MODERATOR AIDC

AIDC NORA ZEK LADY
FAIZAL OM 300 QASEH
UDIN KMBG GLORY CKIAH
DRASEREMANG PISAU ABU

PANAS! DI AIDC GROUP

Anwar, International Crisis Group & Annapolis Summit : Klik di sini


NOTIS

Sesiapa yang mempunyai salinan pita rakaman mesyuarat MT berkenaan pemecatan Anwar pada tahun 1998, diharap dapat menghubungi saya via ym aidceditor atau email aidceditor@yahoo.com

28 Okt 2009

Matlamat PKR juga untuk 3A – Ezam

KUALA LUMPUR 27 Okt.- Parti Keadilan Rakyat (PKR) bukan setakat mempunyai kekuatan seperti ‘bateri 3A’ tetapi perjuangan dan matlamatnya juga berkisar kepada 3A iaitu Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail (Presiden), Datuk Seri Anwar Ibrahim (Penasihat) serta Azmin Ali (Naib Presiden).

Bekas Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Ezam Mohd Noor berkata, sebab itu dilihat ramai pemimpin PKR terdahulu keluar atau meminggirkan parti itu apabila menyedari perjuangannya bukan untuk kepentingan rakyat.

Katanya, oleh itu tidak menghairankan apabila beberapa pemimpin yang baru menyertai PKR sudah mula bercakap tentang dominasi individu tertentu dalam parti itu sehingga menimbulkan rasa kurang senang sesama mereka.

“Seperti mana Datuk S. Nallakarupan, saya juga tidak hairan atau pelik tentang apa yang dikatakan bahawa PKR adalah parti 3A. Saya percaya ramai lagi pemimpin terdahulu turut merasakan hal yang sama.

“Kita berpolitik kerana mahu berjuang untuk rakyat tetapi yang berlaku ialah perjuangan peribadi untuk menyelesaikan masalah peribadi.

“Sebab itu saya percaya masa akan membuktikan. Sekarang pun perlahan-lahan ramai mula sedar akan hal tersebut,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.
Baru-baru ini Ahli Majlis Tertinggi (MT) UMNO, Datuk Dr Abdul Latiff Ahmad menyifatkan PKR seperti ‘bateri 3A’ kerana kekuatan parti itu hanyalah ditentukan Azizah, Anwar dan Azmin.

Bekas pemimpin PKR dan juga bekas rakan karib Anwar, Nallakarupan juga turut mengakui beliau tidak pelik sama sekali dengan gelaran parti 3A yang diberi ke atas PKR.

Selain itu, seorang pemimpin PKR, Datuk Zaid Ibrahim yang mencetuskan kontroversi baru-baru ini menggesa semua pihak memastikan PKR tidak didominasi pihak tertentu,
Zaid membuat dakwaan tersebut ketika menghadiri majlis sambutan hari raya di Kota Kinabalu anjuran pimpinan PKR negeri itu walaupun awalnya ada laporan mengatakan beliau dilarang daripada berbuat demikian.

Sementara itu, mengenai kedudukan istimewa Azmin pada Anwar yang banyak diperkatakan kebelakangn ini, Ezam berkata, ini boleh dilihat dalam rombakan kepimpinan PKR negeri yang dibuat baru-baru ini.

Menurut beliau, menjadi tanda tanya mengapa Azmin yang boleh dikira gagal melaksanakan tugasnya mengetuai PKR Sabah sehingga mencetuskan kontroversi telah diberi pula tanggungjawab baru menerajui PKR Wilayah Persekutuan.

“Bukankah dari segi politik, itu pelik namanya? Apabila Azmin jadi Pengerusi PKR Sabah, ramai yang tidak puas hati, jadi bukankah itu bermakna dia gagal di situ? jelasnya.

Ezam berkata, walaupun demikian beliau secara peribadi tidak terkejut dengan pelantikan Azmin sebagai Pengerusi PKR Wilayah Persekutuan menggantikan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

sumber - Utusan


Tiada ulasan: