MODERATOR AIDC

AIDC NORA ZEK LADY
FAIZAL OM 300 QASEH
UDIN KMBG GLORY CKIAH
DRASEREMANG PISAU ABU

PANAS! DI AIDC GROUP

Anwar, International Crisis Group & Annapolis Summit : Klik di sini


NOTIS

Sesiapa yang mempunyai salinan pita rakaman mesyuarat MT berkenaan pemecatan Anwar pada tahun 1998, diharap dapat menghubungi saya via ym aidceditor atau email aidceditor@yahoo.com

25 Okt 2009

Nik Aziz pun akan tewas, jika muktamar khas mahu singkirkan..

Oleh melikapakjangak

SELAMA kira-kira sembilan tahun (1982 hingga 1991) dengan Pertubuhan Berita Nasional (BERNAMA) menjadikan saya yakin laporan tentang kesediaan Mursyidul Am Pas, Dato' Haji Nik Abdul Aziz Nik Mat sanggup Pas pecah berikutan cadangannya mengadakam muktamar khas adalah bukanya salah lapor.

Kalaulah laporan itu dibuat oleh para bloggers, terutama yang tidak ada pengalaman dalam bidang kewartawanan/kemediaan, godam tujuh kali pengsan tujuh kali sedar semula pun saya tidak akan percaya. Tetapi saya yakin sebagai agensi berita resmi negara, BERNAMA jarang melakukan kesilapan dalam membuat sesuatu laporan.

Dalam melaporkan semula laporan BERNAMA, saya bold dan italickan untaian catatan kata yang tidak akan saya percaya kalau bukan BERNAMA yang laporkan;

Nik Aziz Sanggup PAS Pecah Berikutan Cadangannya Mengadakan Muktamar Khas


KOTA BAHARU, 23 Okt (Bernama) -- Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata beliau sedia menghadapi sebarang kemungkinan jika cadangannya supaya PAS mengadakan Muktamar Agung Luar Biasa boleh mencetuskan perpecahan di kalangan anggota partinya.

Katanya beliau sedia berbuat sesuatu bagi menyelamatkan parti daripada terus menimbulkan tanda tanya berhubung cadangan beberapa pemimpin tertinggi parti berhubung isu kerajaan perpaduan sehingga menimbulkan kecelaruan dalam parti.

Katanya, beliau bosan dengan gelagat beberapa pemimpin yang membangkitkan isu kerajaan perpaduan yang disifatkan sesekali timbul dan sesekali tenggelam.

"Ini untuk mengelakkan orang tertanya-tanya dan teraba-raba, dan tergantung tanpa diambil sesuatu tindakan.

"Sedangkan kita (PAS) sebuah parti Islam, maka saya kena buat sesuatu untuk menentukan kedudukan pemimpin, termasuk Presiden sendiri," katanya kepada pemberita ketika ditemui di rumahnya di Pulau Melaka, dekat sini, Jumaat.

Beliau mengesahkan mengemukakan pandangan itu dalam laman blognya semalam, kerana kecewa dengan sikap beberapa pemiMpin yang sering menimbulkan masalah dalam parti kerana membangkitkan isu kerajaan perpaduan sedangkan PAS sudah membuat keputusan muktamad tidak akan bekerjasama dengan Umno atas dasar politik.

Ini kerana, katanya, ia telah diputuskan dalam Muktamar Aung parti itu tahun lepas.

Ditanya sama ada muktamar luar biasa itu boleh menimbulkan perpecahan di kalangan anggota parti, Menteri Besar Kelantan itu menegaskan: "Nak pecah, pecah gi lah apa boleh buat. Saya tak suka orang tegur Presiden saya, kedudukan pemimpin (termasuk Presiden atau pemimpin lain) bergantung kepada keputusan muktamar"

Menurutnya cetusan cadangan supaya mengadakan muktamar biasa itu lahir daripada artikel penganalisis politik Aziz Bari dan teguran rombongan daripada Sabah dan Sarawak yang mempersoalkan beberapa kerat pemimpin PAS yang condong kepada Umno berikutan usaha mewujudkan kerajaan perpaduan.

"Saya sedih kerana ada pemimpin yang tidak menghormati keputusan muktamar agung itu, dan saya tidak suka orang tegur parti dan pemimpin saya, tanpa saya berbuat sesuatu, senyap," katanya.

Menurutnya, soal untuk mengadakan muktamar luar biasa atau apa bentuk sekalipun ia terpulang kepada parti kerana baginya beliau sudah berpuas hati dapat menyuarakan perasaannya dalam menangani isu itu. -- BERNAMA .

"Nak pecah, pecah gi lah apa boleh buat..........." kalau dibahasa-standardkan adalah seperti berikut; "Nak berpecah (berpuak-puak), berpecahlah, apa boleh buat..........". Hanya kerana mahu cadangannya dilaksanakan, maka Dato' Nik Aziz sebagai Mursyidul Am Pas, sanggup Pas berpecah.

Pemimpin apa namanya kalau semua pimpinan berusaha berhempas pulas bagi membendung pecah-belah dalam parti, beliau pula sanggup Pas berpecah semata-mata kerana mahu cadangannya dilaksanakan.

Seandainya beliau berada pada kedudukan Dato' Seri Haji Hadi Awang, Ustaz Nasharuddin Mat Isa. Dato Mustapha Ali dan Dato' Haji Hassan Ali atau pun ada cadangan diadakan mesyuarat khas bagi memecat beliau dari jawatan Mursyidul Am Pas, apakah beliau akan bersetuju muktmar khas dan luar biasa diadakan?

Saya yakin kalau muktamar khas diadakan dan undi sulit diadakan untuk mengeluarkan tokoh-tokoh tertentu keluar dari kepemimpinan Pas, nama Dato' Haji Nik Aziz adalah yang akan keluar dan undian untuk keluarkan beliau antaranya akan datang dari perwakilan Kelantan sendiri.

Ini didasarkan kepada muktamar agung Pas yang lepas yang mana calon-calon yang dibayangi beliau bagi merebut jaatan dalam barisan kepemimpinan Pas semuanya kalah. Satu-satunya calon dari kelantan yang menangnya Dato' Kamaruddin Jaafar.

Bukan semua orang Pas Kelantan bersetuju dengan beliau terus menerajui kepimpinan negeri, malah bukan semua orang Pas Kelantan setuju dengan ulasan dan pendirian politik beliau tetapi mereka tidak tergamak dan malu mata untuk menyatakan secara terbuka. Beliau kena ingat, ubat pun kalau lama sangat akan jadi dawas.

Dalam soal kepemimpinannya, bila terlalu lama duduk di atas boleh menimbulkan rasa meluat, malah dalam berceramah dan mengulas sesuatu isu akan jadi melalut. Tun Dr Mahathir kurang disenangi kerana beliau terlalu lama jadi Perdana Menteri dan Presiden Umno waaupun dari segi kepemimpinan, kehebatannya sukar ditandingi.

Atas kesedaran itulah, maka beliau berundur dan keberunduran telah menjadikan negara,terutama Umno dan Barisan Nasional (BN) merasa kehilangan. Sebagai pesara PM dan Presiden Umno, buah fikiran beliau kini dihargai.

Dato' Nik Abdul kebelakangan ini pada mata rakyat Kelantan (kecuali bagi taksub totok) tidaklah sehebat mana berbanding dengan pandangan dari kalangan mereka dari luar Kelantan terutama yang jarang terdedah dengan ceramah-ceramahnya, sebabnya adalah kerana beliau terlalu lama sebagai MB, di samping terlalu diperdewakan sebagai pemimpin parti.

Jika beliau tidak mengambil keputusan untuk bersara dari kepimpinan kerajaan dan parti pada waktu ini, saya yakin penghormatan total pendukung dan penyokong Pas akan mnjadi sebaliknya, terutama ekoran dari terbangkitnya isu terkini.

Dalam memberi kuliah agama memang semua orang akan hormati isi kuliahnya,kalau beliau bersara pun jika terus memberi Kuliah Jumaatnya orang akan tetap datang dengan ramainya. Tetapi bila berceramah politik bukan semua orang bersetuju sebagaimana orang di luar Kelantan setuju dengannya.

Sebelum mejelang pilihanraya umum ke-12, beliau sediri pasti tahu betapa kasihnya jumlah kehadirian orang ramai, malah pada satu majli s di Dewan Perniagaan Cina, jumlah kehadiran tidak sampai pun 20 orang. Waktu itu penceramah termasuk Dato' Nik Aziz yang terpaksa menunggu orang yang nak dengar ceramah.

Maka untuk menarik orang ramai, lalu diadakan persembahan pantomin yang mana ketika itu sayalah yang sediakan skip dan bertindak sebagai pengarah persembahan manakala kakitangan UPKn bertindak sebagai pelakon dengan menggunakan suara latar pelakun drama tersoho Puan Shamsiah Choyuotoma.

Bagaimanapun selepas selesai persembahan, orang ramai tetap tinggalkan majlis dan hanya beberapa kerat sahaja yang sanggup terus berada dalam dewan untuk dengar ceramah. Dengan situasi sekarang, tidak mustahil keadaan serupa akan kembali berulang.

sumber - melikapakjangak


1 ulasan:

Goh Wei Liang berkata...

Saya berpendapat baik Tok Nik jadi Presiden. Kalau tidak, President, Timbalan dan sebagainya bagaikan puppet.

Tok Nik dah lama peluk jawatan Kelantan. Takkanlah PAS yang ada sejuta ahli tak ada orang berkaliber jadi Menteri Besar !