MODERATOR AIDC

AIDC NORA ZEK LADY
FAIZAL OM 300 QASEH
UDIN KMBG GLORY CKIAH
DRASEREMANG PISAU ABU

PANAS! DI AIDC GROUP

Anwar, International Crisis Group & Annapolis Summit : Klik di sini


NOTIS

Sesiapa yang mempunyai salinan pita rakaman mesyuarat MT berkenaan pemecatan Anwar pada tahun 1998, diharap dapat menghubungi saya via ym aidceditor atau email aidceditor@yahoo.com

31 Okt 2009

Nik Aziz kata Sayyid kepala lawan Nabi SAW ?



Oleh Korban Demokrasi

BISMILLAHIR-RAHMAANIR-RAHIIM

TokPakir beristighafar ketika membaca satu berita yang diterbitkan oleh Akhbar Online PAS; HarakahDaily.net, berkaitan respons YAB Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat, Menteri Besar Kelantan terhadap Datuk Wira Syed Ali Alhabshee. Tajuk berita itu ialah Syed Ali perlu faham sejarah Islam-Nik Aziz (klik).

#################################
Salinannya adalah seperti di bawah;

KUALA LUMPUR, 27 Okt: Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat membidas kata-kata Ketua Umno Bahagian Cheras,Datuk Wira Syed Ali Alhabshee bahawa beliau adalah ulama' akhir zaman yang menentang penyatuan umat Islam.

Nik Aziz yang juga Menteri Besar Kelantan berkata, Syed Ali terlebih dahulu harus menyedari siapa sebenarnya yang bertanggungjawab di atas perpecahan umat Islam yang berlaku di dunia ini, sebelum menuduhnya demikian.

"Saya nak beri salam pada dia (Syed Ali) balik, biar dia faham perpecahan yang berlaku atas dunia ini berpunca daripada Nabi Muhammad atau berpunca daripada puak-puak Syed lawan Nabi Muhammad?"

"Semua bapa saudara nabi adalah (keturunan) Syed. Syed ini kepala yang lawan Nabi Muhammad,"katanya ketika ditemui pemberita selepas persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan semalam.

Ujar Nik Aziz, beliau hanya menjalankan amanah sebagai umat Nabi Muhammad di muka bumi ini untuk menyampaikan ajaran Islam.

"Kalau dia cakap soal perpecahan jangan tuju kepada saya. Saya hanya tolong datuk nenek dia Nabi Muhammad. Dia yang melawan datuk nenek dia sendiri. Itu kena faham," tegasnya.

Syed Ali seperti yang dilaporkan akhbar Sinar Harian kelmarin juga mendakwa Nik Aziz menentang segala usaha untuk menyatu padukan umat Islam sebaliknya bersubahat dengan bukan Islam.

Beliau juga mendakwa Nik Aziz harus dipersalahkan kerana kononnya beliau tidak boleh ditegur dan enggan menerima perubahan dan pembaharuan.

Tuduhan Syed Ali itu dilihat sebagai mengambil kesempatan di atas isu cadangan Nik Aziz agar diadakan Muktamar Khas (EGM) untuk menyelesaikan masalah kepimpinan parti sehingga menimbulkan pelbagai spekulasi banyak pihak khususnya Umno Barisan Nasional yang sentiasa mencari kesilapan PAS.

Malah Timbalan Presiden Umno, Tan Sri Muhyidin Yasin Isnin lalu membuat kenyataan bahawa rundingan Umno-PAS masih terbuka.

Sedangkan bagi PAS sendiri, isu itu sudah selesai dalam muktamar PAS Jun lalu.

Nik Aziz sebelum ini pernah membuat kenyataan bahawa PAS hanya boleh menerima Umno jika parti itu menukar dasar kebangsaan yang dibawanya kepada dasar Islam.

Namun, Umno enggan berbuat demikian sebaliknya terus mendakwa PAS tidak mahukan perpaduan di kalangan orang Melayu.

###################################

RESPONS TOKPAKIR;

~Nik Abdul Aziz tidak mengambil dari sumber yang sebenarnya berhubung gelaran Syed atau Sayyid atau Sharif atau Habib dan sebagainya. Akibatnya, Nik Abdul Aziz telah menyatakan bahawa kesemua bapa saudara Nabi Muhammad sallAllahu-'alaihi-wassalam adalah keturunan Sayyid.

~Ini adalah pandangan yang salah. Jika sekalipun Nik Abdul Aziz sedang tidak dapat mengawal kemarahannya akibat masalah yang dihadapinya serta terhadap UMNO, Nik Abdul Aziz tidak sepatutnya bergopoh-gapah sebagaimana Ibnu Taimiyyah sehingga memberi pandangan yang bathil dan memesongkan pandangan yang haq.

~Nik Abdul Aziz juga berkata bahawa, "Syed ini kepala yang lawan Nabi Muhammad". Ini juga adalah pandangan yang tidak betul dan hal ini amat difahami oleh para Ulama-Ulama yang mengambil 'ilmu secara jalan yang benar melalui firqah yang benar iaitu Ahl Sunnah Wal Jama'ah.

~Pegangan yang sebetulnya ialah, keturunan Sayyid adalah merupakan anak-cucu Nabi Muhammad sallAllahu-'alaihi-wassalam melalui anak-anak dari nasab keturunan Sayyidatina Fatimah Az-Zahra radhiAllahu-'anha dan Sayyidina 'Ali karramAllahu-wajhah; Sayiddina Hassan dan Sayyidina Hussain radhiAllahu-ta'ala 'anhum ajmaiin.

~Keturunan inilah yang dikenali sebagai Ahlil Bait RasuluLlah sallAllahu-'alaihi-wassalam yang keturunan dari insan-insan yang mulia inilah yang dipanggil dengan nama Syed atau Sayyid atau sebagainya.

TokPakir amat kesal dan berdukacita dengan keceluparan Nik Abdul Aziz dan meminta beliau menarik balik kata-kata beliau yang tidak didasari dengan 'ilmu yang betul. Adalah tidak mustahil bahawa banyak lagi kesilapan-kesilapan dibuat oleh Nik Abdul Aziz sekiranya beliau boleh silap dalam hal-hal sebegini.

WAMATAWFIQI-ILLA-BILLAH

TokPakir

sumber - korban demokrasi

1 ulasan:

ABC berkata...

rujuk ulasan lanjut mengenai perkara ini di BLOG SAYANG MALAYSIA di http://sayangmalaysia-sysalq.blogspot.com