MODERATOR AIDC

AIDC NORA ZEK LADY
FAIZAL OM 300 QASEH
UDIN KMBG GLORY CKIAH
DRASEREMANG PISAU ABU

PANAS! DI AIDC GROUP

Anwar, International Crisis Group & Annapolis Summit : Klik di sini


NOTIS

Sesiapa yang mempunyai salinan pita rakaman mesyuarat MT berkenaan pemecatan Anwar pada tahun 1998, diharap dapat menghubungi saya via ym aidceditor atau email aidceditor@yahoo.com

22 Okt 2009

Saman 100 juta tak dapat, Anwar pula kena bayar kepada Tun M

Oleh Gelagat Anwar

Mahkamah Rayuan semalam membuat keputusan sebulat suara untuk menolak sama fitnah berjumlah 100 juta Anwar kepada Tun Mahathir. Nampaknya, Anwar buat kesekian kalinya tewas di gelanggang mahkamah bila berentap dengan Tun Mahathir. Maknanya apa; maknanya Anwar memang pun melakukan apa yang diperkatakan oleh Tun M. Itulah maknanya. Nak fakta apa lagi kan. Itu pun takkanlah susah sangat nak deduce kan kesimpulannya.

Lebih menarik lagi, Anwar diarahkan membayar kos kepada Tun Mahathir. Ini ibarat katanya, sudah jatuh ditimpa tangga. Sudahlah kalah. Kena bayar lagi. Ish, nasib baiklah duit tabungan masih mencecah ribuan dolar Amerika. Kalau tidak sesak juga, keluar masuk mahkamah dengan keputusan yang sebegini. Anwar masih lagi ada ‘jinx’ bila berhadapan dengan Tun Mahathir. Memang tak kena. Anwar memang tidak bernasib baik agaknya.

Keputusan ini sudah dengan sendirinya menyediakan ‘negative built up’ kepada kes sodomi. Apa orang lain nak kata, terserah. Tetapi, mahu tak mahu kesannya tetap ada. Anwar sudah tewas berulang kali. Yang sebut Anwar main belakang bukan main ramai. Kenapa tidak Anwar saman semua? Samanlah Datuk Ishak (Ketua UMNO Bahagian Seremban, yang dengan selambanya mengatakan Anwar suka main belakang). Tak pula disaman.

Peguam Anwar bukannya mainan. Karpal Singh dan SM Nair. Kuat penipu. Kuat melepaskan orang daripada salah kepada tidak bersalah. Tetapi dalam kes Anwar ini, letak peguam mana pun tidak akan mampu nak memastikan Anwar menang. Dah tentu Tun M membuat kenyataan di bawah haknya sebagai seorang Perdana Menteri (9 September 2005).

Tun M bercakap berdasarkan laporan siasatan. Bukannya main terjah begitu sahaja.

Kita harap sangat, Anwar dapat sesekali menerima hakikat kekalahan. Tak perlulah nak menggunakan prosedur mahkamah nak melewatkan lagi kes liwatnya yang bakal kedengaran tidak lama lagi. Keberanian Anwar akan lebih terserlah jika berhadapan dengan mahkamah secara ‘gentleman’ dan tidak sebagai ‘coward’. Inikan lebih sesuai dengan imej ‘jejaka Renaissance’ yang Anwar selalu nak portraykan di media antarabangsa.

Ini pastinya menampilkan Anwar sebagai ‘victim’ rather than the aggressor terhadap Saiful. Anwar tidak berkemampuan. Anwar sakit. Anwar sudah membuat pembedahan di Munich. Anwar tidak mampu menewaskan seorang lelaki seperti Saiful. Ini semua boleh digunapakai di mahkamah.

Anwar patut menggunakan masa secukupnya untuk membentangkan ‘pelan kerjasama’ antara parti di dalam PR yang akan berlangsung sedikit masa lagi. Khabarnya, rangka masih belum mampu dimuktamadkan kerana mendapat tentangan berterusan daripada PAS. Anwar tengah mencari jalan untuk memastikan PAS dapat tunduk kepada kehendak politiknya.
Ada juga yang kata, konvensyen PR ini juga dijadikan medan ‘penyerahan kuasa awal’ dalam menentukan PR tidak berkubur jika Anwar diberikan cuti sabbatical di dalam penjara.

Anwar sedang merancang bahawa sesiapa juga yang bakal diberikan amanat dan mandat, dapat mengawal kalangan ‘haiwan politik’ yang ada di dalam PKR, DAP dan PAS. Semuanya menunggu untuk dinobatkan sebagai ‘Ketua Pembangkang’ (Reserve) untuk Pakatan Rakyat. Inilah nasibnya, apabila mempunyai Ketua Umum yang senantiasa mengluar tabiikan kehidupannya. Parti pun jadi celaru.

sumber - gelagat anwar



Tiada ulasan: