Oleh Pochongmenulis, AIDCclub
Anwar dilaman blognya mengatakan sewaktu di Amerika dia begitu teruja kerana sempat berkongsi idea dan pandangan dengan seorang Profesor bernama Seyyed Hossien Nasr dari University George Washington. Kata Anwar tokoh ini adalah Sarjana terkemuka dan begitu hebat.
Sebaai tanda hubungan yang rapat antara Anwar dan Seyyed Hossien Nasr, tokoh tersebut telah memberi Anwar naskah ucapan yang disampaikan di persidangan “Common Word” seperti dinyatakan Anwar berjudul – A Common Word Initiative: Theoria and Praxis. Selain naskah tersebut hadiah lain yang diterimanya dari Profesor Seyyed Hossein Nasr adalah senaskah buku berjudul – The Sage Learning of Liu Zhi: Islamic Thought in Confucian Terms, karya Sachiko Murata, William C. Chittick dan Tu Weiming. Dan Anwar amat gembira sekali dengan hubungan akrab yang terjalin diantara beliau dan tokoh tersebut.
Siapa Hossein Nasr?
Sayyed Hossein Nasr sebenarnya berasal dari Iran dan lahir pada 7 April 1933 di Tehran dalam keluarga bangsawan terkemuka. Kemudiannya belajar di The Peddie School di Highstown, New Jersey pada tahun 1950. Selama empat tahun Nasr mengikuti pengajian tentang Bahasa Inggeris, serta mempelajari ilmu-ilmu, sejarah Amerika, budaya Barat dan Kristian sehingga memperolehi Anugerah Wyclifte.
Seterusnya, Nasr menyambung pengajian ke M.I.T, dan ditawarkan biasiswa dan menjadi mahasiswa Iran pertama harus memperolehi sarjana di MIT dalam bidang Fizik.
Setelah lulus dari MIT, Nasr mendaftarkan diri di sebuah program siswazah dalam bidang geologi dan geofisika di Harvard University. Setelah mendapat memperolehi Master di bidang geologi dan geofisika pada tahun 1956, beliau melanjutkan pelajaran ke peringkat Ph.D. di Institusi sama. Beliau menolak tawaran menjadi Pembantu Profesor di MIT dan kembali ke Iran pada tahun 1958 dan seterusnya mendalami ilmu falsafah islam.
Dari tahun 1968-1972, Nasr telah dilantik Dekan Fakulti di Universiti Teheran, manakla pada tahun 1972, beliau dilantik sebagai Presiden Aryamehr Universiti.
Pada tahun 1973, Ratu Farah melantik Profesor Nasr untuk menerajui pusat kajian dan penyebaran falsafah. Peluang ini digunakan oleh Nasr untuk membangunkan pusat itu mengikut model MIT.
Sejak tahun 1966 Nasr selalu dijemput institusi barat untuk memberikan pandangan dalam wacana berkaitan hubungan antara agama, falsafah dan politik semasa.
Nasr juga membawa pemikiran baru dalam hubungan barat dan islam apabila mengeluarkan pandangannya dalam beberapa buku seperti Islam And Plight of Modern Man, Sufi Essays dan The Transenden Theosophy of Sadr al-Din Syirazi. Kesemua buku ini menjadi sangat popular dikalangan orientalis barat dan telah diterjemahkan ke dalam banyak bahasa di Eropah dan diulang cetak beberapa kali .
Pada tahun 1979 pada saat Revolusi Islam di Iran, Nasr bersama keluarganya melarikan diri dan seterusnya berpindah ke Amerika Syarikat, dan seterusnya melakukan palbagai kerja-kerja penyelidikan melibatkan hubungan Kristian dan Islam.
Pada tahun 1980, Nasr mula menulis dan menghasilkan kajian di Universiti Edinburgh. Seterusnya Nasr mendapat kehormatan menjadi orang pertama bukan Barat yang dijemput untuk memberikan ucapan dalam bidang teologi dan falsafah antara agama.
Naskah Knowledge and the Sacred yang dihasilkan Nasr merupakan antara karya falsafah yang paling penting dan mempunyai kesan yang besar pada mahasiswa sarjana dalam pengajian antara agama.
Pada tahun 1982, Nasr dijemput untuk berkerjasama dalam projek besar untuk membawa keluar Ensiklopedia Kepercayaan Dunia bersama dengan Ewert Cousins dan Medieval seorang profesor falsafah di Fordham University.
Sementara pada tahun 1983, Nasr dijemput menyampaikan pandangan berkaitan falsafah agama di University of Toronto di Kanada. Dan membantu dalam membentuk Pusat Hermetisisme dan falsafah di American Academy of Religion.
Nasr diiktiraf di kalangan akademik Amerika sebagai tokoh yang bertanggunjawab mengembangkan hubungan di antara Islam dan Kistian. Kegiatan intelektual dan penulisan yang dilakukannya sejak berada di Amerika, telah membolehkan beliau menjadi rujukan dalam isu perbandingan agama, falsafah dan dialog antara agama. Lantaran itu Nasr juga seringkali menyertai banyak rundingan dan perbincangan dengan tokoh agama dan falsafah Kristian dan Yahudi seperti Hans Kung, John Hick dan Rabbi Izmar Schorch.
Pada tahun 1986, Nasr terpilih sebagai penaung kepada Pusat Pengajian Islam dan hubungan Muslim-Kristian, Sally Oaks College di Birmingham. Selain itu, itu beliau juga memainkan peranan aktif dalam penubuhan Center for Muslim-Christian Understanding di Georgetown University di Washington DC.
Nasr tokoh Pluralisme Agama
Penyertaan Nasr didalam pelbagai pendebatan dan perbincangan telah memberikan ilham kepada Nasr dan orientalis barat lain untuk mengemukakan hujah Pluralisme Agama sebagai jalan terbaik untuk meredakan pergeseran diantara dunia barat dan Islam. Dan idea yang dilontar ini selepas itu dikembangkan ke seluruh dunia melalui perbincangan dan wacana yang diadakan oleh pihak barat.
Muhamad Nurdin Sarim dalam tulisannya klik sini mengatakan Seyyed Hussien Nasr seorang Muslim Syiah dan tokoh yang bertanggungjawab dalam mempopularkan gagasan Pluralisme Agama dikalangan orang Islam .
Jika Seyyed Hussien Nasr bertanggungjawab mempopularkan fahaman ini dikalangan Islam, di kalangan agama Kristian pula orang yang bertanggungjawab menyebarkan Pluralisme Agama adalah rakan baik Nasr iaitu John Hick. .
Kedua tokoh ini seringkali mengadakan diskusi dan program untuk mempopularkan fahaman pluralisme ini diseluruh dunia.
Dikatakan kewujudan fahaman Pluralisme ini disebabkan tokoh-tokoh orientalis barat melihat arus globalisasi dunia akan menjadikan dunia suatu hari nanti akan wujud tanpa sempadan, budaya, ideologi dan agama/ kepercayaan.
Ertinya pada masa itu identiti kaum, kepercayaan dan agama akan dilebur atau disesuaikan dengan perubahan zaman moden. Dengan ini pada tanggapan mereka agama juga akan mengalami evolusi dan akan saling mendekati anatara satu sama lain yang pada akhirnya tidak akan ada lagi perbezaan antara satu agama dengan yang lainnya, seterusnya Agama itu kemudiannya akan melebur menjadi satu.
Berdasarkan andaian itu maka John Hick segera memperkenalkan konsep pluralisme agama dalam gagasannya yang disebut global theology. Selain Hick antara tokoh terkenal lain sama pemikiran adalah Wilfred Cantwell Smith, orang yang bertangunggjawab menubuhkan McGill Islamic Studies.
Sebuah buku yang mengangkat Pluralism Agama juga telah diterbitkan oleh Hick yang berjudul Problems of Religious Pluralism.
Selain itu Fritjhof Schoun juga merupakan antara orang awal memperkenal konsep fahaman Pluralisme Agama. Seyyed Hossein Nasr yang merupakan pengikut setia Schoun kemungkinan besar terpikat dengan idea Pluralisme agama adalah disebabkan pengaruh hasil kajian yang dikemukakan Schoun.
sumber - pochongmenulis
Tiada ulasan:
Catat Ulasan