MODERATOR AIDC

AIDC NORA ZEK LADY
FAIZAL OM 300 QASEH
UDIN KMBG GLORY CKIAH
DRASEREMANG PISAU ABU

PANAS! DI AIDC GROUP

Anwar, International Crisis Group & Annapolis Summit : Klik di sini


NOTIS

Sesiapa yang mempunyai salinan pita rakaman mesyuarat MT berkenaan pemecatan Anwar pada tahun 1998, diharap dapat menghubungi saya via ym aidceditor atau email aidceditor@yahoo.com

3 Nov 2009

Siapa George Soros, penaja Anwar ?



Dari egroup AIDC

George Soros, bangsa Yahudi , lahir di Budapest Hungari adalah seorang spekulator matawang Amerika, businessman, penderma dan aktivis politik di Amerika Syarikat.

Pada 1956 Soros berhijrah ke New York, Amerika Syarikat dan bekerja sebagai spekulator ekonomi bersama dengan F. M Mayer dan penganalisis ekonomi bersama dengan Wertheim serta Arnhold and S. Bleichroeder.

Pada tahun 1967, Soros menubuhkan syarikatnya sendiri iaitu investment fund, First Eagle dan The Double Eagle Headge Fund (1969).

Pada tahun 1973, Soros menubuhkan sebuah syarikat pelaburan swasta yang diberi nama Quantum Fund.


Soros merupakan Pengerusi Soros Fund Management dan Open Society Institute (OSI) pada tahun 1984. Dia juga merupakan bekas ahli lembaga Pengarah CFR (Council on Foreign Relations).

Soros Agen Rothchild

Laman Real Zionist News [klik di sini] menamakan Soros sebagai agen Rothchild, keluarga Yahudi yang terkaya di Eropah dan Amerika Syarikat serta menjadi perancang utama peperangan dunia.

Soros pernah bekerja bersama Presiden Bush Senior di The Carlyle Group, sebuah organisasi kewangan yang kaya dan pembekal senjata antarabangsa yang dikontrol oleh Rothschilds. Klik di sini

Soros juga terlibat aktif dalam menukar kerajaan-kerajaan di dunia, termasuk menggulingkan Presiden Eduaard Shevardnadze, Georgia, mewakili Kristian Orthodox pada tahun 2003.


Satu bidang yang diminati untuk Soros adalah memperjuangkan “hak-hak untuk pelacur-pelacur.” Ini merupakan sebahagian daripada usaha-usahanya untuk memusnahkan nilai-nilai Kristian tradisional dan menghakis sistem keluarga Amerika. Soros mahu mengesahkan aktiviti pelacuran dan kemudian menyediakan kondom-kondom secara bebas. Klik di sini

Hubungan Soros dengan Rothchild dapat dibuktikan melalui; Richard Katz: Bekas ketua Rothchild Itali dan pegawai di NM Rothchild & Son di London. Katz sekarang adalah ahli kepada Jawatankuasa Soros Quantum Fund.

Nils Taube: Merupakan rakan kongsi Rothschild dalam kumpulan pelaburan St James Place Capital yang kini menjadi kepunyaan Nathaniel Rothschild, anak lelaki dan waris Jacob Rothschild. Taube adalah juga seorang ahli Soros' dalam “Quantum Fund.”

Michael Cicurel: Dia merupakan pengurus Rothschild’s Societe Generale Bank dan ahli lembaga pengarah Rothschild & Cie Banque.


Bagaimana peranan Soros menjatuhkan kerajaan ?


Dalam kes Balkan, Soros menaja pertubuhan-pertubuhan NGO yang bertujuan menghakis sejarah, bahasa, nastionalisme Serbia yang sebelum ini dikuasai oleh Gereja Ortodoks.Klik di sini

Pada awal 1990, Soros melancarkan tiga pertubuhan Anti-Christian di Serb: Open Society Fund, The Helsinki Committee, dan The Serbian Centre for Anti-War Action, dengan tujuan untuk menghakis masyarakat Nasrani di Serb. Ini adalah secara strategik yang pernah dibuat oleh Soros pada peringkat awal kejatuhan komunisme itu di Rusia.

Open Society Fund milik Soros telah membantu kewangan menyokong Kumpulan Gay Serbia (Gay Serbia Rights Movements) seperti Queeria, bertujuan untuk melemahkan sistem masyarkat.Klik di sini

Di Kosovo, Soros telah menaja kewangan melalui Kosovo Foundation for Open Society selama 10 tahun untuk merosakkan sistem kebudayaan masyarakat Kristian dan membantu pengedaran dadah di kalangan Muslim di KLA. Dalam masa yang sama, "Quantum Fund" menjalankan operasinya penjualan senjata dengan kerjasama Carlyle Group untuk mewujudkan penentangan kepada pemerintah.

'Pembebasan' Muslim Kosovo menarik minat Rothschilds kerana Serbia dianggap sebagai 'Kuwait Serbia' yang mempunyai aset zink, emas dan batu arang. Soros melabur jutaan ringgit melalui International Crisis Group dalam usaha untuk mendapat kepentingan kepada Rotchilds bagi mendapatkan kawasan lombong di Kosovo. Begitu juga dengan kepentingan cari gali minyak. Klik di sini

Kemerdekaan Kosovo dari Serb menyulitkan kepentingan-kepentingan Rothschilds' kerana syarikat-syarikat perlombongan akan dikuasai oleh pihak Kristian Serbia dan penajanya Putin dari Russia.

Calvina Fay dari Drug Free America Foundation mengisytiharkan jutawan George Soros sebagai “individu yang paling jahat” kerana mahu kebenaran undang-undang secara sah penggunaan dadah berbahaya diluluskan kepada masyarakat

Hak pelacur dan homoseks

Sebahagian daripada kekayaannya, dianggarkan berjumlah $7 bilion, telah disalurkan kepada kumpulan pejuang hak pengguguran bayi, hak gay (lelaki homoseksual), menggunakan dadah haram secara sah di sisi undang-undang, hak mengundi untuk penjenayah, euthanasia (perbuatan mematikan seseorang yang menanggung azab penyakit yangg tidak dapat disembuhkan lagi), dan hak untuk imigran serta pelacur.

Dan salah satu yang menjadi kuasa utama di sebalik pergerakan ini adalah “Sexual Health and Rights Project,” atau Projek Kesihatan dan Hak-hak Seks yang dianjurkan oleh Open Society Institute (OSI) yang mendesak “hak-hak” istimewa untuk pelacur.

Melissa Hope Ditmore, merupakan salah seorang yang dirujuk oleh OSI dalam kajian OSI pada Jun 2006 bertajuk, “Hak-hak dan Kesihatan Pekerja Seks : Di manakah pembiayaannya?” .

Laporan tersebut memfokuskan peranan OSI dan pelbagai yayasan Soros, seperti Ford Foundation (Yayasan Ford), dalam memberikan subsidi kepada “banyak organisasi pekerja seks,” serta menyerang dasar Pentadbiran Bush yang didakwa enggan membiayai kumpulan tersebut.

Sokong Demokrat -Presiden Obama

Semasa Pilihan Raya Presiden A.S. 2004, George Soros menjadi pengkritik aktif Presiden George Bush dan dasarnya. Soros menyediakan tajaan kepada kumpulan politik, MoveOn, dan kumpulan lain yang menentang Presiden Bush.ia membelanjakan lebih kurang $25juta untuk menewaskan Presiden Bush bagi pilihan raya tetapi usaha itu gagal

George Soros, ketua kepada kebanyakan kumpulan berhaluan kiri dan penyokong utama calon Presiden Barack Obama.

Soros telah mewujudkan sebuah empayarnya sendiri yang dinamakan 'kumpulan 527', dianggap sebagai kumpulan aktivis politik bebas yang mempunyai pengaruh di dalam Parti Demokratik.

'Kumpulan 527' ini termasuklah International Crisis Group (ICG), Center for American Progress, MoveOn.Org, Human Rights Watch, Media Matters dan sebagainya.

Staf kumpulan ICG, yang terlibat dalam dasar luar negara mungkin akan dipilih menganggotai Jabatan Negara di dalam pentadbiran Obama.

Eli Pariser, yang mengetuai MoveOn.Org, berbangga dengan peranan kumpulannya dalam Parti Demokratik :

“Sekarang Parti Demokrat adalah parti kami : kami membelinya, kami memilikinya, dan kami akan mengambilnya semula.”

4 Penaja terbesar kepada 'kumpulan 527' dalam pusingan terakhir pilihan raya Presiden (2004) adalah Soros, Peter Lewis (Progressive Insurance), Steven Bing & Herbert dan Marion Sandler.

Secara terkumpul, mereka menyumbang 78 bilion dolar kepada 'Kumpulan 527' berhaluan kiri. Ini hanya pada tahun 2004. Mereka mula bercita-cita tinggi beberapa tahun yang lepas.

Soros, Lewis, dan pasangan Sandlers membentuk kumpulan utama aktivis jutawan ahli parti demokrat yang telah membentuk satu kumpulan yang dipanggil The Democracy Alliance (Pakatan Demokratik).


Tiga serangkai penakluk dunia - Soros, NED & IMF

Di Ukraine, calon pembangkang, Viktor Yushchenko di dalam Pilihan Raya Presiden pada Disember 2004, Washington berdiri teguh di belakangnya.

Pada tahun 1993, Viktor Yushchenko telah dilantik sebagai Pengerusi National Bank of Ukraine (Bank Negara Ukraine) yang baru ditubuhkan. Dia telah dilaung-laungkan sebagai “reformer yang berani” dan merupakan arkitek utama penyelesaian ekonomi maut IMF, yang bertujuan menyebabkan kemiskinan Ukraine dan memusnahkan ekonominya.

Berikutan pelantikannya, Ukraine mencapai perjanjian yang bersejarah bersama IMF. Yushchenko memainkan peranan penting dalam melaksanakan rundingan perjanjian 1994, dan juga mewujudkan mata wang nasional Ukraine, yang menyebabkan kejatuhan nilai mata wang secara dramatik.

Yushchenko, sebagai Pengerusi Bank Negara bertanggungjawab terhadap pembatalan kawal selia mata wang negara di bawah “rawatan kejutan” Oktober 1994 seperti yang diarahkan oleh IMF.

• Harga roti meningkat 300% dalam masa yang singkat
• Harga elektrik meningkat kepada 600%
• Pengangkutan awam meningkat kepada 900%
• Taraf hidup jatuh dengan drastik

Pada 1999, disebabkan tekanan Washington dan IMF, Yushchenko dilantik sebagai Perdana Menteri. Ramai pakar Barat mengatakan IMF bersetuju untuk memberikan Ukraine $300 juta sekiranya Yushchenko menjadi Perdana Menteri.

Berikutan pelantikannya, Yushchenko dengan segera memulakan gerakan program kebankrapan, yang mendapat tajaan IMF secara besar-besaran, di mana program ini secara terus ditujukan kepada industri Ukraine.

Dia yang mewakili IMF cuba untuk melemahkan perdagangan minyak dan gas yang melibatkan dua pihak, yang menuntut perdagangan ini hanya dikendalikan dalam dolar A.S.

Dia bukan sahaja disokong oleh International Monetary Fund (IMF), tetapi juga mendapat sokongan daripada The National Endowment for Democracy (NED), Carnegie Endowment for International Peace, Freedom House dan Open Society Institute (George Soros) yang memainkan peranan belakang tabir untuk “menggulingkan Presiden Georgia Sheverenadze" (New Statesman, 29 November 2004).

Soros Open Society Institute menaja kumpulan Pora Youth Movement (Gerakan Belia Pora) yang merupakan salah satu daripada proses gerakan barat yang mengandungi lebih daripada 100,000 aktivis.


Sumber rujukan :

1. Left Wing=Hate.2006. George Soros tries to buy congress. Klik di sini

2. Who is George Soros ? Klik di sini

3. How allies of George Soros helped bring down Wachovia Bank. Klik di sini

4. IMF Sponsored "Democracy" in the Ukraine. Klik di sini





Tiada ulasan: