MODERATOR AIDC

AIDC NORA ZEK LADY
FAIZAL OM 300 QASEH
UDIN KMBG GLORY CKIAH
DRASEREMANG PISAU ABU

PANAS! DI AIDC GROUP

Anwar, International Crisis Group & Annapolis Summit : Klik di sini


NOTIS

Sesiapa yang mempunyai salinan pita rakaman mesyuarat MT berkenaan pemecatan Anwar pada tahun 1998, diharap dapat menghubungi saya via ym aidceditor atau email aidceditor@yahoo.com

29 Okt 2009

Jeffrey mangsa monopoli kuasa 3A

KUALA LUMPUR 28 Okt. - "Jeffrey Kitingan merupakan antara mangsa monopoli kuasa pemimpin 3A Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan ramai lagi akan kecundang," dakwa Anuar Shaari, bekas Setiausaha Sulit, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Anuar berkata, ini kerana pengaruh Jeffrey sebagai Naib Presiden PKR tidak disenangi salah satu atau kesemua tiga pemimpin serangkai tersebut - Presiden, Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail; Penasihat, Anwar dan seorang lagi Naib Presiden, Azmin Ali.

Jelasnya, menjadi amalan Anwar, Azizah serta Azmin untuk mencantas kedudukan mana-mana pemimpin PKR yang meningkat naik kerana ketiga-tiga mereka berhasrat memanjangkan kesinambungan penguasaan 3A itu di pucuk kepimpinan parti.

"Ini bukan cerita baru, sebelum ini Datuk S. Nallakaruppan, Datuk Zaid (Ibrahim), Ezam dan termasuk saya antara yang menjadi mangsa paksi kekuasaan 3A itu.

"Ketiga-tiga (Anwar, Azizah dan Azmin) itu sama ada secara langsung atau halus akan memastikan para pemimpin berpotensi dalam parti dicantas segera," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Anuar berkata demikian sebagai mengulas tindakan drastik Jeffrey meletakkan kesemua jawatannya dalam PKR semalam, kerana tidak berpuas hati dengan cara kepimpinan tertinggi parti melayan kehendak PKR Sabah sejak sekian lama.

Jeffrey yang meletakkan jawatan sebagai Naib Presiden, ahli Majlis Integrasi Nasional untuk Sabah dan Sarawak serta ahli Majlis Tertinggi (MT) PKR bagaimanapun kekal sebagai ahli biasa.

Anuar menambah, tindakan PKR menubuhkan Majlis Integrasi Nasional bagi Sabah dan Sarawak pada Ahad lalu merupakan usaha halus Anwar untuk 'melambakkan' mana-mana pemimpin yang difikirkan mampu menggugat kekuasaan 3A berkenaan.

Katanya, Anwar terpaksa mewujudkan organisasi baru dalam parti itu demi memberikan jawatan-jawatan kepada para pemimpin berpotensi tersebut bagi mengabui mata mereka.

"Pemimpin seperti Datuk Dr. Tan Kee Kwong dan Datuk Chua Jui Meng yang dilihat boleh mengancam struktur kepimpinan negeri akan ditawarkan menganggotai majlis ini," jelasnya.

sumber - utusan

Keputusan Jeffrey tidak lemahkan PKR Sabah

KOTA KINABALU 28 Okt. - Tindakan Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Jeffrey Kitingan meletakkan semua jawatan dalam parti itu tidak akan melemahkan PKR Sabah.

Pengerusi Perhubungan PKR Sabah, Thamrin Zaini berkata, tindakan Jeffrey itu juga tidak akan menyebabkan PKR negeri goyah dan berpecah.

"Dia (Jeffrey) meletakkan jawatan sebagai Naib Presiden tetapi masih kekal sebagai ahli parti dan Ketua Bahagian.

"Jadi saya nampak ia tidak akan memberi kesan melemahkan parti. Lainlah kalau dia keluar dari PKR," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Beliau mengulas mengenai kemelut PKR Sabah yang dilihat semakin meruncing apabila Jeffrey meletakkan semua jawatan dalam parti itu.

Jeffrey yang juga Ketua PKR Bahagian Keningau membuat keputusan drastik itu atas alasan tidak berpuas hati dengan cara kepimpinan tertinggi parti berkenaan melayan kehendak PKR Sabah sejak sekian lama.

Beliau melepaskan semua jawatannya sebagai Naib Presiden, ahli Majlis Integrasi Nasional untuk Sabah dan Sarawak serta ahli Majlis Tertinggi (MT) PKR.

Menurut Thamrin beliau menerima dan menghormati pendirian Jeffrey untuk melepaskan semua jawatannya itu.

"Kita sanjung perasaan rendah diri beliau yang akur keupayaannya melaksanakan tugas sebagai Naib Presiden dan kita mengucapkan terima kasih atas khidmatnya sebagai Naib Presiden selama ini," katanya.

Ditanya mengenai hubungannya dengan Jeffrey, beliau berkata, hubungan mereka adalah baik.

"Kami tiada masalah (hubungan). Itu hanya spekulasi," ujarnya.

sumber - utusan


Christina pula letak jawatan

KOTA KINABALU 28 Okt. – Parti Keadilan Rakyat (PKR) Sabah menerima satu lagi tamparan apabila Ketua Bahagian Kota Kinabalu, Christina Liew mengumumkan peletakan jawatan sebagai ahli Majlis Tertinggi parti itu hari ini.

Keputusan itu dibuat tidak sampai 12 jam selepas Datuk Dr. Jeffrey Kitingan meletak jawatan sebagai Naib Presiden parti itu semalam.

Christina yang merupakan Timbalan Pengerusi PKR Sabah sebelum digantikan oleh Datuk Kong Hong Ming dalam rombakan parti itu baru-baru ini, bagaimanapun kekal sebagai ahli parti tersebut.

Menurutnya, peletakan jawatan itu didorong oleh rasa kecewa terhadap pemimpin di peringkat pusat.

Beliau juga mempersoalkan tindakan pemimpin pusat melantik Hong Ming menggantikannya, yang disifatkannya sebagai satu tindakan untuk memalukannya.

‘‘Saya telah bekerja keras menaikkan parti sejak sembilan tahun lalu. Oleh kerana, parti sudah tidak menghargai sumbangan saya, lebih baik saya berundur secara terhormat,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Semalam, Jeffrey mengumumkan peletakan semua jawatan dalam parti dan mengisytiharkan hilang kepercayaan terhadap PKR.

Katanya, keputusan drastik tersebut dibuat kerana tidak berpuas hati dengan cara kepimpinan tertinggi parti berkenaan melayan kehendak PKR Sabah sejak dahulu lagi.

Sementara itu Christina berkata, dia sentiasa percaya kepada keadilan dan ketelusan dalam PKR sehingga pelantikan Hong Ming dan Thamrin Zaini sebagai Pengerusi Perhubungan PKR Sabah baru menggantikan Azmin Ali.

Menurutnya, apa yang berlaku itu menunjukkan pemimpin PKR di peringkat pusat tidak mengambil berat dan menghormati pandangan pemimpin di negeri ini.

Krisis dalaman PKR Sabah bermula dengan penentangan terhadap pelantikan Azmin sehingga membawa kepada 18 daripada 23 ketua bahagian parti itu menghantar memorandum bantahan ke peringkat pusat.

Sebelum Azmin, PKR Sabah diketuai Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang dilantik bagi menggantikan penyandang sebelumnya, Ansari Abdullah.

Bagi menyelesaikan kemelut tersebut, PKR pusat pada Ahad lalu melantik Thamrin sebagai Ketua Perhubungan PKR negeri yang baru, dan hanya memberikan Jeffrey jawatan sebagai ahli di dalam Majlis Intergrasi Nasional untuk Sabah dan Sarawak.

Keputusan itu seterusnya mendorong peletakan jawatan Jeffrey dan Christina hari ini.

sumber - utusan


Tiada ulasan: