Oleh Tomyampoktek, AIDCclub
Dr. Ridzuan Tee dalam tulisan terbaru seperti yang dipetik dari laman blognya meluahkan rasa simpati kepada Dr. Hasan Ali kerana dikritik dan didesak meletak jawatan excoo kerajaan negeri pelbagai pihak temasuk pemimpin didalam parti sendiri (Khalid Samad) gara-gara meluahkan padangan berkaitan isu Selcat.
Sambil menyalahkan DAP sebagai punca segala ketegangan yang berlaku, katanya ;
“Ternyata parti ultra kiasu ini begitu tertutup kepada pandangan dan kritikan yang mana bercanggah dengan cara urus tadbir khalifah Umar. Dahulu merekalah yang begitu lantang mengkritik. Orang lain semua salah. Sekarang, bila kena batang hidung sendiri, sendiri yang betul, orang lain salah. Jelas sekali, parti ultra kiasu ini tetap tidak mahu mengalah atau mengaku salah, malah mereka masih lagi boleh bersorak gembira kerana ada orang Melayu yang bersekongkol dan mempertahankan mereka”.
Tulisan terbaru ini dikeluarkan sebagai reaksi isu kekecohan dalaman Pakaran Rakyat di Selangor. Sebelum ini ekoran tulisannya yang banyak mengkritik DAP dalam beberapa tindakannya yang seolah membela orang islam dan Melayu di Malaysia telah menyebabkan pendakwah islam ini telah dicerca dengan pelbagai kenyataan oleh pihak yang tidak berpuas hati dengan pandangannya hingga beliau digelar anak haram dan lupa asal usulnya seorang Cina.
Dr. Ridzuan kali ini terus menempelak DAP kerana hanya ingin memperalatkan gaya kepimpinan khalifah Umar Abdul Aziz untuk membalas dendam ke atas pihak lawan yang tidak disenanginya oleh mereka. Sedangkan ciri-ciri pemerintahan Pimpinan islam itu jauh jika dibandingkan dengan pemimpin DAP. Dengan kata lain ia bermaksud DAP hanya mahu mencairkan perasaan hati orang Melayu mendapatkan kuasa sahaja.
Selain itu, tindakan pemimpin umat islam dari parti politik berbeza yang lebih teruja mengejar pangkat dan kemewahan sehinga mengenepikan hubungan persaudaraan sesama Islam turut mengundang kritikan Dr. Ridzuan Tee;
“Rasulullah SAW telah menyebut betapa eratnya hubungan sesama mukmin. Saling cinta mencintai dan berkasih sayang laksana salah satu anggota badan sakit maka seluruh anggotanya yang lain akan terasa kesakitan itu. Adakah perasaan seperti ini masih wujud di kalangan umat Islam? Jika tidak, bayangkan bagaimana kita boleh mempercayai pihak musang berbulu ayam ini?” Luah beliau ekoran permusuhan sesama parti politik islam dan tindakan beberapa pihak yang lebih mempercayai DAP berbanding sesama orang islam.
Pada pandangan Ridzuan Tea, pertembungan dan pertarungan sesama orang Islam di Malaysia hanya akan melemahkan kedudukkan umat islam sebagai kaum majoriti di Malaysia, dan membawa situasi yang tidak menguntungkan orang Islam.
Beliau juga khuatir tindakan golongan yang mempermainkan ajaran Islam dan membelakangkan ajaran islam yang diperjuangkan kerana perasaan ingin membalas dendam akan menyebabkan fitnah berlaku dan seterusnya membawa dosa, bukan sahaja kepada diri mereka tetapi juga memalukan Islam dan umat Islam.
sumber - tomyampoktek
Tiada ulasan:
Catat Ulasan