Oleh Tomyampoktek, AIDCclub
Anwar Atarturk sewaktu diminta mengulas bajet 2010 yang dibentangkan Perdana Menteri Najib Tun Razak berpendapat terdapat kelemahan apabila tiada penekanan khusus diberikan kepada sektor pertahanan:
"Saya agak terkejut kerana pembentangan belanjawan tidak menyebut langsung sektor pertahanan. Selepas menang di Bagan Pinang, pasukan tentera dilupakan. Baru sangat menang, terus dilupakan,"
“Sewajarnya perkara ini disentuh dan diberi perhatian” katanya pada sidang akhbar selepas pembentangan bajet.
Dengan kata mudah Anwar mengatakan kerajaan memperlekeh dan mendikriminasi anggota keselamatan.
Dengan lontaran kritikan Anwar itu, timbul tandatanya adakah selama ini pihak kerajaan tidak memberi perhatian kepada anggota tentera, atau diberi penghargaan?
Kalau kita menyorot semua dasar-dasar kerajaan sebelum ini, pada keseluruhan polisi yang dilaksanakan peranan anggota tentera tidak diketepikan. Sebaliknya Anwar dan para pendokongnya yang cuba memperlekeh institusi keselamatan.
Tentu kita masih ingat lagi apabila pihak pembangkang pimpinan Anwar di Parlimen cuba mempersoal kenapa tender pembelian Kapal Selam Scorpene tidak dilakukan secara terbuka. Satu soalan bodoh yang ditanya oleh pembangkang, kerana hakikatnya mana ada negara didunia yang melakukan sistem tender terbuka pembelian peralatan ketenteraan, dan boleh dibentangkan di parlimen segala maklumat ketenteraan. Kalau tanya Jepun, Iran atau Singapura sekalipun semua hal berkaitan pembelian aset ketenteraan akan dirahsiakan, kerana dikhuatiri akan mendedahkan kekuatan sebenar peralatan tempur tentera kepada musuh negara.
Disini dapat kita katakan wakil rakyat DAP dan PKR tidak ubah seperti agen perisikan Singapura yang sentiasa ingin mengetahui kekuatan sebenar aset tempur negara. Tindakan ahli Parlimen Pembangkang pimpinan Anwar Atarturk ini dilihat seakan cuba menghina dan memperlekeh sektor pertahanan negara, kerana mencadangkan perkara yang tidak masuk akal dan bukan dilihat strategis untuk pertahanan negara. Tetapi ia akan memudahkan musuh negara memperolehi maklumat kekuatan sebenar pertahanan negara.
Sebelum ini juga belum pernah mana-mana ahli politik cuba mengangkat komunis Chin Peng sebagai wira negara atau seoarang nasionalis. Namun demi mencari populariti, Anwar telah bersetuju Chin Peng dibenarkan dibawa pulang ke Malaysia dan menganggap tokoh yang menyebabkan berlakunya huru hara di Malaysia sebelum ini adalah wira dan pejuang bangsa. Tidakkah kita tahu betapa ramai pasukan keselamatan terkorban atau mengalami kecacatan kekal gara-gara tindakan Chin Peng.
Situasi yang mengejutkan lagi terdapat arus dikalangan blog2 Pakatan Rakyat menyatakan tentera Malaysia tidak ubah seperti tentera islam dalam Angkatan Tentera Israel. Contohnya dilaman ini tergamak penulisnya membandingkan anggota tentera Malaysia dengan tentera Israel, kerana semata-mata tidak sependapat dengan parti politik yang menguasai kerajaan Malaysia.
Bukan setakat itu sahaja, kata hinaan dan celaan juga diberikan kepada anggota keselamatan, sehingga ada anggota keselamatan dituduh sebagai anjing kerajaan di laman2 blog pro Anwar disebabkan bencinya kepada sokongan pasukan keselamatan kepada kerajaan sedia ada.
Di sini adalah jelas siapa sebenarnya yang menghargai anggota keselamatan, dan siapa sebenarnya yang memperlekeh anggota keselamatan. Anwar seperti biasa mungkin hanya tahu mencari salah orang dan bertindak sebagai seorang ahli politik yang populis, namun seperti biasa salah diri tidak pernah diakui.
Ditengah kekalutan dalaman PKR dan PAS, Anwar dilihat cuba menyembunyikan permasalahan dalaman dengan mencari kelemahan orang lain. Biasalah Anwar… hanya Azizah, Azmin dan Shamdisar mengetahui perangai dirinya yang sebenar.
sumber - tomyampoktek
Tiada ulasan:
Catat Ulasan