MODERATOR AIDC

AIDC NORA ZEK LADY
FAIZAL OM 300 QASEH
UDIN KMBG GLORY CKIAH
DRASEREMANG PISAU ABU

PANAS! DI AIDC GROUP

Anwar, International Crisis Group & Annapolis Summit : Klik di sini


NOTIS

Sesiapa yang mempunyai salinan pita rakaman mesyuarat MT berkenaan pemecatan Anwar pada tahun 1998, diharap dapat menghubungi saya via ym aidceditor atau email aidceditor@yahoo.com

22 Okt 2009

Pengerusi PKR Negeri -'Kami mahu orang Sabah'

KOTA KINABALU 21 Okt. - Sentimen kenegerian yang tinggi dikatakan punca utama majoriti Ketua Bahagian Parti Keadilan Rakyat (PKR) di negeri ini membantah pelantikan Azmin Ali sebagai Pengerusi Badan Perhubungan Negeri.

Ketua PKR Bahagian Silam, Johani Abd. Halim berkata, bantahan tersebut adalah mengikut kehendak ahli akar umbi yang mahukan jawatan itu diisi oleh orang Sabah sendiri.

"Keadaan di Sabah lain dan tidak boleh lari dari perkara ini (sentimen kenegerian), kami mahu orang Sabah," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Krisis dalaman PKR Sabah memuncak apabila 18 daripada 23 ketua bahagiannya membantah pelantikan Azmin Ali sebagai Pengerusi Badan Perhubungan Negeri.

Ia 'dipanaskan' lagi dengan kehadiran Zaid Ibrahim pada majlis Rumah Terbuka Aidilfitri dan Deepavali di Plaza Tanjung Aru baru-baru ini walaupun dinasihatkan oleh Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim supaya tidak berbuat demikian berikutan bantahan Azmin sebagaimana dilaporkan sebuah portal berita.

Menurut Johani, apa yang dimahukan oleh ahli PKR Sabah adalah seorang pemimpin tempatan yang menetap di Sabah, seterusnya dapat memberikan sepenuh tumpuan kepada rakyat negeri ini.

"Selain itu, pemimpin tersebut juga pastinya mesti lebih memahami budaya dan kehendak masyarakat di negeri ini kerana membesar dengan suasana di negeri ini," jelasnya.

Katanya, pada masa ini pihaknya telah mengenal pasti beberapa pemimpin PKR di negeri ini yang berpengalaman dan layak memikul tugas berkenaan.

Ketika ditanya sama ada bantahan tersebut telah mendapat maklum balas Anwar, beliau berkata pada masa ini pihaknya belum mendapat apa-apa maklum balas.

Sementara itu, Ketua Wanita PKR, Christina Liew mengakui, bahawa beliau adalah salah seorang pemimpin yang menandatangani memorandum bantahan tersebut.

''Dalam memorandum tersebut, kami juga mengemukakan nama Datuk Dr. Jeffrey Kitingan sebagai calon paling sesuai bagi jawatan Ketua PKR Sabah.

''Itu saja. Apa yang kami minta hanyalah jawatan Ketua PKR Sabah disandang oleh orang Sabah.

''Saya yakin, Anwar Ibrahim tahu akan 'sentimen Sabah' dan kehendak majoriti ahli mahupun ketua bahagian PKR negeri ini supaya Dr. Jeffrey mengetuai PKR Sabah," katanya.

Christina berkata, keputusan berhubung memorandum bantahan itu dijangka diketahui hujung bulan ini.

sumber - Utusan


Tiada ulasan: