MODERATOR AIDC

AIDC NORA ZEK LADY
FAIZAL OM 300 QASEH
UDIN KMBG GLORY CKIAH
DRASEREMANG PISAU ABU

PANAS! DI AIDC GROUP

Anwar, International Crisis Group & Annapolis Summit : Klik di sini


NOTIS

Sesiapa yang mempunyai salinan pita rakaman mesyuarat MT berkenaan pemecatan Anwar pada tahun 1998, diharap dapat menghubungi saya via ym aidceditor atau email aidceditor@yahoo.com

27 Okt 2009

PKR parti 'bateri 3A'

Oleh HERMAN HAMID
pengarang@utusan.com.my

KUALA LUMPUR 26 Okt. - Datuk S. Nallakarupan menegaskan beliau tidak pelik dengan gelaran parti 'bateri 3A' yang diberi kepada Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Ini kerana, kata beliau, parti itu memang berkisar kepada tiga individu iaitu Presidennya, Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail; Penasihat, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Naib Presiden, Azmin Ali.

Bekas rakan karib Anwar itu berkata, ketiga-tiga mereka akan menentukan apa sahaja perkara dalam PKR sehingga beliau sendiri yang bersahabat dengan Anwar selama 30 tahun sanggup diketepikan.

''Sebab itu banyak pemimpin terdahulu yang bertindak meninggalkan PKR kerana melihat parti itu hanya berkisar kepada tiga orang itu sahaja. Itulah hakikatnya.

''PKR hanya parti tiga orang A ini saja. Lihatlah saya sendiri, 30 tahun saya dengan Anwar, malah pernah masuk penjara kerana dia, tapi akhirnya dia tak pedulikan pun semua itu sampailah saya keluar PKR.

''Jadi kalau saya yang 30 tahun bersama Anwar boleh diperlakukan seperti ini, bayangkanlah pemimpin PKR lain. Bila-bila masa boleh dilupakan macam itu saja,'' katanya kepada Utusan Malaysia.

Ahli Majlis Tertinggi (MT) UMNO, Datuk Dr. Abdul Latiff Ahmad baru-baru ini menyifatkan PKR parti 'bateri bersaiz 3A' kerana kekuatannya hanya ditentukan oleh Anwar, Azizah dan Azmin.

Diminta mengulas pelantikan Azmin selaku Pengerusi PKR Wilayah Persekutuan yang baru, Nallakarupan berkata, ia menunjukkan Azmin mempunyai kedudukan istimewa di mata Anwar.

Kata beliau, ia merupakan satu keputusan besar kerana pelantikan Azmin adalah untuk menggantikan seorang lagi pemimpin kanan PKR, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Pelantikan sebagai Pengerusi PKR Wilayah Persekutuan itu bermakna Azmin menggantikan kedudukan Abdul Khalid yang juga Ahli Parlimen Bandar Tun Razak selain Menteri Besar Selangor.

''Azmin bukan Ahli Parlimen di Wilayah Persekutuan seperti Abdul Khalid dan ini memperlihatkan siapa yang lebih penting di antara dua pemimpin itu kepada Anwar.

''Ini memang sudah dijangkakan. Walaupun atas sebab tertentu terpaksa digugurkan menerajui PKR Sabah, Anwar tidak mungkin tinggalkan Azmin yang tahu banyak mengenai Anwar.

''Bagi Azmin, ini satu cara penting untuk beliau mengukuhkan kedudukan politiknya terutama dalam PKR walaupun ia menyentuh jawatan Abdul Khalid,'' jelasnya.

Nallakarupan juga tidak hairan atas apa yang berlaku pada Abdul Khalid kerana beliau sendiri pernah diperlakukan sedemikian rupa bagi mengukuhkan kedudukan Azmin.

Dakwanya, ia berlaku pada pemilihan PKR suatu masa dahulu apabila beliau diminta oleh Anwar untuk menarik diri bertanding jawatan Naib Presiden walaupun mendapat pencalonan kedua tertinggi demi mengukuhkan kedudukan Azmin.

''Saya tak bercakap bohong, saya berani ke kuil untuk ulangi apa yang saya cakap ini. Anwar sendiri pada waktu itu minta saya tarik diri sebab Azmin mahu bertanding.

''Namun apabila saya tanya kepada Wan Azizah, beliau tidak pula tahu perkara tersebut,'' jelasnya.

sumber - utusan


Thamrin tiada dalam senarai memorandum

KOTA KINABALU 26 Okt. - Ketua Parti Keadilan Rakyat (PKR) bahagian Libaran, Thamrin Zaini yang baru dilantik sebagai Ketua Perhubungan PKR Sabah tidak berada dalam senarai pemimpin yang dicadangkan oleh bahagian-bahagian PKR negeri menggantikan Azmin Ali.

Ketua Wanita PKR Sabah, Christina Liew berkata, memorandum yang dikemukakan oleh 18 bahagian parti itu kepada PKR Pusat dengan jelas mahu Naib Presiden, Datuk Dr. Jeffrey Kitingan dilantik sebagai ketua PKR negeri.

''Selain Dr. Jeffrey, dalam memorandum tersebut kami ada menyenaraikan nama pemimpin lain tetapi dia (Thamrin) tidak berada dalam senarai itu,'' katanya kepada Utusan Malaysia ketika dihubungi di sini hari ini.

Beliau mengulas pelantikan bekas Setiausaha Agung PKR Sabah itu sebagai Ketua Perhubungan PKR Sabah baru menggantikan Azmin.

Isu pelantikan pengganti Azmin hangat diperkatakan apabila 18 bahagian PKR negeri ini mengemukakan memorandum mendesak supaya jawatan Ketua Perhubungan PKR Sabah yang disandang Naib Presiden PKR itu diganti dengan pemimpin tempatan.

Menurut Christina, beliau bagaimanapun tidak kecewa dengan keputusan itu kerana ia adalah keputusan PKR pusat.

''Mungkin mereka mahu orang Islam menerajui Sabah,'' ujarnya.

Ditanya lanjut punca pemilihan Thamrin itu, beliau enggan mengulas sebaliknya sempat bertanya kepada wartawan, sama ada pernah mendengar nama Thamrin sebelum ini.

''Pernahkah anda mendengar nama dia sebelum ini,'' soalnya.

Sementara itu, Thamrin ketika dihubungi, enggan mengulas lanjut pelantikan beliau sebagai Ketua Perhubungan PKR Sabah.

''Saya akan keluarkan satu kenyataan akhbar dalam masa terdekat,'' katanya.

sumber - utusan


Tiada ulasan: