MODERATOR AIDC

AIDC NORA ZEK LADY
FAIZAL OM 300 QASEH
UDIN KMBG GLORY CKIAH
DRASEREMANG PISAU ABU

PANAS! DI AIDC GROUP

Anwar, International Crisis Group & Annapolis Summit : Klik di sini


NOTIS

Sesiapa yang mempunyai salinan pita rakaman mesyuarat MT berkenaan pemecatan Anwar pada tahun 1998, diharap dapat menghubungi saya via ym aidceditor atau email aidceditor@yahoo.com

8 Okt 2009

Siapa tali barut Anwar Ataturk ?

Oleh analisisringan, AIDCclub

Semalam perjumpaan Kumbang dengan seorang rakan di dalam PKR di satu majlis rumah terbuka membawa Kumbang kepada pengesahan satu berita yang Kumbang tulis tempohari iaitu mengenai skandal balak melibatkan Anwar Ibrahim,Husam Musa dan Tamrin.Klik Sini.

Menurut rakan Kumbang, semuanya bermula pada 4 tahun lalu apabila Tamrin dikatakan berjumpa Anwar Ibrahim iaitu pada waktu Anwar Ibrahim baru dibebaskan. Ramai orang tahu yang Almarhum Tun Ghaffar Baba adalah seorang ahli politik yang benar-benar bersih dan tidak mengamalkan rasuah. Buktinya apabila di saat menjadi Timbalan Perdana Menteri beliau masih memakai gelaran 'Encik' untuk membuktikan kepada semua orang bahawa Tun benar-benar tidak mahu menggunakan jawatannya untuk mengumpul kekayaan dan kemasyuran.

Lantaran sifat Tun Ghaffar yang tidak rasuah ini menyebabkan anak-anaknya menerima kesan iaitu hidup susah kerana tiada harta yang ditinggalkan dan keadaan ini yang menimpa Tamrin sekarang.

Kumbang pernah mendengar cerita daripada rakan Kumbang yang Tun Ghaffar pernah dibawa berjumpa dengan Nik Aziz oleh Ibrahim Ali beberapa bulan sebelum almarhum meninggal dan disertai oleh Tamrin. Perjumpaan ini berkisar tentang nasib Orang Melayu dan Bumiputera. Aspirasi inilah yang masih diperjuangkan Ibrahim Ali di dalam Pertubuhan PERKASA dan mungkin perjumpaan ini menjadi titik tolak kepada tertubuhnya PERKASA sekarang.

Keadaan ini jelas menunjukkan Tun Ghaffar sebelum meninggal dunia masih mengambil berat tentang nasib bangsanya dan meminta Nik Aziz supaya mengutamakan bangsa Melayu walau apa cara sekali pun.

Di akhir perjumpaan ini Nik Aziz telah menawarkan beberapa 'bantuan' kepada Tun Ghaffar tetapi ditolak secara baik oleh Tun Ghaffar kerana kedatangan beliau berjumpa Nik Aziz bukan bermaksud untuk menerima habuan. Tetapi malangnya menurut rakan Kumbang, keadaan dimana kesediaan Nik Aziz untuk membantu Almarhum Tun Ghaffar ini yang disalahgunakan oleh Tamrin untuk 'mengintai peluang' di Kelantan.

Berbalik kepada perjumpaan Tamrin dengan Anwar Ibrahim pada 4 tahun lalu. Pada ketika itu Anwar Ibrahim dikatakan sedang mengintai peluang untuk kembali ke dalam UMNO sekaligus mengembangkan pengaruhnya di dalam politik dan caranya adalah dengan membersihkan imejnya yang tercalar akibat 'rompakan' jawatan timbalan presiden UMNO daripada Tun Ghaffar Baba. Disebabkan itu Anwar Ibrahim dikatakan berjumpa Tamrin untuk memberi 'habuan' supaya Tamrin dapat menjernihkan semula hubungan beliau dengan keluarga Tun Ghaffar Baba dan memberikan imej yang baik kembali kepada Anwar dan memudahkan beliau untuk menyertai UMNO.

Anwar Ibrahim ketika perjumpaan itu telah mengarahkan Tamrin untuk berjumpa dengan Husam Musa dan berbincang soal 'habuan' yang dijanjikan Anwar Ibrahim. Seperti yang diceritakan Kumbang tadi Nik Aziz dikatakan bersimpati kepada Tun Ghaffar dan keadaan inilah yang menyebabkan Tamrin dan Husam Musa dapat berkomplot bersama kerana Nik Aziz nescaya akan dapat memberi keizinan atas dasar simpati. Peluang ini juga digunakan Husam Musa dengan sebaiknya kerana dapat menambah sokongan orang UMNO kepada beliau dengan memberi habuan kepada orang 'UMNO' sendiri.

Khulasahnya, Anwar Ibrahim telah menggunakan kesempatan dalam kesempitan apabila memanipulasi masalah kewangan yang dihadapi oleh Tamrin untuk mewujudkan imej diri beliau yang baik kepada ahli UMNO. Amat malang sekali wang hasil balak milik rakyat Kelantan digunakan Anwar Ibrahim atas tujuan itu.Tapi walau apa pun hal ini ternyata berbaloi bagi Anwar Ibrahim kerana kini wujudnya ramai talibarut yang membantu beliau di dalam UMNO meskipun beliau tidak jadi menyertai UMNO. Kumbang dengar usaha Anwar untuk menyertai UMNO masih belum tamat dan masih lagi digerakkan.

Seberapa ramai lagi talibarut yang akan dapat dan sedang menerima habuan daripada Anwar Ibrahim?

Seberapa ramai lagi talibarut yang akan bersekongkol dengan Anwar Ibrahim untuk menjatuhkan UMNO dan kerajaan?

Kumbang harap ini kisah terakhir yang akan kumbang dengar mengenai kewujudan talibarut di dalam UMNO dan Kumbang gesa supaya talibarut-talibarut yang sedang berada di dalam UMNO ini untuk disingkirkan oleh kepimpinan kerajaan dan parti.

Buat apa disimpan lagi, Anwar yang untung, anda yang rugi..

sumber - analisisringan

Tiada ulasan: