MODERATOR AIDC

AIDC NORA ZEK LADY
FAIZAL OM 300 QASEH
UDIN KMBG GLORY CKIAH
DRASEREMANG PISAU ABU

PANAS! DI AIDC GROUP

Anwar, International Crisis Group & Annapolis Summit : Klik di sini


NOTIS

Sesiapa yang mempunyai salinan pita rakaman mesyuarat MT berkenaan pemecatan Anwar pada tahun 1998, diharap dapat menghubungi saya via ym aidceditor atau email aidceditor@yahoo.com

5 Okt 2009

Anwar mulai panik disindir media Yahudi



KUALA LUMPUR 4 Okt. - Bekas pembantu kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim, Mohd. Saiful Bukhari Azlan berkata, bekas majikannya itu mulai panik apabila media milik Yahudi mulai menyindirnya.

Katanya, sebuah majalah milik Yahudi, The Economist baru-baru ini menggelar Anwar sebagai Malaysia's Chameleon atau Sesumpah Malaysia apabila gagal menarik sokongan umat Islam terhadap Amerika Syarikat (AS).

"Amerika mengharapkan beliau membawa dan mengekalkan imej Islamik (bagi menarik sokongan masyarakat Islam terhadap AS) namun yang terjadi sebaliknya.

"Kini, dikhabarkan beliau (Anwar) sedang cuba meyakinkan mereka (AS) kembali serta memohon pertolongan daripada mereka untuk kes moralnya, buat kali kedua," katanya dalam blognya, http://mohdsaifulbukhari.blogspot.com.

Anwar kini berhadapan dengan tuduhan meliwat Mohd. Saiful namun kes tersebut masih tertangguh sehingga kini.

Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu kini dilaporkan masih berada di AS sejak beberapa hari selepas Hari Raya Aidilfitri yang lalu untuk bertemu dengan beberapa pemimpin di sana termasuk bekas Naib Presiden negara itu, Al Gore.

sumber - Utusan


Tiada ulasan: