MODERATOR AIDC

AIDC NORA ZEK LADY
FAIZAL OM 300 QASEH
UDIN KMBG GLORY CKIAH
DRASEREMANG PISAU ABU

PANAS! DI AIDC GROUP

Anwar, International Crisis Group & Annapolis Summit : Klik di sini


NOTIS

Sesiapa yang mempunyai salinan pita rakaman mesyuarat MT berkenaan pemecatan Anwar pada tahun 1998, diharap dapat menghubungi saya via ym aidceditor atau email aidceditor@yahoo.com

29 Okt 2009

Liwat : Anwar fail notis ketepi rayuan pendakwa

SHAH ALAM – Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim memfailkan notis rayuan berhubung keputusan Mahkamah Rayuan yang menolak bantahan awalnya bagi mengetepikan rayuan pendakwaan terhadap perintah Mahkamah Tinggi supaya dibekalkan dokumen berkaitan kes liwat terhadapnya.

Anwar, 62, memfailkan notis rayuan itu di Pejabat Pendaftar Mahkamah Persekutuan pada jam 1 petang, semalam, menerusi peguam S N Nair yang memaklumkan perkara ini menerusi e-mel kepada Sinar Harian.

Pada 23 Oktober lalu, Mahkamah Rayuan menolak bantahan awal Anwar selepas Datuk Hasan Lah yang mengetuai panel dianggotai Hakim Datuk Wira Abu Samah Nordin dan Hakim Datuk Sulaiman Daud sebulat suara berpuas hati bahawa perintah Mahkamah Tinggi agar dokumen dibekalkan adalah muktamad dan oleh itu boleh dirayu.

Pendakwa Raya mengemukakan rayuan itu setelah tidak berpuas hati dengan keputusan Mahkamah Tinggi yang mengarahkan pihaknya membekalkan dokumen penting yang dimohon Anwar untuk tujuan menyediakan pembelaan dalam kes liwat yang dihadapinya.

Hakim Mohamad Zabidin Mohd Diah pada 16 Julai lalu membenarkan permohonan Anwar supaya pihak pendakwaan membekalkan dokumen seperti rakaman percakapan bekas pembantunya Mohd Saiful Bukhari, 24, Dr Osman Abdul Hamid dari Pusat Rawatan Islam (Pusrawi), pemilik kondominium Hassanuddin Abdul Hamid dan tiga lagi saksi.

Keputusan itu juga melibatkan dokumen seperti rakaman kamera litar tertutup (CCTV) dari pondok pengawal dan kawasan lif blok 11 kondominium itu antara 25 dan 24 Jun, tahun lalu.

Anwar kini berhadapan dengan tuduhan meliwat Mohd Saiful antara jam 3.01 petang dan 4.30 petang, 26 Jun 2008 di Unit 11-5-1, Kondominium Desa Damansara, Jalan Setiakasih, Bukit Damansara, dekat sini.

sumber - sinar


Tiada ulasan: