MODERATOR AIDC

AIDC NORA ZEK LADY
FAIZAL OM 300 QASEH
UDIN KMBG GLORY CKIAH
DRASEREMANG PISAU ABU

PANAS! DI AIDC GROUP

Anwar, International Crisis Group & Annapolis Summit : Klik di sini


NOTIS

Sesiapa yang mempunyai salinan pita rakaman mesyuarat MT berkenaan pemecatan Anwar pada tahun 1998, diharap dapat menghubungi saya via ym aidceditor atau email aidceditor@yahoo.com

26 Okt 2009

Krisis PAS : Antara puak pro dan anti Anwar Ibrahim

Oleh gelagat anwar

Dalam nota sebelum ini, sudah dinyatakan bahawa masalah di dalam PAS bukan masalah ‘dalaman’. Ini penyakit berjangkit. Ini virus politik yang semakin menjadikan PAS jadi kacau bilau dalam menempuh arus politik semasa. Ini isu kesetiaan dan ‘taklid’ sesetengah pemimpin PAS kepada pemimpin bernama Anwar Ibrahim. Bukannya disebabkan kalangan pemimpin PAS ini tidak ada ilmu agama. Tetapi memang mereka sudah terlalu terbuai dengan ‘games’ politik Anwar yang memang bertujuan untuk mewujudkan kacau bilau, supaya dia sendiri tampil sebagai hero di dalam suasana politik semasa.

Terbaru, blog Anwar mengangkat dirinya sebagai ‘goliath’ politik dengan menyamakannya dengan Dudley Senanayake, bekas Perdana Menteri Sri Lanka (sekitar 50 an dan 60 an). Senanayake dikatakan sebagai seorang “PERDANA MENTERI’ yang bersungguh memperjuangkan undang-undang, anti korupsi dan sebagainya. Sekali lagi, Anwar menyamakan dirinya sebagai seorang PERDANA MENTERI; setelah menggunakan title sama sewaktu melakukan tour di Amerika Syarikat baru-baru ini.

Dalam merealisasikan impian menjadi seorang Perdana Menteri, mempunyai seorang pemimpin PAS yang pragmatik dan mampu melihat isu Melayu/Islam secara total dan bersungguh adalah sesuatu yang mampu menjadi ‘hambatan’ kepada Anwar. Anwar tidak boleh menerima hakikat ada pemimpin lain yang boleh meletakkan dirinya di dalam keadaan serba salah dan tidak mampu tampil sebagai ‘adikuasa’ di dalam Pakatan Rakyat.

Makanya, sikap dan kemahuan Anwar menjadi Perdana Menteri mestilah bermula dengan strategi merosakkan kepimpinan Hadi di dalam PAS. Ini bukan rocket science. Orang Hadi sendiri sudah mula nampak dengan gerakan kurang manis Anwar ini. Nak tampilkan dirinya innocent dan tidak terlibat, Anwar pun seperti biasa buat-buat sibuk dengan beberapa penampilan kurang penting di Bogor dan beberapa tempat di Indonesia. Menurut kata orang dalam PKR, asalnya Anwar tidak pun berniat untuk pergi – tetapi demi untuk menampilkan bahawa dirinya ‘innocent’ dan tidak terbabit dengan agenda merosakkan Hadi – dia pun setuju pergi.

PAS yang bergolak dengan sendirinya menyediakan platform terbaik buat Anwar mengukuh platform kuasa. PAS yang kacau bilau; PAS yang huru hara; PAS yang tidak stabil hanya memungkinkan orang lain melihat Anwar sebagai penyelamat dan ’saviour’. Ini yang mahu Anwar tampilkan, Setakat ini, Anwar tidak membuat sebarang komen mengenai kemelut di dalam PAS. Apakah sebagai Ketua Pembangkang, Anwar tidak merasakan komennya penting dan perlu? Apakah signal sebenar yang Anwar nak berikan? Apakah yang Anwar nak lihat terjadi kepada PAS?

Kalaupun ada perkaitan antara Anwar dan Senanayake adalah lidah yang sama ‘berbelit’ dalam menipu dan mengelirukan rakyat. Itulah yang ada perkaitan pun. Yang lain, sebagai seorang Perdana Menteri – Senanayake tidak layak disamakan dengan ‘Mantan Calon Perdana Menteri’ yang tidak menjadi.

Kita sebenarnya patut menunggu komen dan tindakan Anwar dalam isu PAS. Nampaknya, ada masalah sedikit apabila Anwar tidak menjangkakan reaksi Nik Aziz yang cepat nak membatalkan EGM dan menggantikannya dengan mesyuarat khas. Nik Aziz tidak ada ‘command’ di dalam pimpinan tertinggi PAS, maka peluang untuk Nik Aziz untuk memecat mereka yang ‘bermasalah’ akan terkubur nampaknya.

Ini bukan yang Anwar hajati. Anwar sudah melakukan kerja di bawah, untuk memastikan Haji Hadi akan tewas dalam Undi Tidak Percaya. Kerja ini berbulan lamanya. Berjuta juga habisnya. Namun, kemampuan Salahuddin menarik balik langkah Nik Aziz sudah membuatkan Anwar tewas lagi kali ini. Anwar lupa bahawa ‘nilai’ PAS berbeza dengan nilai PKR.

Maaf, kali ini – Anwar tewas lagi dalam strategi politiknya.

sumber - gelagat anwar


1 ulasan:

jiwakita berkata...

salam.....

Dalam PAS ada dua puak spt dikhabarkan...
salah satu puak erdogan pro anwar..
TGNA apa pula drama cuba nak cipta
dengan memotong sedikit aksi berlebihan
anwar nie?