MODERATOR AIDC

AIDC NORA ZEK LADY
FAIZAL OM 300 QASEH
UDIN KMBG GLORY CKIAH
DRASEREMANG PISAU ABU

PANAS! DI AIDC GROUP

Anwar, International Crisis Group & Annapolis Summit : Klik di sini


NOTIS

Sesiapa yang mempunyai salinan pita rakaman mesyuarat MT berkenaan pemecatan Anwar pada tahun 1998, diharap dapat menghubungi saya via ym aidceditor atau email aidceditor@yahoo.com

30 Okt 2009

Hadi juga patut ambil tindakan 'lima enam kerat' geng Erdogan...

Sudah jelas bahawa punca sebenar Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat ‘meletup’ minta Muktamar Agung Khas (EGM) PAS ada kaitan dengan tindak tanduk Pesuruhjaya PAS Selangor Datuk Dr Hasan Mohd Ali.

Ini jelas berdasarkan hasil mesyuarat khas Jawatankuasa PAS Pusat malam Khamis antara lain mahu Jawatankuasa Disiplin menyiasat beberapa tuduhan terhadap PAS Selangor.

Seperti dijelaskan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, jawatankuasa yang dipengerusikan Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man akan menyiasat kebenaran tuduhan yang dilempar tersebut.

Walaupun tidak dijelaskan, dakwaan itu pasti ada kaitan dengan sikap Dr Hasan yang juga Exco Kerajaan Negeri Selangor, salah seorang daripada ‘dua tiga kerat’ yang dianggap bermasalah kepada parti oleh Mursyidul Am PAS.

Sebelum ini Dr Hasan mencetuskan beberapa kenyataan yang dilihat mengkritik keputusan kerajaan campuran PKR,DAP dan PAS di Selangor khususnya dalam isu penjualan arak dan SELCAT.

Pertembungan pendapat dalam isu penjualan arak secara terbuka di Bandaraya Shah Alam menyebabkan beliau terpaksa ‘berdamai’ dengan seorang lagi Exco, Ronnie Liu yang sebelum ini mengarahkan Majlis Bandaraya Shah Alam memulangkan semula arak yang dirampas dari sebuah premis.

Dr Hasan disifatkan bermasalah oleh Nik Aziz kerana bertindak bukan kearah mengukuhkan perpaduan dan kerjasama dalam pakatan rakyat seperti dikehendakki dan diputuskan Muktamar Agung PAS Jun lalu.

Hal ini turut mengaitkan Timbalan Presiden, Nasaruddin Mat Isa yang menyokong tindak tanduk Dr Hasan.

Sebab itu, nama Nasaruddin juga dikaitkan oleh Nik Aziz dalam blog tokguru.com antara ‘dua tiga kerat’ yang perlu dibersihkan dalam parti selain Setiausaha Agung, Mustafa Ali.

Malangnya, Menteri Besar Kelantan itu mengaitkan usaha kerajaan perpaduan sebagai senjata untuk menikam ketiga- tiga pemimpin PAS ini.

Sebenarnya, Dr Hasan dilihat tiada kaitan dengan usaha kerajaan perpaduan kecuali sebaik sahaja keputusan pilihan raya umum Mac tahun lalu apabila mantan Menteri Besar, Datuk Seri Dr Mohamad Khir Toyo pernah membuat kenyataan adanya perbincangan menubuhkan kerajaan bersama di Selangor sebelum PAS memilih untuk ‘berkahwin dengan PKR dan DAP.

Kenyataan terbaru Abdul Hadi pada Selasa bahawa parti itu telah menutup pintu rundingan dengan UMNO untuk membentuk satu kerajaan perpaduan, bukan cerita baru.

Yang barunya adalah persoalan kenapa Nik Aziz menjadikan UMNO sebagai ‘kambing hitam’ untuk melepaskan kemarahan serta rasa tidak puashati terhadap ‘dua tiga kerat ini?,’.

Ada maklumat mengatakan Majlis Syura Ulama bulan lalu memutuskan supaya Dr Hasan ‘dinasihatkan’ selepas mencetuskan beberapa kontroversi dalam pentadbiran kerajaan negeri Selangor.

Hadi dan Nasaruddin dikatakan tidak hadir dalam mesyuarat yang diadakan seminggu selepas Aidilfitri itu.

Barangkali inilah punca sebenar Nik Aziz melenting kerana baginya Majlis Syura mempunyai kuasa lebih tinggi berbanding Jawatankuasa PAS Pusat.

Kini tiada lagi cerita EGM apabila PAS Pusat malam tadi mengambil keputusan menggantikannya dengan seminar politik bagi membincangkan isu-isu berkaitan memperkasakan parti itu termasuk hubungan mereka dengan sekutu dalam pakatan rakyat.

Seminar 7 November itu dijangka membabitkan 1,000 pemimpin parti itu dari seluruh negara dan akan mencari jalan menyelesaikan isu-isu semasa parti.

Mengambil kira jawatankuasa disiplin yang akan menyiasat PAS Selangor, maka benarlah Nik Aziz betul-betul mahu PAS terus kekal dalam pakatan rakyat dan mahu parti-parti pembangkang kuat menjelang pilihanraya umum ke 13 bagi memastikan pemimpin PAS terutama Datuk Husam Musa terus hidup ‘politik’nya selepas nyawa-nyawa ikan selepas Muktamar Agung PAS Jun lalu.

Maka sah lah PAS selepas ini akan lebih terarah kepada perjuangan memburu kuasa mahu mentadbir negara bersama PKR dan DAP bukan lagi memperjuangkan Islam seperti dilaung-laungkan sebelum ini.

Namun dalam pada itu, ada pula pemimpin PAS berpendapat, Hadi perlu menunjukkan kuasanya sebagai Presiden dengan mengambil tindakan terhadap ‘lima enam kerat’ pemimpin lain dalam PAS yang lebih menghormati pemimpin pembangkan lain bukannya Hadi.

Contohnya Datuk Seri Nizar Jamaluddin, Datuk Mahfuz Omar, Dr Hatta Ramli, Khalid Samad, Dr Zulkifli Ahmad dan Dr Lo Lo dan Datuk Husam Musa.

Mereka ini adalah yang dikaitkan oleh sesetengah pemimpin PAS sebagai kumpulan Erdogan yang pro Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Kenyataan mereka sebelum ini termasuk di sidang Parlimen lebih berat menyokong Ketua Pembangkang itu.

Mereka ini juga dikatakan tidak ‘sebulu dengan ‘dua tiga kerat’ dan Hadi.

Jika Nik Aziz mahu menyingkirkan dua tiga kerat kerana mereka dilihat tidak begitu menyokong hasrat pakatan rakyat, Hadi juga boleh bertindak terhadap ‘lima enam kerat’ yang lebih pentingkan parti lain daripada PAS yang diwakili mereka.

Apa macam? Beranikah Hadi bertindak sedemikian – pastinya ini cabaran hebat buat beliau sebagai presiden parti.

Tidak salah menyiasat Dr Hasan kerana tindakan beliau yang dianggap menyakitkan hati pemimpin PKR dan DAP tetapi Hadi juga perlu adil dengan mengarahkan jawatankuasa disiplin turut menyiasat ‘lima enam kerat’ yang kerap membuat kenyataan lebih mengutamakan pakatan rakyat berbanding PAS sendiri.

Mereka inilah yang mejadi duri dalam daging PAS yang menikam belakang sehingga Nik Aziz tergamak mahu menghukum Nasaruddin, Mustafa dan Dr Hasan yang dipilih secara demokrasi Jun lalu

sumber - agendadaily


Tiada ulasan: