MODERATOR AIDC

AIDC NORA ZEK LADY
FAIZAL OM 300 QASEH
UDIN KMBG GLORY CKIAH
DRASEREMANG PISAU ABU

PANAS! DI AIDC GROUP

Anwar, International Crisis Group & Annapolis Summit : Klik di sini


NOTIS

Sesiapa yang mempunyai salinan pita rakaman mesyuarat MT berkenaan pemecatan Anwar pada tahun 1998, diharap dapat menghubungi saya via ym aidceditor atau email aidceditor@yahoo.com

5 Okt 2009

Moral Anwar di Malaysia dan Amerika Syarikat

Skandal Presiden Clinton dan Monica
Keterangan foto; dari kiri Bekas Presiden Bill Clinton bersama isterinya Hillary Clinton. Manakala di tengah adalah Bekas Naib Presiden Al Gore bersama isterinya Mary Elizabeth Aitcheson. Di kanan sekali adalah Monica Samille Lewinsky, individu yang dikaitkan dengan skandal Clinton.

Dari Egroup AIDC

Jika di Amerika Syarikat, persoalan moral merupakan pertimbangan paling penting untuk menentukan seseorang itu berjaya menduduki jawatan penting dalam pentadbiran atau tidak.

Bermakna tidak benar anggapan selama ini mengatakan pemilihan presiden Amerika tidak mempertimbangkan persoalan moral dan persoalan moral merupakan isu peribadi. Skandal Clinton-Monica (skandal Lewinsky) menunjukkan keputusan sebaliknya.


Skandal Lewinsky merujuk kepada skandal seks (oral) di antara Presiden Amerika, Bill Clinton dengan pembantunya Monica Lewinsky ( berumur 22 tahun) pada tahun 1998.

Skandal Lewinsky telah dirakam oleh rakan sekerja Monica, iaitu Linda Tripp. Kemudian parti Republikan yang menjadi musuh parti Demokrat (Clinton) telah menggunakan Tripp untuk mendedahkan rakaman itu kepada umum.

Tripp turut menyerahkan rakaman .perbualan telefon Clinton-Monica kepada Kenneth Starr, Badan Penyiasat Bebas Amerika pada Januari 1998.

Skandal ini dirujuk dengan pelbagai nama seperti "Monicagate", "Lewinskygate", "Tailgate","Sexgate", dan "Zippergate".

Skandal ini menyebabkan parti Demokrat pimpinan Clinton telah kalah teruk dalam pilihanraya Presiden US 2001 dan Presiden Bush dari parti Republikan telah berjaya mengambilalih kerajaan Rumah Putih.

Pada tahun 2004, Bekas Presiden Bill Clinton mengakui perbuatan curang beliau menerusi skandal seks dengan Monica Lewinsky sebagai satu kesilapan moral yang teruk dalam temu bual dengan program `60 Minutes' yang akan disiarkan oleh stesen televisyen CBS. Clinton memberitahu bahawa beliau berasa sangat malu apabila isterinya tahu mengenai skandal tersebut.

Sewaktu menjawab soalan wartawan CBS, Clinton menyatakan beliau mengaku mempunyai hubungan sulit dengan Lewinsky yang merupakan pelatih White House ketika itu, kerana beliau merasa perlu mengakui kesilapan tersebut.

``Saya mengaku melakukannya kerana saya merasakan adalah menjadi satu kewajipan moral untuk mengakui kesilapan kita,'' tegas beliau.

Menurut Clinton, beliau dan isterinya, Hillary Rodham Clinton serta anak mereka, Chelsea terpaksa menangani krisis keluarga itu menerusi sesi kaunseling.

Hillary Rodham Clinton mendedahkan bahawa suaminya, bekas Presiden Bill Clinton berbohong kepadanya mengenai hubungan sulit beliau dengan pelatih White House, Monica Lewinsky sehinggalah beliau terpaksa membuat pengakuan kepada sebuah juri agung.

Hillary, menggambarkan penderitaan jiwanya kerana dibohongi Clinton dalam memoir barunya Living History yang mengisahkan kehidupan mereka selama lapan tahun di White House.

``Keputusan paling sukar yang pernah saya buat dalam hidup saya adalah untuk meneruskan perkahwinan dengan Bill dan bertanding untuk kerusi Senat dari New York,'' tulis Hillary.

Tripp pula dipecat daripada jawatannya di Pentagon pada Januari 2001 selepas beliau enggan mengikut tradisi dan meletakkan jawatan bersama-sama lantikan politik lain pada akhir pentadbiran Clinton. Walau bagaimanapun Kerajaan Amerika Syarikat (AS) pimpinan Repbulikan telah membayar hampir AS$600,000 (RM2.28 juta) kepadanya.


Moral Clinton vs Moral Anwar


Itu sketsa yang berlaku kepada Presiden Bill Clinton pada tahun 1998. Ketika itu, Anwar yang menjawat jawatan TPM dan Menteri Kewangan menghadapi tuduhan yang sama iaitu menyalahgunakan kuasa untuk menghalang siasatan kes hubungan curanngnya dengan Shamsidar Tahrin (isteri Azmin) dan hubungan homoseksual bersama Sukma Darmawan dan Azizan Abu Bakar.

Anwar juga merupakan penyokong utama parti Demokrat pimpinan Clinton. Hubungan Anwar dengan Al Gore, memang intim sehingga ke hari ini.. Klik di sini

Berbeza dengan Clinton dan Hillary, skandal Lewisky telah mengajar kehidupan mereka. Clinton secara jujur mengakui kesilapan masa lalunya, manakala isterinya Hillary, mengakui sukar menerima perlakuan suaminya, tetapi kerana suaminya gentlement mengakui kesalahan lalu, menyebabkan Hillary memaafkannya. Inilah faktor Hillary dicalonkan semula sebagai Presiden US baru-baru ini, walaupun gagal, tetapi Hillary sekarang merupakan Setiausaha Negara US.

Tetapi, dari sejak pertuduhan 1998 hingga sekarang, 2009, Anwar tidak pernah mengakui kesilapannya, walaupun mahkamah mensabitkan kesalahannya menyalahgunakan kuasa dan meliwat Azizan Abu Bakar. Walaupun, sahabat-sahabat terdekat Anwar seperti Dr Chandra Muzafar, Ezam Md Nor, Lokman Nor Adam dan lain-lain mempercayai Anwar melakukan perbuatan terkutuk itu, namun Anwar tetap nafikan.

Walaupun semua peguambela Anwar termasuk Raja Aziz Adruse, Gurbachan Singh, Pawancheek Merican, Zainur Zakaria, Zulkifli Nordin dan Karpal Singh serta Gobind Singh Deo (keduanya peguam Sukma) mempercayai Anwar meliwat Azizan Abu Bakar seperti yang diputuskan oleh mahkamah, namun Anwar tetap menafikan.

Walaupun bekas pembantu peribadi Anwar, Mohd Saiful Bukhari, bersumpah dengan nama ALLAH bahawa dia diliwat oleh Anwar, namun Anwar tetap menafikan serta enggan bersumpah.

Begitu juga dengan sikap isterinya, Wan Azizah, berusaha melindungi dan terus melindungi suaminya seolah-olah merestui perbuatan terkutuk suaminya, walaupun dia tahu segala-galanya. Klik di sini dan di sini

Persoalannya kenapakah rakyat Amerika Syarikat sendiri menolak pemimpin yang tidak bermoral seperti Clinton menjadi Presiden Amerika, sedangkan dalam masa sama menerima pemimpin tidak bermoral seperti Anwar diangkat menjadi PM di Malaysia.

Jawapannya : Semua itu percaturan Yahudi (CFR). Yahudi mempunyai strategi berbeza di negara Kristian (Amerika) dan negara Islam (Malaysia)

Di Amerika, negara Kristian, Yahudi mahukan pemimpin 'lebih bermoral', tetapi lebih mustahak lebih pro kepada Israel. Menurut Raja Abdullah, raja Arab Saudi dalam kenyataannya kepada Presiden Clinton bahawa kejatuhan karier politik Clinton dirancang oleh Yahudi. Raja Abdullah berkata Monica Lewinsky adalah keturunan Yahudi yang diupah oleh Mossad untuk menjatuhkan Presiden Clinton. Faktornya, Presiden Clinton dilihat tidak terlalu pro-Israel, sebaliknya lebih condong kepada Palestin. Oleh itu, Yahudi dan Israel perlu mengangkat Presiden lain (Bush) yang lebih pro-Israel untuk menjaga status quo Israel.

Di Malaysia, negara Islam, memang perancangan Yahudi untuk menobatkan seorang pemimpin Islam yang rosak moralnya. Yahudi memang merancang menobatkan PM boneka di Malaysia supaya akur dan mengiktiraf Israel, sekurang-kurang membuka hubungan diplomatik dengan Israel seperti yang dilakukan oleh Turki. Tokoh yang sesuai untuk mencapai aspirasi Israel itu adalah Anwar Ibrahim, berdasarkan laporan-laporan yang telah diberikan oleh bangsa Yahudi seperti Paul Wolfowitz, Madeline Al Bright, William Cohen, James Wolfensohn, Al Gore, Carl Gershman dan lain-lain lagi.

Jadi tidak hairan, jika media-media kawalan Yahudi di peringkat antarabangsa, berusaha keras membersihkan imej Anwar di luar negara sebagai seorang yang bersih, tetapi perkara sama tidak dilakukan kepada Presiden Bill Clinton. Klik di sini


sumber - egroup AIDC




Tiada ulasan: