Bagi yang sudah bertahun-tahun mengikuti perjalanan politik di negara ini, pasti kenal benar dengan bakal suami pelakon terkenal, Umie Aida iaitu Datuk Khairuddin Abu Hassan.
Dan mungkin ada yang tertanya-tanya pada diri sendiri iaitu seperti pernah dengar nama itu.
Dan pastinya ramai yang tidak tahu pun siapa Khairuddin.
Bagi yang kenal beliau, pastinya rencana ini tidak ada sebarang nilai yang menarik untuk dibaca.
Walaupun ramai melihat ini sebagai isu dunia hiburan, sebenar antara Umie dan Khairuddin, berlaku juga sedikit pertembungan dengan dunia politik tanah air.
Percaya atau tidak, dalam hubungan Umie dengan Khairuddin, ada terpalit juga nama Anwar Ibrahim di sebaliknya.
Mengapa pula Anwar terbabit dalam isu ini?
Ini kerana, pada tahun 1999 ketika kes liwat Anwar Ibrahim yang pertama timbul, Khairuddin adalah antara mereka yang tampil menceritakan sikap kuat meliwat Anwar.
Keberanian beliau untuk tampil menceritakan mengenai sikap Anwar disambut dengan pelbagai cacian dan maki hamun di kalangan fanatik Anwar.
Namun itu tidak menghalangnya dari terus bercakap perkara yang benar.
Nama beliau amat sinonim dengan nama Umi Hafilda (Umi jugak) ketika itu.
Kedua individu itu berkenaan ke seluruh negara secara bersama bagi menceritakan mengenai tabiat buruk Anwar.
Beliau juga pernah digosip berkahwin dengan Umi Hafilda oleh majalah Bacaria. Akibatnya kedua mereka telah mengambil tindakan saman ke atas akhbar tersebut.
Khairuddin adalah seorang ahli politik daripada Pulau Pinang.
Apa pun, kini beliu sudah menemui jodoh dengan Umie Aida.
Bersamalah kita mendoakan agar keduanya akan melangsungkan perkahwinan dan berbahagia sehingga ke akhir hayat.
sumber - malaysia-instinct
Tiada ulasan:
Catat Ulasan