MODERATOR AIDC

AIDC NORA ZEK LADY
FAIZAL OM 300 QASEH
UDIN KMBG GLORY CKIAH
DRASEREMANG PISAU ABU

PANAS! DI AIDC GROUP

Anwar, International Crisis Group & Annapolis Summit : Klik di sini


NOTIS

Sesiapa yang mempunyai salinan pita rakaman mesyuarat MT berkenaan pemecatan Anwar pada tahun 1998, diharap dapat menghubungi saya via ym aidceditor atau email aidceditor@yahoo.com

24 Okt 2009

EGM PAS : bukan kuasa individu

KUALA LUMPUR 23 Okt. - Muktamar Agung Khas (EGM) bagi menggantikan pucuk pimpinan Pas bukan boleh ditentukan oleh sesiapa termasuk Mursyidul Am, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, sebaliknya ia bergantung kepada hasil mesyuarat Majlis Syura parti tersebut.

Timbalan Presiden Pas, Nasharuddin Mat Isa berkata, sebarang perubahan yang melibatkan perkara-perkara dasar parti tidak boleh dibuat secara individu.


"Dasar yang besar perlu kepada keputusan mesyuarat. Presiden tak boleh, timbalan presiden tak boleh dan tiada sesiapa boleh membuat keputusan secara individu.

"Saya berpegang kepada prinsip kita (Pas) ada cara dan kaedah untuk menentukan sebarang perubahan dalam parti," katanya kepada pemberita di lobi Parlimen di sini hari ini.

Nasharuddin yang juga Ahli Parlimen Bachok diminta mengulas cadangan Nik Abdul Aziz dalam blognya yang meminta Pas mengadakan EGM untuk membersihkan parti daripada 'dua tiga kerat' pemimpin bermasalah yang merujuk kepada kumpulan prokerajaan perpaduan.

Nik Abdul Aziz menamakan tiga pemimpin berkenaan iaitu Nasharuddin, Setiausaha Agung, Datuk Mustafa Ali dan Pesuruhjaya Pas Selangor, Datuk Dr. Hassan Ali.

Menteri Besar Kelantan itu ketika mengemukakan cadangan tersebut turut menyifatkannya sebagai persiapan parti itu menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-13.

Mengulas lanjut Nasharuddin menjelaskan, parti itu akan mengadakan mesyuarat Majlis Syura secepat mungkin bagi mendengar sendiri perkara yang dibangkitkan oleh Nik Abdul Aziz.

Bagaimanapun, beliau tidak menjelaskan bila mesyuarat tersebut akan diadakan kerana tarikh mesyuarat akan diputuskan Setiausaha Agung parti.

"Setakat ini kami hanya membaca tulisan dalam blognya dan kita hendak dengar sendiri cadangan dan maksud dari mulut beliau sendiri. Maka, sebab itu kita perlu mesyuarat Majlis Syura," katanya sambil memberitahu belum membaca sepenuhnya cadangan Nik Abdul Aziz itu.

Menjawab soalan sama ada pucuk pimpinan selesa dan menerima kenyataan terbuka Mursyidul Am Pas itu, Nasharuddin berkata: ''Tiada siapa pun 'katok' (belasah) Tok Guru".

Sementara itu Naib Presiden Pas, Salahuddin Ayub memberitahu, beliau akan menemui Menteri Besar Kelantan itu esok atas kapasitinya sebagai Naib Presiden.

sumber - utusan


Selangor tolak cadangan Muktamar Agung Khas Pas


SHAH ALAM 23 Okt. - Pas Selangor menolak cadangan Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat supaya Muktamar Agung Khas (EGM) diadakan bagi membincangkan kedudukan beberapa pemimpin tertinggi parti itu termasuk Pesuruhjaya Pas negeri, Datuk Dr. Hassan Mohamed Ali.

Ketua Penerangannya, Roslan Shahir Mohd. Shahir berkata, cadangan sedemikian tidak perlu kerana tidak wujud pergolakan kepimpinan parti itu sama ada di peringkat pusat mahu pun di negeri itu ketika ini.

"Pada pandangan saya, tidak perlu ada EGM kerana dalam Pas pusat termasuk di Selangor, tidak nampak sebarang pergolakan atau masalah di peringkat kepimpinan parti.

"Sebaliknya, Pas sama ada di peringkat pusat atau negeri kini pada tahap yang terbaik daripada segi kerjasama dengan Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP," katanya ketika dihubungi ketika diminta mengulas cadangan Nik Abdul Aziz menerusi laman blognya, http:// www.blogtokguru.com/ supaya diadakan muktamar agung khas bagi membolehkan perubahan dilakukan terhadap kepimpinan parti itu di peringkat Pas pusat.

Menurut Nik Abdul Aziz, keperluan muktamar khas atas nama 'tajdid' (pembaharuan) itu harus diadakan ekoran wujud 'beberapa kerat' pemimpin dalam parti itu yang dikatakannya 'bermasalah'.

Malah, Nik Aziz turut membayangkan perubahan terhadap jawatan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang perlu diputuskan dalam mesyuarat berkenaan selain kedudukan Hassan serta Setiausaha Agung Pas, Datuk Mustafa Ali yang dikatakannya tidak habis-habis menyuarakan isu kerjasama Pas-UMNO serta pembentukan kerajaan perpaduan.

sumber - utusan


Tiada ulasan: