MODERATOR AIDC

AIDC NORA ZEK LADY
FAIZAL OM 300 QASEH
UDIN KMBG GLORY CKIAH
DRASEREMANG PISAU ABU

PANAS! DI AIDC GROUP

Anwar, International Crisis Group & Annapolis Summit : Klik di sini


NOTIS

Sesiapa yang mempunyai salinan pita rakaman mesyuarat MT berkenaan pemecatan Anwar pada tahun 1998, diharap dapat menghubungi saya via ym aidceditor atau email aidceditor@yahoo.com

27 Okt 2009

Ke mana akhirnya gerakan Islam di Malaysia ?

Oleh Pochongmenulis, AIDClub

Menerobos poltik Malaysia hari ini sememangnya akan memeningkan kepala kepada para pendokong gerakan Islam di Malaysia.

Selepas pasca Mac 2008, alunan gerakan islam ke arah pembentukan negara islam kian pudar dan kendur. Ikatan politik yang dinamakan Pakatan Rakyat menyebabkan Parti Islam Semalaysia tidak lagi melagukan negara Islam sebagai slogan dan impian. Sebaliknya tunduk kepada desakan supaya lebih liberal dan demokratik oleh rakan sekutu Pakatan Rakyat dalam segala tindakan dan strategi parti.

Yang memelikkan dalam tempoh ini UMNO seteru kepada Parti Islam dan merupakan tunjang kepada Barisan Nasional dengan lebih berani mengatakan Malaysia adalah negara islam tanpa dibantah oleh rakan-rakan parti komponen.

Keadaan ini menyebabkan timbul perbezaan pendapat dikalangan tokoh-tokoh Islam di Malaysia. Antara tokoh islam yang vocal melontarkan pandangan terhadap situasi politik di Malaysia adalah mantan mufti Perlis Dr. Asri Zainal Abidin dan seorang pendakwah tersohor yang kini merupakan Pensyarah di Universiti Pertahanan Nasional Malaysia, Dr. Ridzuan Tee Abdullah.

Kedua-dua tokoh ini dilihat kritikal dalam melontarkan pandangan terhadap PAS gara-gara parti tersebut berdampingan dengan DAP yang dianggap umat islam selama ini sebagai parti yang anti Islam dan rasis.

Selain itu, mufti Perak juga pernah cuba memainkan peranan untuk cuba menyatukan umat islam di Perak apabila keputusan pilihanraya disana dilihat tidak menyebelahi umat islam. Namun tindakan mufti Perak tersebut dikecam oleh segelintir ahli didalam PAS dan golongan yang enggan bersatu dengan parti UMNO.

Akhirnya dengan peruntukan yang ada melalui perlembagaan tubuh negeri, orang Melayu Islam masih dilantik menjadi Ketua Kerajaan namun kuasa sebenar terletak ditangan parti yang sebelum ini dilihat anti islam. Sehinggakan didalam Sidang Dewan Undangan Negeri Menteri Besar Perak terpaksa menafikan adanya usaha untuk menegakkan negara islam oleh Parti Islam Semalaysia (PAS). Walhal hakikatnya Fasal 5 perlembagaan parti PAS secara jelas menyatakan perkara ini.

Senario ini menjadikan pencinta gerakan islam di Malaysia menjadi semakin keliru. Ditambah lagi dengan beberapa tindakan yang dilakukan oleh pimpinan DAP yang dilihat cuba mencabar umat islam seperti tindakan Jeff Oii mengatakan Jemaah Islam Malaysia (JIM) sebagai teroris dan campur tangan Roniu Liu berkaitan isu halal haram minuman keras di Selangor.

Dalam tempoh ini juga Dr. Ridzuan Tee yang sebelum ini agak akrab dengan kerja-kerja penyebaran dakwah agama islam juga telah menjadi mangsa herdikan penyokong DAP yang tidak berpuas hati dengan lontaran tulisannya yang tersiar disebuah akhbar berbahasa Melayu.

Pada masa yang sama Persatuan Ulama Malaysia sebuah cabang gerakan islam di Malaysia semakin agresif cuba memahami orang Islam di Malaysia akan bahaya Islam Liberal dan Pluralisme Agama. Saban minggu diadakan seminar dan wacana untuk membendung pengaruh gerakan tersebut.

Sedangkan peneraju Islam Liberal di Malaysia datangnya dari sekutu parti PAS dalam Pakatan Rakyat iaitu Parti Keadilan Rakyat. Anwar Ibrahim dilihat ikon besar gerakan muslim moderate di Malaysia (berdasarkan pernah dianugerahkan tokoh muslim Moderate yang diterima dari pihak Amerika) dengan matlamat akhir orang Islam di Malaysia dapat menerima pemikiran islam liberal dan Pluralisme Agama sebagai ganti kepada pegangan islam sediaada yang dilihat tertutup oleh kelompok islam liberal.

Dr. Asri dalam lontaran kepada parti UMNO seperti dinyatakan didalam blognya, menyatakan sekiranya UMNO ingin mahu menguatkan parti tersebut selepas bahana tsunami politik Mac 2008, parti tersebut sepatutnya menekankan dan mengamalkan islam tulen sebagai sebahagian fokus parti. Lontaran ini (Islam Tulen ) dilihat untuk memperingatkan UMNO bahawa Islam Liberal semakin menular di Malaysia, keadaan semasa menunjukan bukan PKR sahaja yang dihinggap arus ini malah sebilangan tokoh dalam PAS dan UMNO pun ada talian dengan gerakan tersebut.

Sekiranya kedua-dua parti dominan orang islam ini alpa, situasi di Indonesia mungkin berulang di Malaysia. Saat pilihanraya Presiden Indonesia dilaksanakan, jaringan islam liberal di Indonesia dari peringkat awal lagi telah menentukan tokoh mereka berada disetiap parti yang bertanding. Samada kumpulan SBY, Jusuf Kala ataupun Megawati pengaruh islam liberal tetap ada cuma besar atau kecil sahaja. Dan akhirnya perancangan mereka berjaya apabila Boediono dilantik sebagai Timbalan Presiden Indonesia, sehingga mengecewakan Parti PKS yang amat mengidamkan jawatan tersebut sebagai tukaran sokongan gerakan islam kepada SBY dan Parti Demokrat.

Sejarah gerakan Islam pasca moden sebenarnya dirintis oleh Ihwan Muslimin selepas umat islam pada masa itu hilang arah dan tujuan ekoran kejatuhan Kerajaan Bani Uthmaniyah di Turki dan naiknya pemerintahan Kamal Atarturk sebagai Presiden dan menghapuskan sistem khilafah dan mengenepikan sistem hidup islam dan memaksa warga Turki menjadi seperti orang barat dan memisahkan Turki dari dunia islam.


Selepas kejatuhan Khalifah islam dan syariat Islam digugurkan, wilayah-wilayah islam jatuh satu demi satu ke tangan penjajah. Sebagai mengambil tanggungjawab kekosongan dan kelesuan suara islam pada masa itu, Hassan Al Bana memperlopori tanggungjawab untuk menyatukan umat islam yang pada mulanya hanya diperingkat lokaliti sahaja.

Namun dengan takdir Allah Swt gerakan yang berasaskan kemasyarakatan itu berkembang pesat diseluruh dunia hingga dijadikan asas dan petunjuk kepada semua gerakan islam lain disetiap negara.

Namun hakikatnya kuasa barat dan yahudi tidak akan senang melihat kerja-kerja kumpulan islam ini berkembang.

Di Algeria Barisan Penyelamat Islam (FIS) dinafikan hak memerintah, begitu juga dengan Hamas di Palestin yang hanya sekadar menang dalam pilihanraya tetapi diketepikan kuasa pemerintah.

Pada barat dan Yahudi, kumpulan Islam harus mengikut Islam yang diacu oleh mereka sekiranya ingin memerintah. Barat tidak akan membiarkan kumpulan tersebut bersendirian menentukan halatuju kerana dikhuatiri boleh mengangu gugat kuasa hagemoni negara barat. Sebagai contoh sehingga ke hari ini Sudan dan Iran masih dibelengu pelbagai sekatan dan perlabelan dari negara barat terhadap negara tersebut. Semata-mata kedua negara tersebut dilihat dikuasai oleh gerakan islam yang bukan pro kepada Amerika dan Yahudi.

Lantaran itu pelbagai kaedah diguna oleh pihak barat agar kumpulan islam yang pro barat dan yahudi ini akan memenangi pilihanraya dan menjadi sebuah kerajaan. Manakala gerakan islam sedia ada akan cuba ditembus masuk oleh agen yang dilatih oleh pihak barat supaya kumpulan tersebut tidak menjadikan Amerika dan Yahudi sebagai sasaran kebencian.

sumber - pochongmenulis



Tiada ulasan: