MODERATOR AIDC

AIDC NORA ZEK LADY
FAIZAL OM 300 QASEH
UDIN KMBG GLORY CKIAH
DRASEREMANG PISAU ABU

PANAS! DI AIDC GROUP

Anwar, International Crisis Group & Annapolis Summit : Klik di sini


NOTIS

Sesiapa yang mempunyai salinan pita rakaman mesyuarat MT berkenaan pemecatan Anwar pada tahun 1998, diharap dapat menghubungi saya via ym aidceditor atau email aidceditor@yahoo.com

13 Okt 2009

Faktor Anwar sudah jadi liabiliti ?



Oleh Malaysiaaktif


SETELAH lebih sebulan menghasut pembaca dan pengundi Bagan Pinang khasnya agar menolak Isa Samad berikutan tindakan UMNO pernah menggantung keahliannya kerana terlibat dalam politik wang pada 2004, portal berita pro-pembangkang – The Malaysian Insider dan Malaysiakini - memberi pelbagai alasan Pas kalah pada pengundian 11 Oktober lalu.

Malaysiakini juga mula sedar betapa berita mengenai tindakan segolongan penduduk Seksyen 23 Shah Alam membawa kepala lembu gagal menimbulkan kemarahan pengundi India di Bagan Pinang.

Keghairahannya memaparkan video perarakan kepala lembu itu gagal meninggalkan kesan diinginkan apabila lebih 30 lori penternak lembu dan kambing India dari Sungai Kertas, Ulu Yam menunjuk perasaan di depan bangunan Sekretariat Selangor Ogos lalu.

Ini kerana ladang mereka ditenggelami air dan sampah membunuh kira-kira 200 ternakan mereka.

Seterusnya ruangan perbincangannya mencabar UMNO meletakkan Rahim Thamby Chik dan Muhammad bin Muhd Taib yang juga dianggap reputasi mereka sudah tercemar dan dipinggirkan untuk bertanding pada pilihan raya kecil akan datang.

Terbaru, seorang penulis bagi portal ini juga dengan nada sinis menyatakan rasuah mungkin menjadi isu di kalangan orang ramai tetapi tidak di Bagan Pinang. Lagipun apa salahnya dengan sedikit wang suapan itu sedang minyak terus mengalir dan dunia terus membeli barangan keluaran kita.

Ia turut menasihatkan jika rasuah tidak melibatkan berbilion ringgit, usah cuba membesarkan isu ini kerana lebih baik ia ‘dihalalkan’ sebab mungkin ia mendatangkan hasil melalui cukai.

The Malaysian Insider pula memberikan beberapa sebab utama dan pengajaran berikutan kekalahan calon Pas Zulkefly Mohamed Omar (2,578 undi) kepada Isa yang memperolehi 8,013 undi.

Ini termasuklah leka dengan kemenangan di Manek Urai, Kuala Terengganu, Bukit Gantang, Penanti, Permatang Pasir membuat jentera kempen pembangkang begitu lemah longlai.

Pas sendiri mengakui ia kalah kerana kehilangan banyak undi India dan Cina yang memangkah UMNO-BN setelah hilang keyakinan terhadap kemampuan pembangkang dalam menangani pelbagai isu dan betapa Pas, PKR dan DAP berpecah belah dan berbalah sesama sendiri.

Bagaimanapun, apa didedahkan dalam sebuah blog lebih menarik – wujud perpecahan dan perebutan kuasa di kalangan pucuk pimpinan Pas Bagan Pinang dan faktor campur tangan Anwar Ibrahim.

Anwar dikatakan memilih Zulkefly kerana dia berada di dalam team Erdogan. Begitu juga penasihat PKR itu tidak mahu pemimpin yang terlalu alim dan pro-ulamak dicalonkan mungkin untuk mengambil hati pengundi bukan Melayu.

Ini menyebabkan Ustaz Kassim Tahir yang popular di kalangan pengundi Bagan Pinang tidak dicalonkan sedang tersebar khabar angin Anwar mahu kerajaan BN pimpinan Mohamad Hassan digulingkan.

Mengikut komplot pembangkang Zulkefly akan dilantik Menteri Besar dalam satu rancangan peralihan kuasa ala 16 September 2008, di Negeri Sembilan.

Percakaran inilah antara lain membuat jentera Pas di Bagan Pinang tawar hati dan tidak bersungguh-sungguh di dalam berkempen hinggakan ceramah Anwar pun dihadiri kira-kira 300 orang saja.

Walau apa pun alasan dan ejekan pembangkang, hakikatnya UMNO berjaya mempertahankan kerusi Bagan Pinang dan Anwar, Lim Guan Eng serta Nik Aziz Nik Mat jelas gagal menembusi kekuatan UMNO-BN di selatan.

Kemenangan Isa amat bermakna bagi UMNO yang mendapat suntikan semangat bagi meneruskan perjuangan dan mempersiapkan jentera BN menantikan pilihan raya 2013 kelak.

Anwar dengan retorik basi bersama-sama Guan Eng dengan janji palsu seperti dilihat di Kampung Buah Pala dan Nik Aziz dengan fatwa beliau yang sering dipertikaikan pasti akan ditolak pengundi

sumber - malaysiakaktif


Tiada ulasan: