MODERATOR AIDC

AIDC NORA ZEK LADY
FAIZAL OM 300 QASEH
UDIN KMBG GLORY CKIAH
DRASEREMANG PISAU ABU

PANAS! DI AIDC GROUP

Anwar, International Crisis Group & Annapolis Summit : Klik di sini


NOTIS

Sesiapa yang mempunyai salinan pita rakaman mesyuarat MT berkenaan pemecatan Anwar pada tahun 1998, diharap dapat menghubungi saya via ym aidceditor atau email aidceditor@yahoo.com

5 Nov 2009

Anwar pupet Yahudi dalam ICG/CFR



Dari egroup AIDC

Bermula dengan mesyuarat ICG di di Vancouver, Kanada, pada Mac 2007, kumpulan Yahudi dari CFR yang menguasai ICG hanya memperalatkan Anwar untuk bersetuju dengan agenda mereka untuk mengiktiraf Israel sebagai sebuah negara yang sah.

Dalang CFR/ICG yang utama adalah Morton Abramowitz, Stephen Solarz dan George Soros yang memang bias kepada asal keturunan negaranya Yahudi telah menyiapkan kerangka besar untuk mendapatkan pengiktirafan sebuah negara yang sah.

Garent Avens (Presiden ICG) dan Anwar Ibrahim (Ahli Jawatankuasa ICG) hanya merupakan bidak-bidak Yahudi yang menjadi pupet untuk menjayakan agenda besar pemilik dan penaja organisasi milik Yahudi Amerika itu.

Kemasukan Anwar dalam ICG dan CFR pun melalui pintu belakang. Anwar hanya dijemput dan tidak mempunyai kuasa untuk menentukan polisi, selain daripada berfungsi sebagai salah seorang saksi dari dunia muslim yang bersetuju dengan agenda besar Yahudi itu.

Misalnya mesyuarat ICG yang dihadiri Anwar di Vancouver itu, hanyalah sebagai tanda Anwar menjadi pupet yang mengendos rancangan 'two state solution'. Kononnya 'two state solution' tetapi di sebalik agenda itu Israel tidak mempedulikan kedaulatan negara Palestin, sebaliknya mereka mahukan sebuah negara Israel yang sah. Klik di sini

Seandainya Israel benar-benar ikhlas untuk mensahkan kedaulatan negara Palestin, kenapa Israel dan komplot Zionis Amerika melantik pemimpin boneka, Abu manzir (Mahmoud Abbas) di Palestin serta menolak kehendak majoriti muslim di Palestin iaitu Hamas ?

Komplot Zionist Amerika dan Israel mahukan sebuah negara Israel yang sah, tetapi dalam masa sama hanya mahu mengiktiraf pemimpin boneka Israel di Palestin, adakah itu maksud 'two state solution'?

Itu perjanjian berat sebelah yang kesemua keuntungan menyebelahi Israel dan hanya bertopeng 'two state solution'.

Daripada 24 ahli ICG yang hadir di Vancouver, berapa ramai wakil Islam ? Yang menjadi wakil Islam hanya Anwar Ibrahim dan Adnan Abu Odeh sahaja. Manakala 22 ahli yang lain bukan Islam. Dan 2 Wakil Islam itu adakah mereka anti Israel? Anwar dan Adnan adalah pro Amerika dan Amerika pula pro Israel. Jadi maknanya apa ?

ICG dan CFR adalah badan milik zionis Amerika. Mereka menapis sepenuhnya latar belakang ahli-ahlinya, jika anti Israel, sudah tentu nama Anwar Ibrahim dan Adnan Abu Odeh tidak akan dilantik menjadi Ahli jawatankuasa ICG dan CFR. Jadi maknanya apa ?

Seandainya ICG benar-benar jujur untuk merealisasikan matlamat 'two state solution', kenapa ICG tidak menjemput wakil Hamas menyertai ICG ?

Kenapa wakil zionis Amerika yang berbangsa Yahudi lebih ramai mendominasi ICG serta hanya melantik dua orang pupet beragama Islam yang pro Amerika ?

Adilkah, badan yang didominasi oleh zionis dan disponsor oleh korporat Zionis, agen Rosthschild bernama George Soros membuat keputusan kononnya untuk melaksanakan matlamat 'two state solution'

George Soros yang banyak melaburkan wangnya untuk mengerakkan missionari ICG bukannya bodoh melakukan sesuatu tanpa memberi kredit kepada Israel.

Morton Abramowitz, Stephen Solarz dan Zbigniew Brzezinski, zionis Amerika yang menjadi pemain utama ICG bukannya bodoh menghabiskan masa untuk memperkasakan kedaulatan Palestin, sedangkan mereka sebelum ini terkenal sebagai penyokong kuat negara Israel.

Yang bodoh adalah Anwar Ibrahim, sanggup diperalatkan oleh Yahudi untuk mencapai cita-cita mereka. Beginilah nasib seorang yang bercita-cita tinggi, sanggup diperalatkan Yahudi untuk mencapai cita-cita mereka, kerana Anwar memang mahu mendapatkan naungan daripada Amerika Syarikat dan Yahudi membantu cita-citanya menjadi PM di Malaysia.

Inilah bahayanya manusia yang mengamalkan politik menghalalkan cara, tiada sempadan halal/haram, sanggup bersekongkol dengan musuh Islam semata-mata untuk mencapai nafsu dan cita-citanya sahaja.


Tiada ulasan: