MODERATOR AIDC

AIDC NORA ZEK LADY
FAIZAL OM 300 QASEH
UDIN KMBG GLORY CKIAH
DRASEREMANG PISAU ABU

PANAS! DI AIDC GROUP

Anwar, International Crisis Group & Annapolis Summit : Klik di sini


NOTIS

Sesiapa yang mempunyai salinan pita rakaman mesyuarat MT berkenaan pemecatan Anwar pada tahun 1998, diharap dapat menghubungi saya via ym aidceditor atau email aidceditor@yahoo.com

24 Okt 2009

Nik Aziz buat gamat lagi…

Oleh: ROSLAN BIAN

Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat nampaknya macam mahu jadikan PAS, parti milik peribadinya bukan lagi Parti Islam SeMalaysia.

Semua urusan parti seolah-olah kena ikut telunjuk dan cakapnya macam beliau sahaja yang betul.

Sebelum ini ada blog melabelkan beliau sudah nyanyuk dengan macam-macam ‘fatwa’ sendiri termasuk pasal Islam orang PAS dan Islam orang UMNO serta syurga dan neraka.

Menteri Besar Kelantan itu juga bagaikan tak senang duduk kalau tidak cetuskan kontroversi.

Macam dah ketagih, Nik Aziz mungkin hendak orang ramai ingat dan tahu bahawa beliau masih hidup sebab itu kena cipta kenyataan yang pelik-pelik supaya beliau jadi tumpuan.

Terbaru, angin tidak,ribut tidak beliau tiba-tiba mencadangkan parti itu mengadakan muktamar agung khas bagi membincangkan isu "dua tiga kerat pemimpin bermasalah".

Desakan itu dikatakan ekoran kemarahannya terhadap beberapa pemimpin parti, antaranya Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali dan Pesuruhjaya PAS Selangor Datuk Dr Hassan Ali berhubung isu kerajaan perpaduan.

Beliau juga dipercayai kurang selesa dengan Presiden PAS Datuk Seri Haji Hadi Awang dan timbalannya Nashrudin Mat Isa.

"Bila mesyuarat agung (Jun lalu) tidak mahu tukar presiden (Abdul Hadi), misalnya maka tidak mengapalah. Kita pakat-pakat belalah.

"Begitu juga dengan isu-isu di sekitar Hassan atau Mustafa yang tak habis-habis dengan nak bekerjasama PAS dengan UMNO ke arah kerajaan perpaduan atau UG (unity government).

"Tenggelam-tenggelam, timbul, kemudian dihidupkan. Kemudian dimatikan pula bila nampak orang marah. Apa ini?" tulis Nik Aziz dalam blog tokguru.com.

Cadangan itu nyata memeranjatkan beberapa pemimpin PAS malah Naib Presiden, Datuk Mahfuz Omar beri alasan ‘nak cepat balik sebab sakit perut’ apabila Agendadaily cuba mendapatkan komennya di lobi Parlimen, Jumaat mengenai kenyataan Nik Aziz itu.

Seorang lagi Naib Presiden, Salahuddin Ayob beri jawapan standard, “ Saya kena jumpa dan tanya Tok Guru dulu. Saya tak dapat gambaran sebenar pasal itu,”.

Bagaimanapun, Timbalan Presiden PAS, Nasaruddin Mat Isa menyifatkan itu hanya pandangan perbadi Nik Aziz.

“Itu bukan cara berorganisasi. Kita ada mesyuarat dari masa ke semasa dan patut dibincangkan dalam mesyuarat,” katanya yang sebelum ini pernah berkrisis dengan Nik Aziz berhubung isu kerajaan perpaduan dan kerjasama PAS – UMNO.

Selain itu, Nasaruddin enggan komen panjang kerana beliau sendiri tidak mendengar cadangan tersebut keluar dari mulut Nik Aziz kecuali laporan media yang memetik blog Tok Guru itu.

Tulisan itu juga mengulas analisis ahli akademik Universiti Islam Malaysia (UIA) Dr Aziz Bari yang mengaitkan kemerosotan undi PAS di Bagan Pinang baru-baru ini dengan kekecohan di Selangor seperti disiarkan sebuah akhbar tabloid..

Antaranya kontroversi melibatkan Hassan berhubung isu jualan alkohol dan isu siasatan awal jawatankuasa khas DUN negeri atau SELCAT..

Malah, profesor undang-undang terkenal itu juga mengkritik Abdul Hadi yang tidak membuat sebarang kenyataan terhadap isu melibatkan Hassan itu.

Bagaimanapun, disebalik yang tersurat ini, ada pemimpin PAS melihat ada yang tersirat disebalik kenyataan secara tiba-tiba dan pelik bunyinya seperti cadangan Nik Aziz itu.

Ia diibaratkan sebagai pelebaran sayap ‘dendam’ Nik Aziz dengan kekalahan kumpulan Erdogan dalam PAS dalam pemilihan parti itu Jun lalu.

Datuk Husam Musa, antara yang tewas kepada Nasaruddin dikaitkan dengan kumpulan itu yang pro kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Semua pemimpin PAS tahu, Husam adalah bintang kesayangan Nik Aziz dan Menteri Besar Kelantan itu tidak dapat menerima kekalahan Exco kerajaan negeri itu.

Pemimpin PAS memberitahu Agendadaily, kalau perlu perhimpunan atau muktamar khas kerana kalah di Bagan Pinang, sepatutnya dibuat awal lagi selepas pilihanraya kecil Manek Urai.

Walaupun menang, PAS hanya dapat lebih 65 undi. Bukan sahaja imej parti itu merosot tetapi maruah Nik Aziz turut tercemar gara-gara perselisihannya dengan Nasaruddin hingga ahli parlimen Bachok itu terpaksa diturunkan pada saat akhir kempen pilihanraya itu.

Namun lebih menarik, cadangan kontorverisi Nik Aziz itu kemungkinan untuk mengalih isu yang sedang panas dalam PAS dan di Kelantan kononnya Husam dikatakan menyerang sesaorang di majlis jamuan raya parti itu di Taman Melewar, baru-baru ini.

Khabarnya, yang kena tumbuk atau ditolak dengan tiba-tiba oleh Exco Kelantan itu seorang pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang dikatakan ada ‘sejarah lama’ dengan pemimpin PAS tersebut.

Setakat ini belum ada penafian oleh Exco tersebut malah media belum dapat bertemunya untuk bertanya kebenaran cerita tersebut.

Perlu juga diketahii tentunya Setpol Menteri Besar Kelantan itu, Anuar Bakri yang menulis di blog Tok Guru.com dan beliau adalah terlalu rapat dengan Husam.

Barangkali kerana UMNO dan MCA sudah adakan mesyuarat agung khas (EGM), PAS juga cuba cara sama untuk selesai krisis dua kumpulan dalam PAS ketika ini.

Ini diakui sendiri Nik Aziz

“Kalau UMNO boleh buat sesuatu dengan mengadakan mesyuarat agung khas dan MCA pun boleh mengadakan EGM-nya sehingga sempat menggugurkan presiden dan timbalan presidennya.

"Maka pelik apa, kita panggil mesyuarat parti yang tergempar misalnya, mungkin dipanggil muktamar khaslah. Kalau nak kirakan, kitalah yang sepatut buat dulu." tulisnya di blog itu lagi.

Mungkin Nik Aziz lupa lagi bahawa yang memilih Hadi, Nasaruddin mahupun Dr Hasan serta pemimpin lain adalah perwakilan dalam muktamar agung lalu.

Jika beliau berani buat sahajalah tetapi kenalah adil dengan semua jawatan ditanding semula.

Persoalannya, sanggupkah Nik Aziz terima kenyataan nanti bila keputusan pemilihan terbaru itu menyaksikan semua pemimpin PAS yang pro Anwar tersingkir?

Jelaslah, pemimpin PAS seperti Nik Aziz kini sudah melupakan landasan sebenar perjuangan parti itu sebaliknya hanya mengejar kuasa dan kedudukan sahaja.

Sebab itu juga NIk Aziz mahu Muktamar Agung Khas ini kerana mendakwa jika Hadi terus jadi kapten bersama pemimpin lain yang dikritiknya kekal dalam PAS, peluang pakatan pembangkang menang pada Pilihan Raya Umum ke 13, berkurangan.

Dalam erti kata lain, Husam mesti jadi kapten baru PAS tetapi jika kes ‘bergocoh’ di majlis jamuan raya terus jadi sebutan, bolehkan Nik Aziz melihat bintangnya itu menguasai langit, maka EGM inilah penyelamatnya

sumber - agendadaily


Tiada ulasan: