MODERATOR AIDC

AIDC NORA ZEK LADY
FAIZAL OM 300 QASEH
UDIN KMBG GLORY CKIAH
DRASEREMANG PISAU ABU

PANAS! DI AIDC GROUP

Anwar, International Crisis Group & Annapolis Summit : Klik di sini


NOTIS

Sesiapa yang mempunyai salinan pita rakaman mesyuarat MT berkenaan pemecatan Anwar pada tahun 1998, diharap dapat menghubungi saya via ym aidceditor atau email aidceditor@yahoo.com

4 Okt 2009

Anwar Atarturk : Filem Bruno pencetus anti Gay?

Oleh pochongmenulis, AIDCclub

PENGHARAMAN filem Bruno lakonan pelakon komedi British, Sacha Baron Cohen daripada ditayangkan di Malaysia yang diumumkan Lembaga Penapisan Filem (LPF) Malaysia baru-baru ini sememangnya sudah dijangka. Ia bukan sesuatu yang mengejutkan.

Ini kerana filem itu menampilkan formula yang sama seperti filem lakonan Cohen pada 2006, Borat: Cultural Learnings of America for Make Benefit Glorious Nation of Kazakhstan dengan menampilkan 'juadah' seks dalam bentuk humor tetapi lebih kepada memualkan berbanding melucukan.

Langkah yang diambil oleh Malaysia itu sempat menjadi berita yang 'heboh' di Hollywood memandangkan Malaysia menjadi salah sebuah daripada dua negara di dunia ini, selain Ukraine, yang mengambil langkah tersebut.

Mula ditayangkan di Amerika Syarikat sejak 10 Julai lalu, filem itu sehingga kini telah meraih kutipan mencecah AS$137 juta (RM466 juta) di seluruh dunia dengan RM204 juta dikumpul hasil tayangan di pawagam seluruh Amerika Syarikat (AS).

Filem itu dikatakan diharamkan di Malaysia atas alasan ia berkisar mengenai kehidupan gay dan mengandungi terlalu banyak adegan seks, yang amat bertentangan dengan tatasusila negara ini.
Sebenarnya ketika ia mula ditayangkan di AS sebelum diedarkan ke seluruh dunia kira-kira tiga bulan dulu, Bruno telah pun mencetuskan kontroversi dan perbahasan hangat di kalangan komuniti tersebut.

Golongan gay Barat mendakwa filem itu telah mempersendakan golongan tersebut atau dalam erti kata lain ia menonjolkan keburukan gay di mata umum.

Dalam satu babak, Bruno yang digambarkan sebagai mengambil anak angkat dari Afrika telah muncul dalam satu program temu bual di televisyen dengan membawa bayi kulit hitam tersebut yang mamakai baju T dengan bahagian depannya tertulis perkataan Gayby.

Homofobia

Namun, apa yang menimbulkan kontroversi ialah ditonjolkan pula babak Bruno melakukan hubungan sejenis dengan lelaki berhampiran bayi tersebut.

"Sesetengah orang dalam komuniti gay mungkin menyukai filem ini (Bruno) tetapi banyak juga yang akan berasa terganggu dengan paparan visualnya," ujar pengarah kanan Kesatuan Menentang Penyelaran Lesbian dan Gay Amerika (GLAAD), Rashad Robinson kepada akhbar New York Times.

Biarpun mengakui agak sukar menilai filem itu sebagai sebuah karya filem, Robinson bagaimanapun menegaskan Bruno mampu mencetuskan fenomena antigay di kalangan masyarakat umum.

"Saya bimbang penonton filem tidak memahami mesej sebenar filem ini kerana matlamat utamanya ialah bagi menonjolkan homofobia iaitu ketakutan atau fobia masyarakat umum terhadap golongan gay," tambahnya.

Sementara sebuah lagi pertubuhan yang memperjuang hak asasi gay di AS dikenali sebagai Human Right Campaign (HRC) telah memohon penerbit filem itu, Universal Pictures supaya turut menampilkan pernyataan bahawa mesej filem tersebut adalah bagi menampilkan persoalan tentang homofobia.

"Kami berpendapat Sacha Baron Cohen dan Universal Pictures bertanggungjawab mengingatkan penonton bahawa matlamat filem ini ialah bagi menonjolkan tentang homofobia," hujah jurucakap HRC, Brad Luna.

Cadangan HRC itu bagaimanapun tidak diterima oleh studio perfileman gergasi Hollywood itu. Bagaimanapun satu babak yang menunjukkan Bruno cuba mendapatkan nombor telefon Michael Jackson daripada kakaknya, La Toya telah dipotong pada saat-saat akhir.

Namun begitu, tindakan Malaysia mengharamkan Bruno sememangnya suatu langkah yang bijak memandangkan filem itu jelas sekali sebuah karya yang dengan bangganya menampilkan aksi seksual yang tidak senonoh lagi memualkan.


Aksi melampau Cohen


Bukan sekadar menampilkan pelakuan seks melampau sejenis termasuk adegan bogel menerusi visual filem, pelakon utama Bruno, Cohen, yang sebelum ini dalam rangka bergerak promosi filem itu telah melakukan beberapa aksi spontan yang agak 'mengganggu' dari segi tatasusila moral.

Ketika tayangan perdana Bruno di London, Cohen muncul dengan memakai kostum pengawal Ratu England dan menjerit di khalayak ramai dengan berkata, "Ini adalah filem paling penting yang menampilkan lakonan gay dari Austria sejak Terminator 2."

Ketika berkunjung ke Australia pula dia menyarung kostum sekolah kanak-kanak lelaki yang seksi dan dalam nada bergurau dia mendakwa telah bermalam dengan perdana menteri Australia, Kevin Rudd. "Saya fikir Barack Obama (Presiden AS) adalah lelaki paling hangat di dunia sehinggalah saya bertemu Kevin," ujarnya selamba.

Paling tidak senonoh ialah gurauan melampau Cohen pada majlis Anugerah Filem MTV 2009 apabila dia muncul dari siling dan menghempapkan punggungnya yang tanpa seurat benang betul-betul di hadapan muka Eminem yang menyebabkan rapper tersohor yang duduk di kerusi tetamu acara tersebut terperanjat besar.

Selain itu, Cohen juga pernah muncul berbogel sebagai penghias muka depan majalah GQ edisi Julai.Di akhir babak filem itu, Bruno mengumumkan: "Saya mahu menjadi superstar paling hebat mengatasi Adolf Hitler."

* artikel ini dipetik dari tulisan Yusman Awang yang tersiar di akhbar kosmo.

sumber - pochongmenulis


Tiada ulasan: