MODERATOR AIDC

AIDC NORA ZEK LADY
FAIZAL OM 300 QASEH
UDIN KMBG GLORY CKIAH
DRASEREMANG PISAU ABU

PANAS! DI AIDC GROUP

Anwar, International Crisis Group & Annapolis Summit : Klik di sini


NOTIS

Sesiapa yang mempunyai salinan pita rakaman mesyuarat MT berkenaan pemecatan Anwar pada tahun 1998, diharap dapat menghubungi saya via ym aidceditor atau email aidceditor@yahoo.com

21 Okt 2009

PKR Sabah Bergolak Berikutan Pelantikan Azmin

KOTA KINABALU, 20 Okt (Bernama) -- Jika percanggahan yang wujud dalam kenyataan naib presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Dr Jeffrey Kitingan dan anggota majlis tertinggi parti itu Ansari Abdullah hujung minggu lepas boleh dijadikan ukuran, maka kemungkinan bahawa PKR Sabah sedang menuju kepada kancah krisis kepimpinan, tidak boleh diketepikan.

Walaupun perbezaan pendapat adalah sesuatu yang lumrah dalam politik, namun perkembangan terkini menguatkan lagi kemungkinan itu, terutama berikutan pelantikan naib presiden parti berkenaan Azmin Ali sebagai ketua perhubungan PKR Sabah.

Kebanyakan ketua bahagian dipercayai lebih ingin melihat PKR Sabah diterajui orang Sabah sendiri, walaupun para pemimpin mereka di peringkat negeri gagal mencapai kata sepakat tentang perkara itu.

Bagaimanapun, hari ini, Jeffrey menafikan bahawa PKR bakal dilanda krisis kepimpinan di Sabah berikutan pelantikan Azmin sebagai ketua perhubungan negeri.

Jeffrey memberitahu Bernama bahawa beliau yakin seorang pemimpin tempatan akan dilantik menyandang jawatan itu sebelum akhir tahun ini.

Sambil menolak andaian bahawa PKR Sabah sedang dilanda krisis, beliau berkata perbezaan pendapat adalah perkara biasa dalam mana-mana parti politik.

"PKR Sabah semakin kuat dan kami semua bersatu padu...tak ada sebarang krisis. Memanglah, beberapa ketua bahagian menyatakan mereka mahu anak Sabah menerajui PKR Sabah.

"Proses demokrasi bagi melantik seorang pemimpin parti peringkat negeri tidak patut diganggu. Kami kena dengar suara hati golongan majoriti," katanya.

Jeffrey dan Ansari, yang juga Ketua PKR Tuaran, mengeluarkan kenyataan bercanggah berkaitan pelantikan Azmin dan keadaan bertambah keruh apabila sekumpulan ketua bahagian menyuarakan ketidakyakinan mereka terhadap Azmin dalam mengetuai PKR Sabah.

Bercakap kepada pemberita selepas menyambut ketibaan Datuk Zaid Ibrahim bagi menghadiri majlis sambutan Aidilfitri anjuran PKR di sini Sabtu lepas, Jeffrey berkata satu memorandum berkaitan isu itu telah dikemukakan "tidak lama dulu" kepada presiden parti Datin Seri Dr Wan Azizah Ismail.

Memorandum berkenaan ditandatangani sekurang-kurangnya 18 daripada 23 pemimpin bahagian PKR yang aktif di Sabah.

Ansari pula berkata beliau tidak tahu menahu tentang memorandum itu, tetapi menyatakan bahawa 15 ketua bahagian parti itu tidak mahu dikaitkan dengan memorandum berkenaan.

Penganalisis politik tempatan Clarence Sinsua berkata sekiranya masalah itu berlarutan, ia akan melemahkan PKR Sabah dan menjejaskan prestasi parti itu pada pilihan raya umum akan datang.

"Ini masalah biasa dalam politik. Mereka patut kembali kepada asasnya atau kepada sains politik.

"Serahkan saja kepada anggota bagi memilih perwakilan mereka dan biarlah anggota perwakilan menentukan pemimpin yang mereka mahu," katanya.

Beliau bagaimanapun berkata memandangkan kenyataan yang dibuat oleh Jeffrey dan Ansari mempunyai percanggahan, maka tidak mudah untuk mencari penyelesaiannya dan dua pemimpin berkenaan perlu berbincang demi kepentingan parti.

sumber - bernama

Krisis PKR Sabah Bukan Baru : Musa

KOTA KINABALU, 20 Okt (Bernama) -- Krisis dalaman Parti Keadilan Rakyat (PKR) di Sabah bukan sesuatu yang baru, kata Ketua Menteri Datuk Seri Musa Aman Selasa.

"Dari dulu lagi PKR tiada haluan. Mereka tidak mampu menjadi pemimpin dan tidak layak untuk mewakili rakyat," katanya kepada pemberita ketika diminta mengulas laporan mengenai tindakan 18 daripada 23 ketua bahagian PKR Sabah membantah pelantikan Naib Presiden Azmin Ali sebagai Pengerusi Perhubungan PKR Negeri.

Pada 17 Okt lepas, seorang lagi Naib Presiden PKR Datuk Dr Jeffrey Kitingan dilaporkan berkata perpecahan dan kemelut dalaman PKR semakin kritikal berhubung bantahan terhadap pelantikan Azmin.

Musa berkata permasalahan yang dihadapi PKR bukan sesuatu yang di luar jangkaan.

"Rakyat tahu menjadi hakim," katanya.

sumber - bernama


Tiada ulasan: