MODERATOR AIDC

AIDC NORA ZEK LADY
FAIZAL OM 300 QASEH
UDIN KMBG GLORY CKIAH
DRASEREMANG PISAU ABU

PANAS! DI AIDC GROUP

Anwar, International Crisis Group & Annapolis Summit : Klik di sini


NOTIS

Sesiapa yang mempunyai salinan pita rakaman mesyuarat MT berkenaan pemecatan Anwar pada tahun 1998, diharap dapat menghubungi saya via ym aidceditor atau email aidceditor@yahoo.com

21 Okt 2009

Calon Bebas : MB Selangor bincang dengan ADUN PKR Pelabuhan Klang

SHAH ALAM – Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim akan mengadakan satu perbincangan dengan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pelabuhan Klang, Badrul Hisham Abdullah berikutan khabar angin yang mengatakan ADUN akan meninggalkan Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan mengisytiharkan diri sebagai calon bebas.

Demikian kenyataan beliau pada sidang media selepas mempengerusikan Majlis `Luncheon talk’ bersama kedutaan dan Dewan Perniagaan Asing di Hotel Concorde, Shah Alam semalam.

Katanya, sehingga ke hari ini pihaknya belum mendengar apa-apa berita tentang khabar angin itu.

“Bagaimanapun salah satu usaha yang akan kita lakukan ialah, kita akan mengadakan perbincangan dengan beliau (Badrul) dan keputusan untuk apa-apa yang akan berlaku terpulang kepada beliau dan juga kepimpinan parti.

“Sebagai wakil rakyat, beliau boleh buat keputusan sendiri, walau bagaimanapun sudah tentulah parti akan mengambilkira tentang mereka yang meninggalkan parti,” katanya.

Sementara itu, dalam per- kembangan lain, Khalid berkata, pihaknya telah menerima pandangan positif dari pihak jawatankuasa kuil, penduduk dan juga Datuk Bandar Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA), Mazalan Md Noor berhubung isu pemindahan Kuil Seri Mariamman dari Seksyen 19 ke Seksyen 23, Shah Alam.

“Kita telah mengadakan perbincangan dan nampaknya untuk kawasan Shah Alam kita telah menerima pandangan yang sangat positif .

“Ini yang akan kita lakukan (perbincangan). Tujuannya ialah supaya segala usaha memin- dahkan dan memindahkan kuil mestilah mendapatkan pandangan dan persetujuaan semua pihak,” katanya.

sumber - sinar


Tiada ulasan: