MODERATOR AIDC

AIDC NORA ZEK LADY
FAIZAL OM 300 QASEH
UDIN KMBG GLORY CKIAH
DRASEREMANG PISAU ABU

PANAS! DI AIDC GROUP

Anwar, International Crisis Group & Annapolis Summit : Klik di sini


NOTIS

Sesiapa yang mempunyai salinan pita rakaman mesyuarat MT berkenaan pemecatan Anwar pada tahun 1998, diharap dapat menghubungi saya via ym aidceditor atau email aidceditor@yahoo.com

23 Okt 2009

USD120,000 Sejam Kerajaan Selangor Bayar kepada Dr. Porntip

Oleh abang mie

PAKAR Patologi dari Thailand, Dr. Porntip Rojanasunan diberi bayaran sebanyak USD120,000 bagi setiap satu jam sejak berada di Malaysia oleh Kerajaan Negeri Selangor. Dr. Porntip ditugaskan untuk menimbulkan keraguan terhadap memeriksa dan bedah siasat yang dilakukan oleh pakar dari Malaysia, iaitu Dr. Khairul Azman dan Prashant.

Kerajaan Selangor telah menghantar wakil untuk berjumpa dengan Dr. Porntip dan berjanji akan menyelesaikan kes ini dalam masa sehari sedangkan perkara sebaliknya yang berlaku.

Adakah perbelanjaan tambahan akan dikenakan sekiranya Dr. Porntip tinggal lebih lama di Malaysia?

Bayangkan berapa jam sehari Dr. Porntip 'disewa' oleh Kerajaan Selangor selain menyediakan hotel yang disewa khas bernilai RM800.00 semalam, diberi elaun perbelanjaan untuk makanan, 'claim elaun' kerana bertugas di luar negara sebanyak USD 20,000 sehari, tiket kapal terbang dan turut menyediakan pakaian.

Kenapa Kerajaan Selangor di bawah Khalid Ibrahim meluluskan wang sebanyak itu semata-mata untuk membela keluarga Teo Beng Hock sedangkan masih ramai pakar tempatan yang boleh diupah dengan murah untuk tujuan yang sama?

Adakah pakar perubatan dan forensik di Malaysia semuanya tidak betul dan berat sebelah apabila menyatakan kebenaran yang Teoh membunuh diri atau dibunuh oleh rakannya sendiri?

Melalui sumber yang terdekat (maaf abe MIE tidak boleh dedahkan) dengan Khalid Ibrahim, dua minggu lepas, atas desakan pihak tertentu, Gurband Singh telah memohon kelulusan dari Khalid Ibrahim untuk membayar 'sewa' dengan menggunakan hasil Kerajaan Negeri Selangor kepada Dr. Porntip semata-mata menimbulkan keraguan pada kes kematian dengan hanya MENELITI GAMBAR YANG DIBERIKAN SAHAJA.

Menurut Gurband Singh, populariti Dr. Porntip mampu mempengaruhi saksi-saksi mahkamah sebelum ini. Sekiranya PENDAPAT Dr. Porntip diguna pakai untuk kes ini sudah tentu pakar-pakar perubatan dari Malaysia akan dimalukan sebagaimana stereotaip (anggapan buruk) diberikan kepada agensi kerajaan yang lain, antaranya polis, SPRM, SPR (Suruhanjaya Pilihan Raya), JPA dan lain-lain lagi oleh rakyat Malaysia.

Siapa Dr. Porntip?

Dr. Porntip merupakan seorang pakar forensik terkenal di peringkat antarabangsa dan kini bertugas sebagai Director of Central Institute of Forensic Science Thailand. Kenapa Dr. Porntip dipilih menjadi doktor penyiasat persendirian untuk kes ini sedangkan pelbagai saksi telah memberi keterangan seolah-olah memberi gambaran keluarga Teoh, Gurband Singh dan Pakatan Rakyat akan tewas dalam kes ini.

1. Orang pertama memperkenalkan DNA sebagai bahan bukti untuk kegunaan di Mahkamah Thailand bagi kes-kes kematian yang tidak mempunyai saksi.

2. Pada tahun 2005, pernah menjalankan kajian ke atas mayat-mayat yang reput akibat mangsa Tsunami untuk dituntut oleh keluarga dan saudara mara.

