MODERATOR AIDC

AIDC NORA ZEK LADY
FAIZAL OM 300 QASEH
UDIN KMBG GLORY CKIAH
DRASEREMANG PISAU ABU

PANAS! DI AIDC GROUP

Anwar, International Crisis Group & Annapolis Summit : Klik di sini


NOTIS

Sesiapa yang mempunyai salinan pita rakaman mesyuarat MT berkenaan pemecatan Anwar pada tahun 1998, diharap dapat menghubungi saya via ym aidceditor atau email aidceditor@yahoo.com

31 Okt 2009

We have the numbers : Anwar sudah dapat 4!

Oleh my longest yard, AIDCclub

Nampaknya, angka sudah bertambah kepada empat. Empat ini telah melompat dan mahu keluar mencari rumah baru.Rasa seperti dihalau dari rumah sendiri pun ada. Biarlah...demi prinsip, terpaksa juga tuan punya diri ambil keputusan untuk 'berpindah'. Kita imbas kembali al-kisah dari angka satu hingga angka empat ini.

"Bila orang tidak mahu kita, kita malu nak tinggal di rumah orang." Itu kata individu bertuah nombor satu iaitu Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Behrang, Jamaluddin Mohd. Radzi. Pada 3 Februari 2009, beliau menyatakan pendirian keluar Parti Keadilan Rakyat (PKR).

"Bukan saya tidak mahu parti (PKR) tetapi parti yang tidak mahukan saya,". Tambah Jamaluddin lagi.

Siapa individu bertuah nombor dua?

Yang nombor dua ini adalah sahabat karib nombor satu. Susah senang mereka bersama. Duduk sama tinggi, berdiri sama rendah. Melompat pun sama-sama jauh. Tapi tidaklah sampai melompat ke rumah BN. Sekadar menjadi 'jiran baik' sahaja.

Individu yang dimaksudkan adalah ADUN Changkat Jering, Mohd. Osman Jailu yang menyerahkan surat peletakan jawatan bersama-sama dengan Jamaluddin. Beliau bertindak keluar dari PKR, menjadi wakil rakyat bebas dan seterusnya menyokong BN dari luar. Dengan kata lain 'teman tapi mesra'.

Anwar sudah hilang dua tapi tak pernah gelabah. Biarlah..ribut dalam cawan sahaja itu. Tak perlu gundah gulana walaupun ada pengikutnya yang sudah baring atas jalan macam lembu.

Ini pula kisah nombor tiga. Sekadar muncul selepas 7 bulan berakhirnya kisah nombor satu dan dua. Ia berlaku nun jauh di utara semenanjung, negeri jelapang padi- Kedah.

Jalan ceritanya sama. Pada 23 Ogos 2009, orang nombor tiga ini keluar daripada PKR dan menjadi wakil rakyat bebas. Itulah dia Mohammad Radzhi Salleh, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lunas di Kedah.

Beliau turut melepaskan semua jawatan dalam parti selepas hilang kepercayaan terhadap pucuk pimpinan parti itu. Keputusan keluar parti itu dibuat berikutan pembubaran PKR bahagian Padang Serai yang diumumkan Pemangku Ketua Bahagian itu Jamaludin Abu Hassan yang turut mengisytihar keluar parti.

Terkini, muncul pula nombor empat.

Individu itu adalah ADUN Pelabuhan Klang, Badrul Hisham Abdullah yang membuat pengumuman untuk keluar daripada PKR berkuatkuasa serta merta dan kini menjadi wakil rakyat bebas yang 'mesra' BN.

Keputusannya itu disebabkan beliau sudah hilang keyakinan terhadap kepimpinan parti berkenaan. "Keputusan ini saya buat dengan penuh kerelaan tanpa sebarang paksaan, ugutan atau pun apa-apa faedah kepada diri. Malah keputusan ini berasaskan kepada prinsip agama dan moral saya sebagai seorang Islam," Itu luahan Badrul selaku orang nombor empat.

Wan Azizah dah rasa lain macam. Seram sejuk. Dan beliau mengakui bahawa parti itu sedang berhadapan dengan pelbagai masalah yang mengecewakan selepas pilihan raya umum Mac lalu. Wan Azizah juga mengakui parti pembangkang itu sedang berdepan dengan masalah dalaman ekoran peletakan jawatan beberapa pemimpin utamanya.

Ketika menjelangnya 16 September 2008 dulu, Anwar selalu bercakap "We have the numbers, we have the numbers:.

Dan ternyata, Anwar kini sedang 'mengotakan janjinya' itu.

"Yes Anwar, you have the numbers".

Dan sekarang kita tunggu siapa pula orang bertuah nombor lima yang mungkin akan menyusul kemudian.

sumber - my longest yard


2 ulasan:

Ezad berkata...

oo.. maksud dia kata "We have the numbers" tu maksudnya org yg nak keluar dr PR la ye?

baru la faham...

dia kata ada 30...

Unknown berkata...

we have the number ekor kot.

dia dengan nalla dah tak ngam.. takle nak main magnum lagi dah.