MODERATOR AIDC

AIDC NORA ZEK LADY
FAIZAL OM 300 QASEH
UDIN KMBG GLORY CKIAH
DRASEREMANG PISAU ABU

PANAS! DI AIDC GROUP

Anwar, International Crisis Group & Annapolis Summit : Klik di sini


NOTIS

Sesiapa yang mempunyai salinan pita rakaman mesyuarat MT berkenaan pemecatan Anwar pada tahun 1998, diharap dapat menghubungi saya via ym aidceditor atau email aidceditor@yahoo.com

21 Okt 2009

Dr. Pornthip : Konspirasi politik oleh kerajan Selangor ?

Pakar Patologi dari Thailand, Dr Pornthip Rojanasunand tidak menolak kemungkinan Teoh Beng Hock membunuh diri biar pun hasil pemeriksaannya mendapati 80% berkemungkinan homisid (sama ada dibunuh atau ditolak).

Ini berdasarkan terdapat kesan di bahagian leher dan kecederaan di lubang dubur yang berlaku sebelum beliau mati.

Menurut Malaysiakini, Dr Pornthip membuat kesimpulan bahawa kemungkinan 80 peratus Teoh dibunuh dan 20 peratus dia membunuh diri.

Beliau juga tidak bersetuju dengan pandangan pakar-pakar forensik bahawa Teoh "jatuh dalam keadaan sedar" tetapi sebaliknya menegaskan bahawa mangsa mungkin tidak sedar.

Dr. Pornthip memberi tiga sebab dalam membuat kesimpulan tersebut, iaitu:

1) Laporan bedah siasat menyatakan mangsa masih hidup ketika jatuh di tanah, tetapi beliau (Dr Pornthip) tidak menemui kecederaan untuk melindungi diri.

2) Beliau menemui luka-luka yang kelihatan berlaku sebelum mangsa jatuh.

3) Kecederaan pada bahagian dada adalah akibat impak awalan.

Kesimpulan Dr Pornthip agak mengelirukan kerana berasaskan andaian-andaian yang telah diterangkan dalam inkues sebelum ini beliau membuat keputusan Beng hock dibunuh.

Kesimpulan Dr. Pornthip bahawa Teoh dibunuh kerana terdapat kecederaan pada duburnya sebelum jatuh sangat mengelirukan. Ini tidak memberi ia tidak memberi ruang kepada sebarang kemungkinan luka pada dubur berlaku akibat tersangkut penyelak tingkap yang turut patah semasa kejadian tersebut.

Malah Dr. Pornthip tidak memberi melakukan sebarang kajian sama ada luka pada dubur tersebut konsisten dengan penyelak tingkap yang dijumpa ditempat kejadian atau oleh objek lain.

Ini kerana dalam inkues sebelum ini menunjukkan keadaan tingkap di bangunan tersebut memerlukan seseorang yang ingin terjun memanjat dan membongkok untuk keluar terlebih dahulu. Situasi tersebut boleh menyebabkan beliau tergelincir dan duburnya tersangkut pada penyelak tingkap (yang turut ditemui di tempat beliau jatuh). Ini konsisten dengan penemuan penyelak tingkap tersebut patah dan berada berhampiran tempat badan beng hock ditemui.

Dakwaan terdapat luka-luka yang berlaku sebelum beliau jatuh sebagai bukti beliau dibunuh juga menimbulkan tanda tanya. Bagaimanakah pakar tersebut boleh mengenalpasti kecederaan sebelum jatuh dengan selepas jatuh?

Jika kita lihat banyak kes bedah siasat hanya boleh memastikan kecederaan sebelum mati dengan selepas mati.

Seandaianya Beng Hock jatuh Demikian juga luka-luka yang berlaku telah diterangkan sebelum ini bahawa kemungkinan Beng Hock tergelincir semasa memanjat dan menyebabkan beberapa bahagian badan beliau terkena tingkap dan dinding sebelum jatuh.

Walaupun terdapat kemungkinan Beng Hock dibunuh namun 80% yang diletakkan oleh pakar dari Thailand yang diupah oleh kerajaan Selangor sangat meragukan dan menimbulkan tandatanya sama ada terdapat komplot politik untuk menyalahkan SPRM dan kerajaan.

Kita mungkin menerima jika Dr. Pornthip membuat kesimpulan bahawa kemungkinan terdapat unsur homosid. Namun peratusan (80%) yang diberikan untuk homosid berasaskan bukti mengikut keadaan (Circumstantial evidence) yang sangat tidak kukuh untuk menyokong hujah beliau tentulah menimbulkan curiga.

Apakah terdapat konspirasi politik oleh kerajan Selangor dan Dr. Pornthip?

sumber - mykmu


Tiada ulasan: