MODERATOR AIDC

AIDC NORA ZEK LADY
FAIZAL OM 300 QASEH
UDIN KMBG GLORY CKIAH
DRASEREMANG PISAU ABU

PANAS! DI AIDC GROUP

Anwar, International Crisis Group & Annapolis Summit : Klik di sini


NOTIS

Sesiapa yang mempunyai salinan pita rakaman mesyuarat MT berkenaan pemecatan Anwar pada tahun 1998, diharap dapat menghubungi saya via ym aidceditor atau email aidceditor@yahoo.com

21 Okt 2009

Soalan Parlimen : Motif tersembunyi Anwar ?

Oleh gelagat anwar

Dato’ Seri Anwar Ibrahim [ Permatang Pauh ] minta PERDANA MENTERI menyatakan langkah-langkah berkesan bagi mengembalikan keyakinan awam terhadap imej negatif Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, Polis DiRaja Malaysia dan Jabatan Peguam Negara berikutan keraguan umum terhadap perilaku penyiasatan dan pendakwaan terpilih.

Demikianlah bunyinya soalan daripada Ketua Pembangkang kepada Perdana Menteri Malaysia di dalam Sidang Parlimen. Bunyinya sedap. Substancenya? Dalam politik baru Malaysia yang dinaungi Anwar; substance tak perlu sangat. Yang penting imej dan persepsi. Biarlah Anwar bertanya tentang perkara yang dia sendiri tahu dan faham masalahnya; yang penting ‘pertanyaan’ itu diletakkan di dalam hansard. Jadi Anwar boleh keliling kampung mengatakan dia adalah pejuang kepada rakyat.

Keraguan umum kepada SPRM, PDRM dan Jabatan Peguam Negara ini semuanya dikotor dan dinoda oleh seorang bernama Anwar Ibrahim. Anwar dan PR yang merosakkan teruk nama PDRM, SPRM dan lain-lain agensi. Kalau dulu mereka juga yang mahukan kewujudan agensi seperti SPRM, hari ini mereka jugalah yang menjadi orang yang menyerangnya semula. Nampak macam tak ada prinsip.

Namun, inilah prinsip kepada Anwar. Yang penting, imej agensi mesti diremukkan secara menyeluruh. Merosak imej PDRM, SPRM dan AG membawa makna Anwar juga dapat meletakkan elements of doubt kepada perbicaraan sodominya. Susah apa. Itu sahaja jawapannya.

Anwar jangan nak bercakap pasal tindakan ‘penyiasatan dan pendakwaan terpilih’ kerana si mangsa yang diliwatnya juga merasakan perasaan serupa. Saiful Bukhari juga terasa bahawa dirinya menjadi mangsa ‘prosedur mahkamah’ yang diliwat Anwar. Apakah itu juga Anwar tidak perasan? Anwar pun pandai juga ‘memilih-milih’ dalam usaha pembelaan dirinya. Kalau betul ‘tidak bersalah’; kenapa perlu bertangguh?

Setakat ini semua agensi yang Anwar sebutkan berusaha keras untuk memberikan khidmat kepada Negara. Yang merosakkan imej mereka adaalah gerombolan media ’spinners’ Anwar yang terus menyerang agensi terbabit tanpa ada rasa bersalah. PDRM dijadikan tempat serangan. SPRM jadi punching bag Anwar. AG Chambers dijadikan senda gurau Anwar – dalam banyak ucapan dan ceramahnya di mana-mana. Apakah Anwar sendiri tidak berasa bertanggungjawab dalam menyebarkan ‘mockery’ kepada agensi-agensi ini?

Belum masuk lagi soal KEBODOHAN Ketua AMK yang membuat laporan rasuah di ICAC Hong Kong. Dalam politik, biarlah matang dan matured sedikit. Jangan mudah sangat menjadi alat kebodohan orang lain. Apa perlunya ICAC? Kononnya nak menidakkan SPRM? Bukankah begitu Pak Sheikh? Bukankah begitu En Shamsul Iskandar? Apakah ini membantu untuk memberikan ‘kredit’ kepada agensi teras yang pernah diperjuangkan sendiri oleh PKR dan Pakatan Rakyat. Bila terkena batang hidung sendiri, cadangan sama mulalah dijadikan alat untuk menyerang kerajaan.

Soalan Anwar ini hanyalah soalan public relations. PR effort. Tak lebih dan tak kurang. Penulis percaya, daripada soalan sekecil ini, akan bertebaranlah banyak soalan tambahan daripada ahli Parlimen pembangkang di dewan. Ini macam soalan ‘feeder’. Soalan yang akan dilibas oleh orang lain. Siapa yang Anwar aturkan? Harap-harapnya biarlah seorang yang lebih wibawa daripada YB Yusmadi (yang punya keinginan menjadi Ketua Menteri Pulau Pinang).

Agaknya, Anwar akan menjadi lebih bertanggungjawab untuk menyatakan kepada Sidang Parlimen tentang kes-kes yang disangkanya ‘diperam’ oleh SPRM buat sekian lama. Nyatakan. Gunakan kesempatan ‘imuniti Parlimen’ sebagai medan untuk membuka ‘niat sebenar’ Anwar di sebalik soalan itu. Tun Mahathir? Rafidah? Tun Daim? Tan Sri Nor? Nyatakanlah…kenapa perlu berselindung.

Kita nantikan soalan Anwar yang seterusnya. Kalau ini jadi soalan pertama Ketua Pembangkang – elok rasanya Anwar potong gaji konsultan yang telah menasihati Anwar. Elok juga kalau Anwar dapat kepilkan sekali situasi rasuah ketika dirinya menjadi TPM. Kalau Anwar nak tahu, ICAC Hong Kong tampil ketika negara itu berhadapan dengan suasana pembangunan yang hebat.

Di Malaysia, era itu ‘kononnya’ berlaku di zaman Anwar. Apakah pada ketika itu, pejabat TPM bersih daripada ‘hell money; tea money; brokerage fees; consultation fees; dan sebagainya’. Boleh Anwar nafikan bahawa Institut Kajian Dasar (IKD), International Institute of Islamic Thought Malaysia (IIIT) bersih daripada lambakan wang rasuahnya?

sumber - gelagat anwar


1 ulasan:

Shah berkata...

DSAI adalah seorang ibu segala rasuah, ibu segala kaki bontot, ibu segala main bini kawan dan ibu kaki temberang. Allah swt sahaja yang mengetahui segala-galanya perbuatan DSAI semasa menjadi TPM. Ahli PAS adalah orang yang pertama mengaibkan DSAI semasa DSAI menjadi TPM. Sekarang DSAI boleh masuk syurga kerana Nik Ajis cakap begitu