Oleh Gelagat Anwar
Antara perkara yang diidam-idamkan Anwar adalah ‘pemindahan’ beramai-ramai Ahli Parlimen Sabah ke dalam Pakatan Rakyat tahun lalu. Sepatutnya, berdasarkan proses negotiation dan perundingan, Anwar begitu yakin dan percaya bahawa kalangan pemimpin dan Ahli Parlimen Sabah akan mampu melompat ke dalam Pakatan Rakyat. Ini semua berlaku atas dasar ‘fulus dan janji’. Sabah dijanjikan jawatan Timbalan Perdana Menteri. Banyak projek pembangunan akan dihalakan Perdana Menteri baru kononnya ke Sabah.
Anwar bukan baru dengan ‘psyche’; budaya fikir, amalan politik dan tindakan menggila orang politik Sabah. Orang Sabah, currency politiknya tinggi. Tak kiralah dalam UMNO ataupun di luar UMNO. Hati mereka cepat calar. Poket mereka cepat berlubang. Mulut mereka manis. Hati mereka kering. Niat mereka susah nak dijangka. Anwar tahu dan faham dengan psyche orang Sabah. Sewaktu Anwar menentang Allahyarham Tun Ghabar Baba, walaupun arwah Tun sebagai orang yang sangat berjasa dengan UMNO Sabah, mampu juga Anwar tergolekkan. Ini kerja orang yang sangat handal dan pakar dalam memahami psyche dan budaya fikir orang Sabah.
Justeru, ketika usaha ‘perlompatan’ mahu dijayakan, Anwar ada ’self confident’ bahawa Sabah akan mampu melompat bersamanya. Anwar lupa, bahawa ’seliaan’ Musa Aman bukan kecil anak. Musa Aman ada tugasan yang dilunaskan dalam memenangi hati YAB Perdana Menteri. Dia tidak boleh membiarkan Sabah melompat dengan Anwar. Itu sesuatu yang bakal membawa petaka kepada politik Musa Aman sendiri. Sudahlah, kes berjela panjang. Kalau hati Perdana Menteri sebenar dikecilkan, alamatnya pendek umur politik.
Jeffrey Kitingan sudah menunjukkan kepada Anwar tentang asas sebenar ‘pemikiran’ dan amalan politik orang Sabah. Bila hati orang Sabah seperti Jeffrey dikecilkan, ianya membawa alamat cita-cita Anwar sendiri tidak kesampaian. Anwar boleh bercakap berdegar tentang kemungkinan PKR akan membuat ‘tsunami’ politik di Sabah. Setakat ini, bukan sahaja tsunami – riak kecil akibat balingan batu kerikil pun tidak mampu dilakukan oleh PKR Sabah.
Kebanyakan pimpinan PKR Sabah tidak gemarkan Azmin Ali. Ini sudah diselesaikan oleh Anwar. Mereka juga tidak gemar dengan budaya politik ‘remote control’ yang cuba dilakukan oleh Anwar. Kepada mereka, siapapun Anwar, PKR Sabah mesti menjadi nadi dan core di kalangan mereka sendiri. Anwar mesti menjanjikan syurga kepada ahli politik Sabah; atau Anwar sebenarnya menempah neraka jahanam politik dalam jangka masa panjang. Anwar perlukan Sabah – lebih daripada Sabah memerlukan Anwar. Itu hakikatnya.
Inilah realiti yang cukup susah dan menyesakkan pemikiran Anwar. Anwar tidak lagi mempunyai ’sentuhan midas’ kepada politik Sabah. Janganlah bandingkan sewaktu Anwar sebagai TPM/Menteri Kewangan. Saat itu, puak politik Sabah ini nak sembah kaki pun sanggup.
Kita kena ambil iktibar juga daripada perlakuan ‘kurang cerdik’ ahli politik Sabah terhadap DSAI. Bukan blog ini sudah mula simpati, tetapi itulah hakikatnya dunia politik. Bila kita ada jawatan dan punya kuasa; semua orang hormat. Bila sudah tidak ada jawatan sangat – hanya sebagai bekas calon ‘perdana menteri’, jawabnya tidak akan dihormati oleh orang di Sabah.
Politik Sabah setinggi Gunung Kinabalu. Harganya tinggi. Egonya tinggi. Manjanya tinggi. Anwar sudah mungkin tersalah catur politik di Sabah. Bila Jeffrey Kitingan letak jawatan, Anwar akan lebih pening dan migrain. Manakan tidak, seorang yang Anwar benar-benar harapkan sudah mula lari daripada perjuangan. Situasi sama juga berlaku di Sarawak, apabila Azmin Ali dan Mustafa Kamil Ayub dijadikan penggerak. Orang Sarawak pun bukan suka Azmin.
Nampaknya Azmin sudah menjadi liabiliti kepada politik Anwar. Perlu lakukan apa yang patut – tetapi, beranikah Anwar?
sumber - gelagat anwar
Tiada ulasan:
Catat Ulasan