Dari egroup AIDC
Jika kita membaca secara teliti kenyataan media Dr Chandra Muzafar, 7 Mac 2008,(klik di sini) dalam menjawab kenapa beliau berpendapat Anwar Ibrahim tidak layak menjadi ketua/Perdana Menteri di negara, kita akan menjumpai satu perkara yang menarik yang tidak pernah kita ketahui sebelum ini.
Tulis Dr Chandra; "My answer has prompted a variety of individuals and groups within and without the political arena to expose the machinations and manipulations of a Machiavellian politician. For this master of deceit and duplicity was beginning to hoodwink a gullible segment of Malaysian society into believing that he was that long awaited 'knight in shining armour' who would deliver the masses into that glorious paradise of justice and equality"
Dr Chandra mengakui PKR akan mencipta dan memanipulasi apa sahaja keadaan yang boleh menguntungkan mereka tanpa mengira halal/haram. Matlamat menghalalkan cara (politik Machiavelli). Tetapi yang lebih menarik adalah Anwar dan PKR telah mencipta satu grand design untuk memperkukuhkan ahli-ahli mereka. Menipu dan memperdayakan ahli-ahli mereka sebagai sebagai 'The knight' - pahlawan berkuda yang mengejar syurga abadi yang dipenuhi keadilan dan kesamarataan.
Persoalan 'The Knight' diulang berkali-kali dalam kenyataan media itu, yang sudah tentu membawa maksud yang tersendiri. Menurut Dr Chandra, master plan mencipta 'The Knight' ini sangat bahaya, kerana menipu dan memperdayakan ahli-ahli serta masyarakat ke arah mempercayai sesuatu perkara yang tidak betul/tahyul/mitos.
Apa itu The Knight ?
Seandainya anda adalah peminat teori konspirasi/ secret society anda mungkin dapat menjawab persoalan ini.
The Knight diadaptasi daripada satu pertubuhan rahsia 'The Knight Templar', salah satu cabang freemason. The Knight Templar yang dibentuk pada 1118 M, merujuk kepada Kesatria Kristian atau Tentera Solomon. Mereka bercita-cita mendapatkan semula Kuil Sulaiman di Israel yang menjadi sebagai tempat suci kaum Yahudi atau tempatnya kaum Mason.
Pada mulanya 'The Knight Templar' bekerja untuk pasukan Kristian yang terlibat secara langsung dalam perang Salib (The Crusader) berperang dengan tentera Islam di bawah pimpinan Salahuddin Al Ayubi, tetapi setelah mereka mencapai kemenangan, mereka hidup kaya raya dan mengamalkan kepercayaan sendiri yang berlawanan dengan agama Kristian.
Mereka melakukan upacara-upacara memuja syaitan. Majoriti ahli Knight Templar mengamalkan amalan homoseksual, dan mereka menyembah dewa Baphomet (Manusia berkepala kambing hitam).
Anton Szandor la Vey, pengasas Satanic Worship(1966) dan pengarang 'The Satanic Bible' merumuskan; Simbol Baphomet yang dipakai oleh The Knight Templar mewakili ajaran Syaitan. Simbol-simbol itu merujuk kepada pelbagai nama iaitu dewa kambing Mendes, Kambing Hitam, Kambing Judas dan sebagainya.
Sejak itu pengikut The Knight Templar bermusuhan dengan penganut Kristian Khatolik. Mereka menyelar penganut Kristian sebagai "Kalian telah mempercayai sesuatu yang salah, sebab dia (Kristus) hanyalah nabi palsu. Berimanlah hanya kepada Tuhan di syurga dan bukan kepada dia (Kristus). Jangan beriman kepada seorang yang bernama Yesus, yang disalib oleh orang Yahudi di Outremer. Dia bukan Tuhan dan tidak akan menyelamatkan kamu."
Pada tahun 1307, Raja Perancis, Philip le Bel dan Paus Clement V memutuskan untuk menangkap dan membubarkan anggota-anggota The Knight Templar ini. Paus Clevement V menjatuhkan hukuman dengan nama Vox in Excelso (suara dari langit), bahawa pengikut ajaran The Knight Templar adalah sesat dan patut dihukum mati.
Maka, Grand Master(pemimpin besar) Knight Templar bernama Jacques de Molay telah dijatuhkan hukuman mati pada tahun 1314 M. Manakala sebahagian besar pengikut-pengikutnya telah dihukum penjara, tetapi sebahagian daripadanya sempat melarikan diri.
Yang sempat melarikan diri kebanyakannya memilih negara Negara Swiss. Di sana mereka mengumpulkan semula kekuatan mereka.
Sebuah buku yang ditulis oleh dua orang Mason, Christopher Knight dan Robert Lomas, yang bertajuk "the Hiram Key" menyebut beberapa fakta penting tentang akar-akar gerakan Freemasonry. Menurut mereka, Masonry adalah kesinambungan dari para Knight Templar.
Itulah latar sejarah pasukan 'The knight' yang disebut oleh Dr Chandra dalam kenyataan medianya. Kalau begini latar sejarahnya, sesungguhnya PKR sedang bermain api, dengan mencipta satu ideologi yang berlawanan sama sekali dengan agama sama ada Kristian atau Islam. Pada mula nampak seperti pro Kristian, tetapi akhirnya mencipta agama sendiri yang menentang semua agama di dunia ini.
Persoalannya kenapa Anwar dan PKR memilih ideologi "The Knight Templar" sebagai inti ideologinya ?
Kenapa memilih model kumpulan tentera yang lebih dikenali sebagai 'model tentera homoseksual' ?
sumber - egroup AIDC
Tiada ulasan:
Catat Ulasan