MODERATOR AIDC

AIDC NORA ZEK LADY
FAIZAL OM 300 QASEH
UDIN KMBG GLORY CKIAH
DRASEREMANG PISAU ABU

PANAS! DI AIDC GROUP

Anwar, International Crisis Group & Annapolis Summit : Klik di sini


NOTIS

Sesiapa yang mempunyai salinan pita rakaman mesyuarat MT berkenaan pemecatan Anwar pada tahun 1998, diharap dapat menghubungi saya via ym aidceditor atau email aidceditor@yahoo.com

30 Okt 2009

Jeffrey dakwa Anwar tak peduli suara akar umbi

KUALA LUMPUR: Bekas Naib Presiden Parti Keadilan Nasional (PKR), Datuk Dr Jeffrey Kitingan mendakwa Datuk Seri Anwar Ibrahim dan kepemimpinan parti itu hanya memilih pemimpin yang boleh dikawal untuk mengetuai parti itu di Sabah.

Katanya, Anwar sebagai Penasihat PKR dan pemimpin tertinggi terbabit tidak pernah mempedulikan suara akar umbi kerana lebih mementingkan politik di Semenanjung tetapi tetap mahukan parti pembangkang itu memenangi kerusi dalam pilihan raya umum di Sabah.

“Penglihatan pemimpin PKR pusat terhadap Sabah tidak berubah. Masih seperti dulu. Dia (Anwar) mahu seseorang yang dia boleh kawal. Mereka tidak mahu pemimpin berkaliber. Mereka hanya mahu penama, ” katanya.

Setiausaha Perhubungan Umno Sabah, Datuk Yahya Hussin, berkata Barisan Nasional (BN) Sabah bersedia membuka pintu kepada Jeffrey jika beliau ingin kembali ke pangkuan BN.

Katanya, BN sentiasa mengalu-alukan sesiapa saja menyertai BN, termasuk Jeffrey jika beliau berhasrat berbuat demikian kerana BN sentiasa memperjuangkan kemakmuran untuk rakyat tanpa mengira agama dan bangsa.

“BN memang mengalu-alukan kemasukan sesiapa saja dalam BN, termasuk Jeffrey. Ini kerana Jeffrey tidak bersendirian...beliau mempunyai penyokong, ” katanya, di sini semalam.

Selain itu, katanya, peletakan jawatan Jeffrey membuktikan PKR tidak mempunyai asas dan dasar perjuangan jelas berbanding BN yang meletakkan kepentingan rakyat sebagai asas perjuangan.

Mengulas isu itu, Naib Presiden PKR, Azmin Ali, berkata pihaknya menganggap keputusan Jeffrey itu tidak mengejutkan malah parti itu sudah menjangka tindakan itu berdasarkan faktor sejarah peribadi ahli politik itu sebelum ini.

Katanya, tindakan ahli politik itu boleh dianggap biasa berdasarkan rekodnya yang tidak bertahan lama dalam sesebuah parti politik.

Sementara itu, Pensyarah Pusat Pengajian Sains Kemasyarakatan Universiti Sains Malaysia (USM), Prof Dr Ahmad Atory Hussain, berkata rentetan peristiwa yang berlaku di dalam PKR termasuk Datuk Zaid Ibrahim mengumumkan bercuti selama enam bulan daripada kegiatan parti itu, jelas membuktikan wujud pergeseran dan konflik dalam parti itu.

sumber - berita harian


Tiada ulasan: