MODERATOR AIDC

AIDC NORA ZEK LADY
FAIZAL OM 300 QASEH
UDIN KMBG GLORY CKIAH
DRASEREMANG PISAU ABU

PANAS! DI AIDC GROUP

Anwar, International Crisis Group & Annapolis Summit : Klik di sini


NOTIS

Sesiapa yang mempunyai salinan pita rakaman mesyuarat MT berkenaan pemecatan Anwar pada tahun 1998, diharap dapat menghubungi saya via ym aidceditor atau email aidceditor@yahoo.com

30 Okt 2009

Pergolakan PKR Beri Kesan Besar

A Kadir Jasin

SAYA mulakan komentari ini dengan menyatakan kesediaan saya menerima kritikan dan kutukan daripada mana-mana pihak jua kerana saya sedar perkara yang hendak saya ulas ini menyentuh sebuah parti Pakatan Rakyat iaitu Parti Keadilan Rakyat.

Saya membaca daripada Malaysiakini, blog-blog dan media massa arus perdana berita mengenai masalah yang sedang dihadapi oleh PKR. Saya telah menulis sedikit mengenai peranan Senator Zaid Ibrahim dalam kemelut itu dalam tampalan 21 Oktober.

Oleh kerana PKR adalah peneraju PR dan mempunyai bilangan Ahli Parlimen paling ramai di kalangan parti-parti PR -- 31 orang berbanding DAP 28n dan Pas 23 -- serta peranannya sebagai orang tengah PR, saya tidak boleh berdiam diri seolah-olah apa yang sedang berlaku tidak penting.

Jika apa yang berlaku terhadap Pas penting kepada politik nasional maka peristiwa yang sedang terjadi dalam PKR lebih penting kepada politik nasional.

Walaupun saya telah beberapa kali membuat analisis yang mempersoalkan kelangsungan (survival) jangka panjang PKR, saya tidak pula menjangka yang parti itu akan menghadapi ujian seteruk sekarang dalam jangka masa begitu singkat.

Saya telah menyebut mengenai betapa sukarnya membentuk dan mengekalkan sebuah parti pelbagai kaum seperti PKR berpandukan sejarah yang menyaksikan kematian atau perubahan komposisi keahlian parti-parti pelbagai kaum seperti Parti Buruh, Parti Sosialis Rakyat Malaysia, DAP, Gerakan dan Pekemas.

Parti-parti ini sama ada mati, bergabung atau berubah struktur menjadi parti yang didominasi oleh satu kaum seperti yang terjadi kepada DAP dan Gerakan yang kini didominasi oleh kaum Cina.

Saya simpati dengan Presiden PKR, Dr Wan Azizah Wan Ismail dan menganggap kenyataan beliau yang dipetik oleh Malaysiakini sebagai paling rasional dan mencerminkan keadaan sebenar dalam PKR.

Dr Wan Azizah, menurut laporan Malaysiakini, mengaku bahawa partinya sedang berdepan dengan masalah dalaman ekoran peletakan jawatan beberapa pemimpin utamanya.

"Kekecewaan yang diluahkan oleh sebilangan rakan dan ahli parti ada asasnya...," katanya pada 29 Oktober.

Beberapa hari lalu, dua pembesar parti itu -- Naib Presiden Jeffrey Kitingan dan Timbalan Ketua Wanita Sabah Christina Liew – meletakkan jawatan manakala pada 29 Oktober, Ahli Dewan Undangannya bagi kerusi Pelabuhan Klang, Badrul Hisham Abdullah, keluar parti.

Dr Wan Azizah dipetik sebagai berkata dia menyedari bahawa tidak semua ahli berpuas hati dengan keputusan yang dibuat oleh kepimpinan dan menyedari betapa sukarnya membuat keputusan dengan meneliti setiap pandangan yang disampaikan, termasuk daripada cabang-cabang yang menjadi tulang belakang parti, di samping memastikan parti mencapai matlamatnya.

Tetapi Badrul Hisham dilaporkan berkata antara sebab dia keluar PKR adalah tuduhan liwat yang membabitkan ketua umum parti itu, Anwar Ibrahim. Bercakap dalam satu sidang akhbar, Badrul Hisham berkata dia menjadi lebih syak terhadap Anwar yang dipercayainya sengaja melengah-lengahkan perbicaraan dan enggan menjelaskan hal itu kepada ahli parti.

Saya dari awal lagi mensyaki yang komponen Melayu adalah yang terdahulu akan bergolak. Ini terbukti benar bermula dengan penarikan diri dua Adun PKR Perak daripada parti itu awal tahun ini yang menyebabkan tumbangnya Kerajaan PR Perak.

Saya tidak berani membuat ramalan mengapa ia terjadi tetapi adalah pengetahuan umum yang ramai ahli Melayu PKR berasa suara dan peranan mereka semakin tidak diutamakan.

Ini tidak memeranjatkan kerana suara yang lantang dalam PKR khasnya dan PR amnya adalah suara komponen India dan Cina yang petah dan rajin bercakap serta pandai memperalatkan media massa.

Satu perkara lagi ialah kepelbagaian latar belakang ahli dan pembesar PKR dari segi kaum, agama, ideologi dan sebab musabab mereka menyertai parti itu. Ramai daripada mereka adalah pelarian daripada parti-parti Barisan Nasional atau parti-parti PR yang lain.

Sebarang masalah yang melanda PKR akan memberi kesan langsung kepada PR kerana tidak dinafikan yang PKR masih memainkan peranan sebagai pemangkin dan pendamai.

Nampaknya politik tanah air kita hampir-hampir serupa dengan hubungan antara kuman dengan manusia. Apabila badan lemah mudahlah kuman menjangkiti. Atas premis itu, nampaknya hampir semua parti utama BN dan PR sedang mengalami jangkitan wabak yang teruk.

Ini pastinya tidak baik bagi negara dan negeri yang mereka perintah memandangkan suasana ekonomi sekarang memerlukan kepemimpinan nasional dan negeri yang mantap dan fokus.

sumber - kadirjasin.blogspot.com


Tiada ulasan: