PETALING JAYA: Teman rapat Raja Petra Kamaruddin sewaktu zaman persekolahan semalam menggesanya pulang dan berhadapan dengan tiga saman fitnah yang sedang dihadapinya serta membiarkan undang-undang untuk memutuskan siapa yang bersalah dalam kes tersebut.
Tan Sri Megat Najmuddin Megat Khas yang juga Panel Penasihat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berkata, beliau bimbang akan keselamatan Raja Petra namun beliau tidak faham mengapa pengendali laman blog Malaysia Today itu perlu melarikan diri kerana dia pernah berkata dia seorang yang berani menegakkan kebenaran.
Menurut Megat Najimuddin, ketika menuntut di Kolej Melayu Kuala Kangsar beliau ibarat seorang abang kepada Raja Petra namun pada ketika ini beliau bingung siapa yang membiayai perbelanjaan kehidupan sahabatnya itu di luar negera lebih-lebih lagi setelah dia diisytiharkan muflis. “Jika dia (Raja Petra) tinggal di Australia atau Eropah, kos hidup di sana lebih mahal,” katanya.
Beliau turut mendengar mengenai pihak tertentu yang didakwa membiayai sumber kewangan Raja Petra tinggal di sana.
Beliau turut menyoal apakah kepentingan pihak tersebut berbuat demikian dan jika mereka tidak mempunyai kepentingan mengapa mereka perlu membiayai sumber kewangan Raja Petra di sana?
Baru-baru ini, dalam laman web Malaysia Today beberapa keping gambar Raja Petra dan isterinya sedang bercuti disiarkan namun lokasi tempat tersebut dirahsiakan.
Megat Najmuddin yang juga Presiden Institut Tadbir Urus Korporat Malaysia dan ahli Lembaga Disiplin Umno berkata, tidak mustahil Raja Petra tinggal di luar negara dengan menggunakan pembiayaiaan sendiri kerana dia hanya mengendalikan laman web Malaysia Today yang jumlah pendapatannya tidak seberapa.
“Mungkin juga dia dibantu oleh derma yang diberikan oleh orang awam,” tambahnya.
Beliau mendakwa ada dua sebab mengapa orang yang membiayai Raja Petra tinggal di luar negara tidak mahu dia kembali ke Malaysia.
“Mungkin mereka ini tidak mahu dia membocorkan rahsia, atau mereka tidak mempunyai apa-apa kepentingan. Jika tidak mengapa mereka ini mahu dia melarikan diri ke luar negara,” katanya.
Mengenai dakwaan Raja Petra bahawa dia perlu tinggal di luar negara untuk mengelak daripada ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), Megat Najmuddin berkata kebimbangannya itu sudah tidak relevan.
“Dia pernah ditahan di bawah Akta ISA sebelum ini dan dia telah dibebaskan dan kini telah menjadi hero. Pada ketika ini, masyarakat sudah semakin bijak untuk menilai dan kerajaan tidak lagi menggunakan akta tersebut dengan sesuka hati.
“Berita akan tersebar dengan cepat sekarang, jika wujud ketidakadilan rakyat akan marah. Kepentingan awam dijaga dan dia pasti (Raja Petra) dibicarakan dengan adil,” ujarnya.
sumber - mstar
1 ulasan:
Raja Petra pengecut... tak ada kote!!!
Catat Ulasan