MODERATOR AIDC

AIDC NORA ZEK LADY
FAIZAL OM 300 QASEH
UDIN KMBG GLORY CKIAH
DRASEREMANG PISAU ABU

PANAS! DI AIDC GROUP

Anwar, International Crisis Group & Annapolis Summit : Klik di sini


NOTIS

Sesiapa yang mempunyai salinan pita rakaman mesyuarat MT berkenaan pemecatan Anwar pada tahun 1998, diharap dapat menghubungi saya via ym aidceditor atau email aidceditor@yahoo.com

31 Okt 2009

Kes liwat: Keputusan rayuan pendakwa raya 6 November

PUTRAJAYA 30 Okt. - Datuk Seri Anwar Ibrahim akan mengetahui pada 6 November ini keputusan sama ada beliau akan memperoleh dokumen penting pendakwaan serta contoh spesimen bekas pembantunya, Mohd. Saiful Bukhari Azlan bagi membantu pembelaan kes liwatnya.

Panel tiga hakim Mahkamah Rayuan diketuai oleh Datuk Hasan Lah menangguhkan keputusan ke tarikh tersebut setelah selesai mendengar rayuan pendakwa raya terhadap perintah Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur yang mengarahkannya membekalkan dokumen kes liwat itu kepada Anwar.

Hakim Hasan yang bersidang bersama Hakim Datuk Wira Abu Samah Nordin dan Hakim Datuk Sulaiman Daud turut mendengar rayuan balas Anwar terhadap keputusan Mahkamah Tinggi yang menolak permohonannya untuk mendapatkan contoh spesimen Mohd. Saiful, 24, yang juga pengadu kes itu.

Jika rayuan pendakwa raya dibenarkan dan rayuan balas Anwar ditolak, pemimpin pembangkang itu hilang peluang untuk memperoleh semua dokumen yang dipohon daripada pihak pendakwaan bagi menyediakan kes pembelaannya.

Pada 16 Julai lalu, Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Mohamad Zabidin Mohd. Diah membenarkan permohonan Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu agar pendakwa raya membekalkan dokumen-dokumen penting bagi membantu beliau menyediakan pembelaannya.

Ia termasuk rakaman percakapan Mohd. Saiful, Dr. Osman Abdul Hamid dari Pusat Rawatan Islam (Pusrawi), pemilik kondominium, Hassanuddin Abdul Hamid dan tiga lagi saksi.

Dokumen lain termasuk rakaman Sistem Kamera Litar Tertutup (CCTV) dari pondok pengawal di Kondominium Desa Damansara, Bukit Damansara dan kawasan lif Blok 11 kondominium itu di antara 25 Jun dan 27 Jun tahun lalu.

Ketua Pembangkang itu menghadapi tuduhan meliwat bekas pembantunya di Unit 11-5-1, Kondominium Desa Damansara, Jalan Setiakasih, Bukit Damansara di ibu negara di antara pukul 3.01 petang dan 4.30 petang, 26 Jun tahun lalu.

Sementara itu, Peguam Cara Negara II, Datuk Mohd. Yusof Zainal Abiden ketika mengemukakan rayuan berhujah, Hakim Mahkamah Tinggi tersilap mentafsir Seksyen 51 Kanun Tatacara Jenayah berhubung arahan menyerahkan dokumen ketika perbicaraan.

Beliau menyatakan, hakim itu gagal mentafsir seksyen itu secara menyeluruh yang menyatakan bahawa ia tidak harus digunakan oleh tertuduh untuk memeriksa keterangan atau bukti dalam pemilikan pendakwa raya yang akhirnya akan mendedahkan tatacara pendakwaan dikendalikan.

Menurut beliau lagi, kesannya hakim berkenaan mengeluarkan perintah tanpa pertimbangan dan asas yang betul kerana tafsirannya nyata bercanggah dengan semua peraturan dan prinsip undang-undang yang diluluskan oleh Parlimen.

Dalam pada itu, seorang daripada barisan peguam mewakili Anwar, R. Sivarasa berhujah, Mahkamah Tinggi betul ketika memerintahkan pendakwa raya membekalkan dokumen tersebut kerana ia membolehkan Anwar memperoleh perbicaraan yang adil serta mengelakkan penangguhan kes.

Peguam itu berhujah, tiada sebab bagi panel berkenaan mengganggu keputusan hakim tersebut kerana beliau mempunyai budi bicara yang luas mentafsir undang-undang ketika mengeluarkan perintah berkenaan.

Sivarasa dalam hujahan rayuan balasnya bagaimanapun menyatakan, hakim yang sama tersilap ketika menolak permohonan Anwar agar pihak pembelaan dibekalkan contoh spesimen Mohd. Saiful.

Peguam tersebut menyatakan, walaupun contoh spesimen tersebut sudah dimeterai dan kemungkinan rosak apabila dibuka, ia masih boleh diperoleh di bawah pengawasan ketat pihak mahkamah.

sumber - utusan


1 ulasan:

Unknown berkata...

nak sampel air mani buat ape? itu air mani dia jugak. goncang la sendiri dalam toilet.. lagi banyak bule dapat FRESH punyee