3. Pada tahun yang sama, National Geography membuat satu rakaman dokumentari mengenai tugasnya di wilayah Phang Nga ketika mengkaji mayat mangsa Tsunami.

4. Diupah untuk menyiasat kematian pelakon kungfu terkenal dari Hollywood, David Carradine di dalam sebuah bilik hotel di Bangkok. Beliau telah membuat siasatan dengan melenyapkan andaian terhadap David kononnya dibunuh oleh pihak tertentu sedangkan pelakon berkenaan membunuh diri ekoran terdapat bahan kimia yang dipanggil autoerotic asphyiation di dalam tubuh David.


Semasa perbicaraan pada 21 Oktober 2009 yang lepas, Dr. Porntip ditanya oleh Peguam Tan Hock Chuan, "setujukah memandangkan kamu tidak memeriksa dan membedah siasat mayat Beng Hock, tidak pergi melawat tempat kejadian di tingkat 14 Plaza Masalam dan tidak dibekalkan beberapa dokumen relevan, adalah tidak tepat kamu menganggarkan peratusan tersebut.

(Maksudnya, dengan hanya melihat gambar, Dr. Porntip membuat andaian kemungkinan besar atau 80 % Beng Hock dibunuh dengan melihat kesan hentakan di buntut dan kepala.)

Kata Dr. Porntip, "Saya tidak perlu melihat mayat kerana menjaga hak mayat tersebut".

Sambungnya lagi, "Dalam kes ini saya tidak mengetahui yang ia sudah melibatkan isu politik. Saya tidak menyebelahi mana-mana pihak dan hanya membentangkan PENDAPAT KEPADA MAHKAMAH BERDASARKAN PERMOHONAN PEGUAM". (petikan dari Utusan Malaysia)

Dr.Porntip juga sedia melihat rangka mayat Beng Hock dan menjalankan bedah siasat kali kedua.


abe MIE- Sekiranya Dr. Porntip berjaya mempengaruhi hakim, sudah tentu kes ini akan memihak kepada keluarga Beng Hock dan Pakatan Rakyat akan menggunakan isu berkenaan untuk menghentam dan memburukkan agensi kerajaan yang diterajui oleh BN terutamanya SPRM.

abe MIE- Kita tidak faham- kejayaan Dr. Porntip mengenal pasti mayat mangsa Tsunami melalui DNA hampir 'tepat' namun dalam kes kematian Beng Hocki amat berlainan sama sekali. Siapa yang menjadi saksi kepada kematian akibat malapetaka Tsunami melainkan Ombak dan Tuhan! Sedangkan di dalam kes beng Hock, sebelum terjun dari tingkap bangunan, semua orang menyaksikan kelakuan ganjilnya.


Cuba perhatikan kenyataan yang dikeluarkan Oleh Gurband Singh pada saat-saat akhir dengan menggunakan pengaruh Dr. Porntip untuk memberitahu yang Beng Hock dibunuh sedangkan pelbagai saksi dikemukakan menunjukkan keraguan terhadap dakwaannya. Adakah sistem kehakiman negara juga dijadikan 'pentas politik' sebagaimana Pakatan menghadapi Pilihan Raya Kecil (PRK)?

sumber - abang mie


1 ulasan:

Kerel Bort berkata...

Kredibiliti catatan diragui atas sebab ketiadaan bukti yg jelas utk membenarkan kepada tuduhan seperti ini.
Malah, kesilapan telahan terhadap autoerotic asphyiation sebagai bahan yg boleh di temui 'di dalam tubuh' bekas pelakon menunjukkan catatan separuh hati yg mana autoerotic asphyiation bukanlah bahan yg boleh ditemui tapi adalah tindakan mengurangkan oksigen kepada otak bagi menambahkan kelebihan rasa terhadap seks.

Tapi masih perlu meragui kehadiran Dr. Porn dan juga kenapa ini di biaya oleh Kerajaan Negeri malah sepatutnye di bayar oleh parti politik itu sendiri. Duit kerajaan adalah utk kebajikan seluruh rakyat Selangor bukan utk dihabiskan dalam perkara-perkara yg mempunyai kepentingan utk pandangan politikal mereka.