MODERATOR AIDC

AIDC NORA ZEK LADY
FAIZAL OM 300 QASEH
UDIN KMBG GLORY CKIAH
DRASEREMANG PISAU ABU

PANAS! DI AIDC GROUP

Anwar, International Crisis Group & Annapolis Summit : Klik di sini


NOTIS

Sesiapa yang mempunyai salinan pita rakaman mesyuarat MT berkenaan pemecatan Anwar pada tahun 1998, diharap dapat menghubungi saya via ym aidceditor atau email aidceditor@yahoo.com

13 Okt 2009

PKR yakin tawan Sarawak

KUALA LUMPUR - Parti Keadilan Rakyat (PKR) yakin dapat menawan Sarawak kerana melalui proses fasa pertama, penduduk di kawasan pendalaman negeri berkenaan sudah semakin mengenali logo dan bendera parti itu.

Naib Presiden PKR, Mohamed Azmin Ali berkata, parti itu kini bukan sahaja menumpukan perhatian kepada Sarawak, tetapi turut menjadikan Sabah dan Perak sebagai sasaran jika berlaku pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN).

Menurutnya, dalam keadaan sekarang, PKR perlu bersiap sedia dalam semua keadaan dan kemungkinan yang mungkin berlaku.

“Kami kini sedang melalui fasa kedua iaitu untuk meyakinkan masyarakat Sarawak mengenai dasar-dasar parti dan yakin rakyat akan menerima perubahan.

“Saya akui, di Sarawak, budaya ugut masih kuat dan adalah menjadi tugas kami untuk menyedarkan tentang hak dan kebebasan mereka untuk bersuara,” katanya ketika ditemui pada Majlis Rumah Terbuka Ali Parlimen Gombak, di Taman Melawati, di sini.

Beliau berkata, Sarawak dan Sabah merupakan negeri yang lebih kaya daripada Selangor terutamanya dari segi khazanah alamnya.

“Tetapi apa yang berlaku sekarang, dua negeri ini menjadi antara negeri termundur di Malaysia. Oleh yang demikian, kami mahu khazanah ini diurus dengan baik,” katanya.

Katanya, dalam perjuangan, soal kepimpinan menjadi agenda utama PKR dan mereka sedang melatih ahli dan aktivis parti agar memahami dasar dan perjuangan parti serta dalam masa yang sama berpegang teguh pada ideologi perjuangan.

“Pakatan Rakyat (PR) telah pun berjaya melakarkan success story apabila berjaya menawan empat negeri pada pilihan raya umum yang lalu dan kami juga berjaya membuktikan kami mampu membela rakyat jauh lebih baik daripada Kerajaan Persekutuan.

“Misalnya Selangor, Kerajaan Negeri di bawah pimpinan Tan Sri Khalid Ibrahim mampu memberikan air percuma kepada rakyat, bantuan kepada ibu tunggal, pelaburan kepada anak Selangor yang baru lahir dan banyak lagi,” katanya.

sumber - sinar



2 ulasan:

melayujantan berkata...

MAT JUAL BINI DAH MENYALAK DAH MEROYAN AGAKNYA....apa nak jadi pada makhluk sekor ni , masih bermimpi ke?Dia sedar ke apa yg dia cakap ???

ladybird berkata...

melayujantan :

mereka ni hanya pandai bermimpi dan bermimpi dan bermimpi...hakikatnya jauh dari sasaran, mulut bercakap sekadar untuk menyedap ayat je....