangkitkan,” katanya.

Sebelum ini, Nik Aziz yang juga Menteri Besar Kelantan dan blognya, http://www.blogtokguru.com mahu ‘beberapa kerat’ pemimpin dibersihkan daripada parti itu kerana

menyokong cadangan penubuhan kerajaan perpaduan.

Antara nama yang disebut Nik Aziz ialah Timbalan Presiden Pas, Nasharuddin Mat Isa, Setiausaha Agung Pas, Datuk Mustaffa Ali dan Dr Hassan sendiri.

Sementara itu, Pemuda Pas Selangor dalam kenyataannya mahu semua ahlinya memberikan kerjasama sepenuhnya kepada Jawatankuasa Disiplin.

Ketuanya, Hasbullah Ridzuan, berkata semua peringkat ahli, khasnya penulis blog supaya menulis demi mencari titik penyelesaian berhubung konflik berkenaan.

Ketua Penerangan Pas Selangor, Roslan Shahir Mohd Shahir, berkata sehingga semalam, belum ada mana-mana pemimpin negeri itu yang menerima surat supaya memberi kenyataan kepada Jawatankuasa Disiplin itu.

“Sehingga semalam, yang kita tahu belum ada mana-mana pemimpin Pas Selangor dipanggil untuk beri keterangan,” katanya.

sumber - berita harian


Isu PAS Selangor: Jawatankuasa disiplin kenal pasti pihak perlu beri keterangan


Oleh ARIFFUDDIN ISHAK

PETALING JAYA: Jawatankuasa Disiplin PAS yang bermesyuarat kali pertama hari ini bagi menyiasat isu membabitkan beberapa tuduhan terhadap PAS Selangor telah mengenal pasti beberapa pihak yang terlibat untuk memberikan keterangan.

Pengerusi jawatankuasa tersebut, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, pihak-pihak berkenaan akan dihubungi dalam masa terdekat bagi mendapatkan penjelasan lanjut.

"Kita dah kenal pasti beberapa pihak yang akan dipanggil untuk berikan keterangan.

"Kita perlu berikan peluang kepada pihak-pihak terbabit untuk beri penjelasan berhubung beberapa perkara," katanya ketika dihubungi mStar Online.

Ditanya sama ada Pesuruhjaya PAS Selangor, Datuk Dr Hassan Ali termasuk dalam senarai pihak-pihak yang akan dipanggil memberi keterangan itu, Tuan Ibrahim enggan mendedahkannya.

"Saya tak boleh komen lebih, perkara ini masih diperingkat siasatan," katanya.

Pada mesyuarat khas Jawatankuasa PAS Pusat Rabu lalu, Presiden parti, Datuk Seri Abdul Hadi Awang mengarahkan jawatankuasa disiplin parti itu supaya menyiasat mengenai beberapa tuduhan yang dilemparkan terhadap PAS Selangor.

Bagaimanapun Abdul Hadi menafikan siasatan yang dijalankan itu memfokuskan kepada Hassan sebaliknya menegaskan ia akan dijalankan terhadap PAS Selangor secara keseluruhannya.

Isu ini timbul ekoran kenyataan Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang menyenaraikan nama Hassan sebagai salah seorang yang perlu 'dibersihkan' daripada parti kerana dikatakan pro-kerajaan perpaduan.

Selain Hassan, Nik Abdul Aziz juga melalui blognya menamakan Timbalan Presiden PAS, Nasharuddin Mat Isa dan Setiausaha Agung, Datuk Mustafa Ali.

Dalam pada itu, Tuan Ibrahim berkata pada mesyuarat yang berlangsung lebih tiga jam bermula pukul 10.30 pagi tadi telah meneliti beberapa dokumen yang berkaitan.

"Pihak jawatankuasa disiplin telah meneliti beberapa dokumen, dari situ baru kita kenal pasti pihak-pihak yang berkaitan itu," katanya.

Beliau berkata pihak pengurusan parti akan mengeluarkan surat kepada pihak berkenaan dalam masa terdekat dan mereka perlu memberi jawapan dalam tempoh 14 hari.

"Kita akan berikan surat kepada mereka dalam masa terdekat, mereka perlu jawab dalam masa 14 hari.

"Mereka ada peluang untuk jelaskan kepada kita sebelum apa-apa tindakan lanjut diambil," katanya.

sumber - mstar


Tiada ulasan: