MODERATOR AIDC

AIDC NORA ZEK LADY
FAIZAL OM 300 QASEH
UDIN KMBG GLORY CKIAH
DRASEREMANG PISAU ABU

PANAS! DI AIDC GROUP

Anwar, International Crisis Group & Annapolis Summit : Klik di sini


NOTIS

Sesiapa yang mempunyai salinan pita rakaman mesyuarat MT berkenaan pemecatan Anwar pada tahun 1998, diharap dapat menghubungi saya via ym aidceditor atau email aidceditor@yahoo.com

22 Okt 2009

Moral : Pandangan Ulama terhadap Anwar

UMAT Islam di mana-mana negara pun mesti ada tempat bergantung dan tokoh sebagai rujukan terhadap masalah atau persoalan yang berhubung dengan agama.

Tempat bergantung dan rujukan agama mereka adalah ulama. Jika ulama mereka mengeluarkan pendapat atau fatwa, mereka, tidak dapat tidak, mesti mendengar, menilai dan membuat pertimbangan baik-baik. Itu adalah lumrah yang berlaku sejak zaman berzaman.

Bagaimanapun, ulama-ulama itu ada bermacam-macam. Ada yang berpihak kepada kerajaan, ada yang berpihak kepada pembangkang dan ada yang bebas.

Ini bererti latar belakang dan arah tuju pemikiran para ulama ini juga perlu diambil kira. Jika para ulama itu bercakap tentang politik, kita boleh menerima atau menolak berdasar kepada tahap pemahaman dan aliran pemikiran yang dipegang masing-masing.

Tetapi jika para ulama itu bercakap tentang hukum-hakam agama, tiada banyak ruang bagi kita untuk mempertikaikan kecuali yang berhubung masalah-masalah khilafiah, ijtihadiah, qiasiah dan lain-lain yang dibolehkan berbeza pendapat terhadapnya.

Dengan itu apabila beberapa ahli politik bertaraf ulama keluar memberi pendapat mengenai pemecatan Datuk Seri Anwar dari kerajaan dan parti, ramai orang yang dulu tidak percaya segala tuduhan yang dilemparkan kepada bekas Timbalan Perdana Menteri itu kembali percaya. Peratusan kepercayaan mereka bertambah setiap kali bertambah bilangan ulama yang keluar memberi pandangan terhadap kes Datuk Seri Anwar. Ini kerana para ulama yang terkenal berwibawa dan berkredibiliti dalam bidang agama itu adalah tempat bergantung dan rujukan agama mereka.

Mereka percaya kerana para ulama itu pula bercakap dari sudut hukum-hakam agama dan bukan dari sudut pandangan politik.

Dalam sejarah, kita boleh menemui banyak bukti bahawa tiada siapa pun pejuang atau ahli politik atau pemerintah berjaya berperang dengan ulama. Itu hakikat bahaya yang dihadapi Anwar yang diperangi ulama kini.

Pertama kali pemimpin politik bertaraf ulama keluar memberi pandangan agama terhadap skandal Datuk Seri Anwar ialah Menteri Besar Terengganu, Tan Sri Wan Mokhtar Ahmad. Tan Sri Wan Mohktar memberitahu pemberita 4 September lalu bahawa kerana masalah moral Datuk Seri Anwar dipecat .

Jawab Tan Sri Wan Mokhtar itu walaupun ringkas, tapi jelas dan kekuatannya sama dengan bom yang kuat menggegar dan melonggarkan keyakinan ramai orang Islam terhadap Datuk Seri Anwar.

Anwar sedar bahawa beliau muncul sebagai pemimpin pelajar dan kemudian pemimpin politik dan pemimpin negara adalah dengan senjata agama di tangan. Malah dalam perjuangan menentang pemecatannya dari kabinet dan parti kini pun, Anwar mengguna senjata agama juga untuk menggerak para pelajar supaya meletuskan apa yang dipanggil reformasi.

Sebagai tindak balas, tiada jalan lain bagi ulama-ulama kerajaan kecuali tampil ke depan dengan memikul senjata yang sama untuk memerangi Anwar kerana menjaga kesatuan dan perpaduan umat adalah sangat penting seperti kata para ulama di masa lalu. Kesatuan dan perpaduan itu dianggap lebih penting lagi jika dipandang dalam konteks untuk mengatasi kegawatan ekonomi kini. Sedangkan Anwar boleh mengguna cara lain untuk membela haknya, iaitu mahkamah dan bukan dengan cara menggerakkan massa untuk melagakan dengan kerajaan sehingga menyebabkan terbantut usaha pemulihan ekonomi.

Selepas Wan Mokhtar, seorang pemimpin politik yang dianggap bertaraf ulama juga, iaitu Datuk Yusuf Nor meletupkan 'bom' yang lebih besar dan canggih pada keesokan harinya. Letupan bom Yusuf Noor lebih kuat hingga suara gegarannya sampai ke negara-negara luar.

Kenyataan Yusof itu berbunyi, barisan pemimpin UMNO dengan perasaan yang berat terpaksa menghadapi proses penentuan antara kebenaran dan kebatilan walaupun yang terbabit adalah rakan sebangsa, seagama dan sama seperjuangan.

Beliau menyambung, UMNO dan Perdana Menteri Datuk Seri Dr. Mahathir Mohamad, pada mulanya enggan melayan berita skandal Anwar, dengan andaian ia hanya satu rekaan dan perbuatan hasad dengki. Perdana Menteri bagaimanapun berhadapan dengan kenyataan dan pendedahan bertubi-tubi selepas itu yang sukar untuk menolaknya. Maklmumat yang diterima sangat sukar ditolak kerana bukti berpunca daripada banyak pihak dan selepas diselidik ada asas yang kukuh dan munasabah.

Pada 8 Septmber disusuli pula dengan 'bom' ketiga, diletupkan dari Pusat Islam oleh Menteri Di Jabatan Perdana Menteri Datuk Abdul Hamid Othman.

Suara letupannya berbunyi lebih kurang, pemecatan Datuk Seri Anwar adalah tepat dari segi agama demi menjaga kepentingan agama, bangsa dan negara kerana salah satu kaedah Islam menyebut bahawa "tasarraful imam manaatun bil maslahah".

Kaedah Islam tersebut bererti 'tindakan atau keputusan yang dibuat oleh imam atau pemimpin negara adalah tertakluk kepada kepentingan agama, bangsa dan negara'. (Utusan 9 September).

Ini bererti pemimpin negara tidak akan mengambil sesuatu tindakan kecuali memikirkan kepentingan umat secara keseluruhannya.

Pada 9 September, bekas Ketua Pengarah Pusat Islam, Datuk Zainal Abidin Abdul Kadir yang berjaya mengguna pelbagai senjata sulit untuk menumpaskan Al-Arqam itu meletupkan satu lagi 'bom'. Letupannya berbunyi, pemecatan Datuk Seri Anwar atas nilai moral yang rendah adalah tepat dan mengikut syariat Islam.

"Seorang pemimpin haruslah mengamalkan akhlak dan moral yang tinggi, mengikut konsep kepemimpinan melalui teladan kerana amalan beliau tentunya akan menjadi turutan pengikut.

"Berdasarkan faktor itu, Perdana Menteri membuat keputusan yang betul dan mengikut syariat Islam," katanya. Selain itu ulama-ulama kerajaan, ulama-ulama pembangkang pula memberi mesej yang jelas terhadap Anwar. Mereka tidak mengeluarkan apa jua pendapat atau fatwa yang mengecam atau menuduh Anwar. Tetapi secara tersirat Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata pada 5 September bahawa Pas tidak tertarik dengan ajakan bekas Presiden ABIM itu supaya parti-parti pembangkang menyertainya menubuhkan sebuah organisasi bagi melancarkan gerakan reformasi di negara ini. (Mingguan Malaysia 6 September)

Pada hal sehari sebelum itu Nik Abdul Aziz menyatakan dukacita dengan perlucutan jawatan Datuk Seri Anwar akibat tuduhan-tuduhan yang dilempar kepadanya itu.

Pada 15 September lalu pula Nik Abdul Aziz menasihati Anwar membersihkan diri daripada sebarang isu berkaitan peribadinya dahulu supaya rakyat betul-betul boleh berdiri di belakang beliau.

"Melalui cara inilah sahaja beliau dapat mencari jalan untuk menyelesaikan masalah dan menangkis sebarang isu yang dihadapi sekarang," katanya.

Bagaimanapun, serangan yang dilancar oleh para hulu balang Pas yang terdiri daripada wartawan dan penulis di akhbar Harakah dan majalah Tamadun bukan secara tersirat lagi.

Harakah dan Tamadun mendahalui mana-mana akhbar nasional menyiarkan cerita-cerita sensasi mengenai Anwar secara bias dan jelas menjejaskan imej bekas timbalan perdana menteri itu. Berita Harakah dan Tamadun lebih hebat dari mana-mana akhbar dan majalah membelasah Anwar sejak beliau belum dipecat lagi.

Para hulubalang Pas itu juga mendahului Khalid Jafri menulis beberapa buah buku mendedahkan ceri-ta-cerita kontroversi Anwar seperti yang dilakukan oleh Ahmad Lutfi Othman.

Malah Ahmad Lutfi hampir setiap minggu dalam Harakah dan setiap bulan dalam Tamadun menulis tulisan yang mencemarkan imej Anwar. Dia baru mengubah pendirian minggu lepas (Harakah keluaran Isnin 4 September), agaknya setelah dikecam teruk oleh pembaca terutama para penyokong Anwar.

Dalam Harakah keluaran Isnin 7 September selepas Anwar dipecat, dia beralih menulis tulisan menunjukkan sedikit simpati kepada Anwar dan mengkritik Perdana Menteri pula.

Buat membela diri, Ahmad Lutfi dalam tulisannya mencatat: "Bagi saya sendiri, banyak juga panggilan telefon yang mengherdik, yang saya kira dari penyokong-penyokong Anwar: "Sudah puas melihat Anwar jatuh? Bukankah itu yang awak mahukan selama ini, mengheret Anwar tersungkur? Puas dengan fitnah yang awak lemparkan?" Sampai ke situ pula kesimpulan yang dibuat terhadap tulisan saya selama ini, sama ada di Harakah mahupun Tamadun. Apa boleh buat.

Walhasil Anwar perlu berfikir secara rasional dan berusahalah mencari jalan supaya isunya ditamatkan secara damai. Beliau perlu menyedari bahawa beliau kini diserang dari setiap penjuru.

Selain Anwar berhadapan dengan bahaya berperang dengan para ulama, beliau juga berhadapan dengan bahaya dikritik oleh para cendekiawan, ahli akademik dan pemikir tanah air.

Ramai dari mereka telah pun mengkritik Anwar bukan kerana menganggapnya terlibat dalam skandal seks kerana perkara tersebut perlu diputus oleh mahkamah, tapi kerana tindakannya membela diri tidak mengikut proses udang-undang. Anwar menggunakan kuasa massa menentang kuasa undang-undang.

Dengan itu jalan konfrontasi seperti yang dipilih oleh Anwar kini melalui apa yang dipanggil reformasi akan menyebabkan beliau dikecam lebih banyak lagi dan seterusnya pembongkaran terhadap cerita-cerita kontroversi pasti lebih buruk padahnya.

sumber - utusan


Tiada ulasan: