MODERATOR AIDC

AIDC NORA ZEK LADY
FAIZAL OM 300 QASEH
UDIN KMBG GLORY CKIAH
DRASEREMANG PISAU ABU

PANAS! DI AIDC GROUP

Anwar, International Crisis Group & Annapolis Summit : Klik di sini


NOTIS

Sesiapa yang mempunyai salinan pita rakaman mesyuarat MT berkenaan pemecatan Anwar pada tahun 1998, diharap dapat menghubungi saya via ym aidceditor atau email aidceditor@yahoo.com

5 Okt 2009

Cara kepimpinan TS Khalid terus dipertikai

KUALA SELANGOR - Parti Keadilan Rakyat (PKR) Cabang Kuala Selangor terus bergolak berikutan krisis kepimpinan cabang berkenaan apabila berlaku ‘pertikaman lidah’ pada Mesyuarat Ahli Jawatankuasa Cabang Kuala Selangor, di sini, kelmarin.

Untuk rekod, PKR Cabang Kuala Selangor yang diketuai Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim selaku Pengerusi Cabang merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ijok dan Menteri Besar, juga adalah Ketua Perhubungan Majlis Pimpinan PKR negeri.

Mesyuarat yang bermula jam 9 malam di Pejabat Kerja Menteri Besar Selangor di Ijok menjadi medan pertikaman lidah antara beberapa ahli jawatankuasa dengan Abdul Khalid selaku Pengerusi Cabang Kuala Selangor sehingga mesyuarat terpaksa ditangguhkan kira-kira sejam selepas dimulakan untuk mengelakkan berlakunya pertelingkahan lebih kritikal.

Beberapa sumber yang boleh dipercayai memberitahu bahawa sebahagian besar ahli jawatankuasa mempersoalkan pelantikan Abdul Rahman Talib sebagai Setiausaha PKR yang baru menggantikan Zefri Miskon.

Sumber itu juga menambah bahawa Rahman Talib adalah Setiausaha yang kelima sejak Abdul Khalid menjadi Pengerusi PKR Cabang Kuala Selangor. Pelantikannya dipersoalkan kerana status keahliannya dikatakan masih belum jelas dan menjejaskan perjalanan parti akibat pertukaran yang sering berlaku.

Sinar Harian juga difahamkan bahawa mesyuarat kelmarin membidas kegagalan Abdul Khalid memanggil mesyuarat sejak November 2008 dan mesyuarat kelmarin adalah yang pertama bagi 2009.

Merujuk kepada perlembagaan PKR, setiap cabang perlu bermesyuarat sekurang-kurangnya sekali dalam tempuh dua bulan, selain itu juga, beberapa ahli jawatankuasa yang dilantik juga dipecat termasuk Ketua Penerangan PKR Cabang Kuala Selangor, Ibrahim Mahidin.

Ketika dihubungi, seorang ahli jawatankuasa yang dipecat mengakui bahawa pemecatannya diberitahu melalui mesyuarat malam tadi.

Ditanya mengapa dia dipecat, “ Itu kuasa Pengerusi (Abdul Khalid) untuk melantik dan memecat siapa yang dia suka,” tegasnya.

Ditanya mengenai kemungkinan berlaku krisis yang lebih besar, dia menambah, “Tidak akan berlaku jika Abdul Khalid menerima konsep musyawarah dan memberhentikan politik pecah–perintah, politik cantas, politik kronisme dan nepotisme. Banyak tindak-tanduk dan keputusan Abdul Khalid bercanggah dengan Perlembagaan dan mengetepikan parti,” katanya.

Ditanya apakah dia akan diambil tindakan kerana mengkritik kepimpinan Abdul Khalid, dia memberi reaksi, “Saya tak ada kepentingan peribadi mahupun jawatan, yang ada kepentingan dan jawatan besar untuk dipertahankan ialah Abdul Khalid. Khalid juga ada sebuah negeri untuk dipertahankan pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) nanti”, katanya, mengakhiri perbualan.

Sebelum ini Sinar Harian dimaklumkan bahawa satu ketetapan menolak kepimpinan Abdul Khalid oleh Ahli Jawatankuasa Cabang Kuala Selangor diambil melalui satu mesyuarat khas ahli jawatankuasa pada September lalu.

sumber - sinar


Tiada ulasan: