MODERATOR AIDC

AIDC NORA ZEK LADY
FAIZAL OM 300 QASEH
UDIN KMBG GLORY CKIAH
DRASEREMANG PISAU ABU

PANAS! DI AIDC GROUP

Anwar, International Crisis Group & Annapolis Summit : Klik di sini


NOTIS

Sesiapa yang mempunyai salinan pita rakaman mesyuarat MT berkenaan pemecatan Anwar pada tahun 1998, diharap dapat menghubungi saya via ym aidceditor atau email aidceditor@yahoo.com

28 Okt 2009

Isu SELCAT : Kenapa dan Mengapa Hassan Ali Dikritik?

Oleh Analisisringan, AIDCclub

Isu yang ingin disampaikan dalam analisis Kumbang kali ini adalah mengenai kenapa dan mengapa Hassan Ali dikritik secara berterusan oleh pemimpin Kerajaan Negeri Selangor dan para blogger mengenai isu SELCAT.

Rupa-rupanya kritikan Hassan Ali yang menggesa Prosiding SELCAT dijalankan secara tertutup dan perlaksanaan SELCAT dikaji semula dikatakan akan menggagalkan usaha mereka untuk 'membalas dendam' dan memberi tekanan kepada penjawat awam yang mereka tuduh sebagai 'pembantu BN' pada PRU ke-12 yang lalu dan juga berikutan beberapa pendedahan yang dibuat oleh penjawat-penjawat awam mengenai kebobrokan yang dilakukan Kerajaan Negeri Selangor.

Menurut blogger Perisik Rakyat, penjawat awam yang membantu BN pada PRU ke-12 lalu telah menggagalkan usaha PAS untuk meraih lebih kerusi dan mereka harus disoal serta disiasat kerana kononnya menyalahgunakan wang rakyat.

Tetapi pernyataan ini bagi Kumbang adalah ayat yang berlapis-lapis dan menuju kepada PAS sahaja demi untuk mempersalahkan Hassan Ali yang semakin menyedari kebobrokan yang berlaku di dalam pentadbiran kerajaan Selangor dan SELCAT itu sendiri.

Sebenarnya apa yang Kumbang dan rakan-rakan blogger fahami, prosiding secara terbuka dan perlaksanaan SELCAT ini sendiri adalah untuk mengajar dan memberi tekanan kepada penjawat awam supaya berpihak kepada kerajaan negeri yang ada sekarang dan menutup segala kebobrokan yang mereka lakukan di Selangor. Dengan bahasa mudahnya ia akan membantu kerajaan Negeri Selangor untuk berkuasa di dalam dan di luar dewan.

Ini dibuktikan dengan banyak prosedur baru yang dikeluarkan oleh Menteri Besar demi menjaga kepentingan dan perut Kerajaan Selangor, selain itu Pegawai-Pegawai Tinggi telah diberi amaran oleh Pejabat Menteri Besar supaya tidak mengeluarkan kenyataan yang membabitkan pentadbiran melainkan dengan arahan daripada pihak atasan.

Dalam pada itu itu Pegawai-Pegawai Kerajaan terutama Pejabat Kewangan Negeri, Pejabat Kemajuan Negeri dan juga Pejabat-Pejabat Daerah telah mula melahirkan perasaan benci terutama kepada pemimpin PKR dan DAP yang cuba menguasai pentadbiran dan mengarahkan supaya pegawai mengikut telunjuk mereka. Banyak projek-projek kecil telah disapu oleh orang-orang PKR dengan alasan mendapat arahan dari Pejabat Menteri Besar.

Menambahkan kemarahan kakitangan dan penjawat awam,penyokong-penyokong yang terlalu fanatik kepada DAP dikatakan sanggup mengugut penjawat awam supaya meluluskan lesen-lesen yang tidak sewajarnya diluluskan. Ada juga dikatakan sanggup memberi rasuah sebagai balasan melulus dan membantu menyiapkan borang-borang permohonan.

Jelas dalam 1 sesi SELCAT juga telah mendedahkan amalan korupsi yang dilakukan oleh Pakatan Pembangkang selama ini menggunakan wang rakyat untuk kempen politik PKR dan PR di Selangor.Secara mudah, dari penjelasan dari 4 pejabat tanah di Selangor, Petaling, Gombak, Klang dan Kuala Selangor, menunjukkan segala peruntukan untuk DUN telah dikeluarkan untuk membiayai aktiviti PKR sahaja tidak untuk PAS dan DAP.

Majoriti dari kes-kes ini, menunjukkan wakil-wakil rakyat PKR telah dibayar peruntukan mereka atau telah mengambil pembayaran peruntukan ini untuk kempen dan memastikan aktiviti politik untuk meraih sokongan rakyat kepada PKR. Ini jelas satu tindakan korupsi PKR yang menggunakan wang rakyat untuk kempen program politik mereka.

Apa yang menyedihkan lagi hanya ahli PKR yang merupakan kroni kepada Khalid Ibrahim sahaja yang diberi peluang di dalam pemberian projek Kerajaan Negeri Selangor. Ahli PKR yang lain tidak dipedulikan walaupun telah lama berjuang dari sebelum Khalid Ibrahim menyertai PKR lagi.

Disebabkan oleh semua perkara di atas memungkinkan penjawat-penjawat awam sengaja diaibkan di prosiding terbuka SELCAT untuk pihak Kerajaan Negeri Selangor membalas dendam terhadap penjawat-penjawat awam yang membocor rahsia sekaligus memberi tekanan kepada mereka untuk menutup mulut.

Khulasahnya, SELCAT bagi Kumbang dan semua orang tahu merupakan alat untuk Kerajaan Selangor mengekalkan kuasa dan menjalankan undang-undang rimba di Selangor. Sebagai bukti menurut rakan Kumbang, Sultan Selangor pun sendiri tidak berkenan dengan penubuhan SELCAT dan begitu juga dengan beberapa adun dalam Pakatan Rakyat Selangor. Hassan Ali yang menyedari SELCAT semakin lari daripada matlamat asal dan menjadi alat kepada kerajaan Selangor mula menegur. Tetapi sayang niat baiknya itu dikeji dan dimalukan rakan sendiri.

Disebabkan itu Kumbang gesa, PAS dan Hassan Ali segera angkat kaki daripada Kerajaan Negeri Selangor.

Sampai bila PAS Selangor dan Hassan Ali akan duduk dalam pentadbiran ala rimba di Selangor yang menyeksa rakyat terutamanya penjawat awam?

Kumbang gesa untuk PAS sekali lagi "Berubah atau Rebah!"

Bacaan lanjut. Klik Sini

sumber - analisisringan


Tiada ulasan: