MODERATOR AIDC

AIDC NORA ZEK LADY
FAIZAL OM 300 QASEH
UDIN KMBG GLORY CKIAH
DRASEREMANG PISAU ABU

PANAS! DI AIDC GROUP

Anwar, International Crisis Group & Annapolis Summit : Klik di sini


NOTIS

Sesiapa yang mempunyai salinan pita rakaman mesyuarat MT berkenaan pemecatan Anwar pada tahun 1998, diharap dapat menghubungi saya via ym aidceditor atau email aidceditor@yahoo.com

22 Okt 2009

Kes saman 100 Juta Dr M : Konspirasi Anwar supaya kalah?

Oleh NTanwar, AIDCclub

Dari segi logik, betapa bodohnya peguam-peguam Anwar, seolah-olah tidak pengalaman dalam bidang perundangan, apabila dengan secara sengaja membiarkan kesilapan-kesilapan teknikal supaya kesnya ditolak. Antara kesalahan-kesalahan yang dilakukan oleh barisan peguam Anwar dalam menyediakan hujah di mahkamah adalah tidak mematuhi peruntukan Artikel 152 Perlembagaan Persekutuan dan Seksyen 8 Akta Bahasa Kebangsaan 1963/67 apabila memorandum rayuannya dibuat dalam bahasa Inggeris, tidak ditandatangani oleh peguam cara perayu, tidak mempunyai tarikh spesifik, tidak mengandungi kronologi peristiwa kes serta gagal melampirkan indeks rekod rayuan dengan teratur. Semua ini kesilapan-kesilapan teknikal yang dilakukan oleh peguam yang tidak berpengalaman atau disengajakan untuk membolehkan kes itu kalah.Klik di sini

Siapa barisan peguam Anwar ? Mereka terdiri daripada peguam-peguam yang berpengalaman iaitu Raja Aziz Addrusse, Dato’ Cumarasamy, Mr. S.N. Nair dan
En. Wan Anuar Shaddat bin Mohamed Amin dengan mengunakan firma guaman milik S. N Nair (Tetuan S.N. Nair & Partners), Peguamcara dan Peguambela, Suite 5C, Level 5, Wisma Kosas, Jalan Melayu 50100 Kuala Lumpur.

Dari segi barisan peguam, memang sudah cukup mantap. Tetapi dari segi isi penghujahan dan kurang cermat dalam penyediaan hujah, seolah-olah peguam pelatih. Sebab itu, kekalahan ini sememangnya dirancang. Semua ini game plan Anwar!

Latar belakang kes

Kes saman ini berasaskan kenyataan Dr Mahathir semasa sesi soal jawab bersama wartawan selepas program "Human Rights and Globalisation” anjuran SUHAKAM pada 9 September 2005. Transkrit soal jawab antara wartawan dan Dr Mahathir seperti berikut;


“Q: Tun, your detractors say that you committed the same things when people spoke against you. You detained them and you arrested them.

A: Which one?

Q: Ops lalang

A: Ops lalang was not because they speak against me. You must be very precise. You know, it is not because they spoke against me. It is because they brought up issues like Chinese education and all that and because of that there was a lot of tension between the Malays and Chinese and the ISA has always been used in order to dampen down any tension. It is not because they spoke against me… You tell me which one of them spoke…”

Q: The Deputy Prime Minister

A: The Deputy Prime Minister did not speak against me.

Q: So none of it, so you are saying, you never spoke, used it

A: Ya, but the press makes it up. The press makes out that I have something against my Deputy. In our society sodomy is not acceptable. Of course, among some media people even, they they they are gay. So they don’t like my taking action against a person for the kind of thing that they indulge in. So I became a bad guy because of that. But I cannot have a person who is like that in my Cabinet who may succeed and become the Prime Minister. Imagine having a gay Prime Minister nobody will be safe”.

Berdasarkan transkrit di atas, Anwar merasakan dirinya yang dimaksudkan oleh Dr Mahathir sebagai seorang homoseks yang tidak layak menjadi Perdana Menteri dengan tafsiran kata-kata Dr Mahathir seperti berikut;

"Saya tidak boleh menerima orang seperti itu (gay) dalam kabinet saya dan akan menjadi Perdana Menteri. Bayangkan mempunyai Perdana Menteri seorang gay, semua manusia tidak akan selamat"

Apakah kata-kata yang betul-betul menimbulkan kemarahan Anwar ? Seperti yang dibold di atas, satu kata-kata yang betul-betul menimbulkan kemarahan Anwar iaitu 'seorang homoseks(gay) tidak boleh menjadi Perdana Menteri Malaysia'.

Tidak seperti kes saman Anwar ke atas Dr Chandra, kata-kata diucap pada 3 Mac 2008, dalam masa 3 hari (pada 7 Mac 2008), Anwar terus failkan petisyan saman, tetapi dalam kes Dr Mahathir, Anwar mengambil masa kira-kira 4 bulan untuk mengemukakan petisyen di mahkamah.

Dr Mahathir sebut 'gay tidak sesuai jadi PM' pada 9 September 2005, manakala Anwar failkan petisen di mahkamah pada 26 Januari 2006.

Kenapa Anwar mengambil masa yang terlalu lama untuk menyaman Dr Mahathir, sedangkan Anwar hanya mengambil masa 3 hari untuk menyaman Dr Chandra ?

Di sini sudah menunjukkan Anwar sendiri teragak-agak untuk menyaman Dr Mahathir dan perbincangan secara teliti telah dilakukan dengan para peguamnya yang terpaksa memakan masa berbulan-bulan untuk mengkaji implikasi baik buruknya.

Tetapi dalam masa sama, Anwar telah berceramah satu negara, bahawa beliau akan menyaman Dr Mahathir dan seluruh instrumen digunakan (termasuk Suara Keadilan) untuk bikin gempak, bahawa beliau akan menyeret Dr Mahathir ke mahkamah. Walaupun semboyan telah ditiupkan di media rakyat(termasuk pentas ceramah dan Suara Keadilan), tetapi Anwar sendiri masih teragak-agak untuk melaksanakan dalam bentuk tindakan.

Setelah 'terlajak meniup semboyan', akhirnya pada 26 Januari 2006, Anwar mengemukakan petisyen tersebut di mahkamah. Tetapi sekitar Februari 2006, sudah bertiup cakap-cakap di kalangan media bahawa langkah Anwar itu sebenarnya silap.

"Dari cakap-cakap yang sampai ke pengetahuan kami di ERA BARU, bekas Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim telah menukar fikiran menyaman bekas bosnya, Tun Dr. Mahathir Mahamad. Difahamkan Anwar berbuat begitu setelah mendapat nasihat dari pelbagai pihak bahawa tindakan beliau itu akan hanya merugikan beliau selain dari kredibiliti beliau akan bertambah buruk" Klik di sini


Pada 5 Januari 2007, peguam Dr Mahathir, VK Lingam & Co menghantar petisen balas menjustitifikasikan kebenaran kata-kata Dr Mahathir (bahawa Anwar adalah homoseks) dengan menyertakan afidavit-afidavit yang menyokong hujah-hujahnya.

Hujah Dr Mahathir, Anwar memang seorang homoseksual berdasarkan;

Pertama : Pengakuan dan hukuman mahkamah yang telah dikenakan ke atas Munawar Ahmad Anes dan Sukma
Darmawan Saasmitaat Madja
yang telah merelakan diri mereka diliwat oleh Anwar. Keputusan ke atas kedua-dua kes ini telah menjadi rekod mahkamah dan kedua-dua telah dipenjarakan atas kes berkenaan.

1. Seorang rakyat Pakistan, Dr Munawar A. Anees hari ini dihukum penjara enam bulan setelah mengaku bersalah melakukan perbuatan kelucahan melampau dengan membenarkan Datuk Seri Anwar Ibrahim meliwatnya. Munawar, yang mempunyai taraf pemastautin tetap di Malaysia dan Amerika Syarikat, mengaku bersalah terhadap tuduhan berikut:

''Bahawa kamu dalam bulan Mac 1993 pada sebelah malam di No. 8, Jalan Setiamurni 1, Bukit Damansara, Kuala Lumpur, telah melakukan perbuatan kelucahan melampau dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan membenarkan Datuk Seri Anwar Ibrahim memasukkan zakarnya ke dalam jubur kamu dan oleh yang demikian, kamu telah melakukan kesalahan yang boleh dihukum di bawah Seksyen 377D Kanun Keseksaan.'' Klik di sini

2. Sukma Darmawan Sasmitaat Madja membuat pengakuan bersalah melakukan perbuatan meliwat dengan abang angkatnya, Datuk Seri Anwar Ibrahim setelah menyedari kesilapan yang dia lakukan pada masa lepas.

'Bahawa kamu, pada bulan April 1998 pada sebelah malam di kediaman rasmi Timbalan Perdana Menteri di No. 47, Jalan Damansara di sini telah melakukan perbuatan kelucahan melampau dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan membenarkan Datuk Seri Anwar Ibrahim memasukkan zakarnya ke dalam dubur kamu.'Sukma Darmawan mengaku bersalah dan dihukum penjara enam bulan oleh Mahkamah Sesyen, Kuala Lumpur. Klik di sini dan di sini

Kedua : Anwar didapati bersalah Azizan Abu Bakar yang diputuskan oleh Datuk Ariffin Jaka, Hakim Mahkamah Tinggi pada 8 Ogos 2000.

Bekas Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dihukum penjara sembilan tahun oleh Mahkamah Tinggi di sini hari ini setelah didapati bersalah atas tuduhan meliwat Azizan Abu Bakar. Adik angkat Anwar, Sukma Darmawan Sasmitaat Madja yang menghadapi dua tuduhan dijatuhi hukuman penjara enam tahun dan empat kali sebatan.Klik di sini

Ketiga : Walaupun Anwar berjaya dalam proses rayuannya di Mahkamah Persekutuan dan mempertikaikan tarikh sebenar kejadian liwat serta dibebaskan pada 2 September 2004, namun ketiga-tiga hakim yang mendengar rayuan bersepakat menyetujui berlakunya aktiviti liwat antara Anwar, Azizan dan Sukma.

Mahkamah Persekutuan menyebut seperti berikut ;

"... we find evidence to confirm that the appellants [Dato' Seri Anwar bin Ibrahim and Sukma Darmawan Sasmitaat Madja] were involved in homosexual activities and we are more inclined to believe that the alleged incident at Tivoli Villa did happen."

Berdasarkan hujah-hujah konkrit yang dinyatakan di atas, Dr Mahathir mengemukakan tuntutan agar saman fitnah Anwar tersebut dibatalkan oleh pihak mahkamah.

Setelah meneliti kedua-dua hujah pihak Anwar dan Dr Mahathir, pada 4 Julai 2007, Dato' Tengku Maimun Tuan Mat, hakim Mahkamah Tinggi membuat keputusan mengenepikan saman fitnah tersebut. Keputusan hakim boleh dibaca di sini

Pada 20 Oktober 2009, Mahkamah Rayuan bersidang sekali lagi setelah Anwar mengemukakan semakan untuk merayu keputusan pada 4 Julai 2007. Tiga panel hakim, yang diketuai oleh Hakim Abdul Malik yang bersidang bersama Hakim Datuk Azhar Ma'ah dan Hakim Datuk Syed Ahmad Helmy Syed Ahmad memutuskan untuk mengekalkan keputusan 4 Julai 2007 serta memerintahkan Anwar membayar kos kepada Dr. Mahathir. Klik di sini


Konspirasi Anwar untuk kalah ?

Tetapi yang menimbulkan keraguan, jika benar Anwar bersungguh-sungguh untuk meneruskan kes ini, kenapa beliau dan barisan peguamnya mengambil sikap tidak serius dalam penghantaran hujah rayuan, sehingga berlaku kesilapan teknikal seperti tidak ditandatangani oleh peguam cara perayu, tidak mempunyai tarikh spesifik, tidak mengandungi kronologi peristiwa kes serta gagal melampirkan indeks rekod rayuan ?

Di sinilah teori bermula, bahawa sebenarnya Anwar tidak mempunyai hujah kukuh untuk menangkis hujah-hujah Dr Mahathir, tetapi beliau terpaksa melakukan untuk memastikan cita-citanya menjadi Perdana Menteri tidak dicemari dengan imej homoseks.

Jadi, sekarang Dr Mahathir sudah menang di mahkamah. Bukan setakat Anwar gagal memperolehi tuntutan 100 juta, malah Anwar diperintahkan membayar kos kepada Dr Mahathir kerana membuang masanya dengan mengheret kepada isu remeh yang bertujuan untuk kepentingan politik peribadi.

Maka, jika Dr Mahathir menang di mahkamah, bermakna, mahkamah telah mengesahkan kebenaran kata-kata Dr Mahathir pada 9 September 2005, di Bangunan SUHAKAM bahawa 'seorang homoseks(seperti Anwar Ibrahim) tidak layak menjadi Perdana Menteri Malaysia'!

sumber - NTanwar

Tiada ulasan: