MODERATOR AIDC

AIDC NORA ZEK LADY
FAIZAL OM 300 QASEH
UDIN KMBG GLORY CKIAH
DRASEREMANG PISAU ABU

PANAS! DI AIDC GROUP

Anwar, International Crisis Group & Annapolis Summit : Klik di sini


NOTIS

Sesiapa yang mempunyai salinan pita rakaman mesyuarat MT berkenaan pemecatan Anwar pada tahun 1998, diharap dapat menghubungi saya via ym aidceditor atau email aidceditor@yahoo.com

12 Sep 2009

Anwar Ibrahim : Ada apa dengan jawatan Diplomat Jemputan CFR, New York ?



Oleh AIDC

Ada apa dengan jawatan Diplomat Jemputan CFR (Council on Foreign Relations), New York sehinggakan Anwar Ibrahim memasukkan jawatannya itu dalam notis saman terhadap Dr Chandra Muzafar yang disiarkan di blognya pada 7 Mac 2008. Klik di sini

Pernyataan Tuntutan di Mahkamah Tinggi, Kuala Lumpur (bahagian sivil) antara DATO’ SERI ANWAR BIN IBRAHIM (PLAINTIF) dan CHANDRA MUZAFFAR @ CHANDRASEGARAN PILLAI (DEFENDAN) menyebut :

1. Plaintif pada masa yang material merupakan penasihat kepada Parti Keadilan Rakyat Malaysia. Plaintif juga merupakan antara lain, ‘Visiting Diplomat’ di Council of Foreign Relations (CFR), New York.

Rakyat Malaysia boleh faham jika dalam notis saman itu Anwar menyebut beliau adalah Penasihat kepada PKR, iaitu satu parti politik pembangkang yang dipimpin oleh isteri plaintif sendiri, Wan Azizah Wan Ismail, tetapi rakyat Malaysia tidak faham, apakah relevannya dimasukkan jawatan ‘Visiting Diplomat’ di Council of Foreign Relations (CFR), New York' di dalam pernyataan itu. Klik di sini

Apa itu CFR ?

CFR singkatan daripada Council on Foreign Relations , beribu pejabat di Washington. Ditubuhkan pada tahun 1921, di Amerika Syarikat sebagai pertubuhan NGO orang-orang Yahudi terbesar yang berselindung di sebalik matlamat kebajikan masyarakat.

Idea asal penubuhan CFR adalah daripada konspirasi dua hartawan Yahudi terkaya di Amerika iaitu keluarga Rothchild dan keluarga Rockefeller. Kedua keluarga ini mempunyai pertalian persaudaraan yang terlibat sama dalam syarikat perniagaan minyak, Standard Oil Company. *Klik di sini

Jacob Schiff dari keluarga Rothchild telah meminta keluarga Rockeffeler membantu kewangan untuk membentuk satu badan lobi yang boleh mempengaruhi pentadbiran Amerika Syarikat.

Dua orang proksi Yahudi bernama Bernard Baruch dan Kolonel Edward Mandell House telah mengetuai mesyuarat di Hotel Majestic, Paris, Perancis pada 30 Mei 1919 untuk membincangkan hala tuju pembentukan badan lobi itu. Mesyuarat dan penajaan badan itu ditaja sepenuhnya oleh David Rockefeller, yang kemudiannya dikenali sebagai CFR.

Pembentukan CFR pada tahun 1921, telah menarik minat ahli-ahli politik Amerika Syarikat (khususnya yang berketurunan Yahudi) kerana mereka mahukan naungan daripada daripada kedua-dua keluarga Yahudi yang terkaya di Amerika itu.

Anwar Ibrahim dan Emma Rothschild (dari kiri nombor 2 dan 3) dalam program Interfaith di di Florence, Itali, pada 2007. Emma Rothchild adalah berketurunan Yahudi Rothchild, dilahirkan di London, England. Dia adalah anak perempuan kepada Nathaniel Mayer Victor Rothschild,[ Baron Rothschild generasi yang ketiga (1910-1990)] hasil perkahwinannya dengan isteri kedua, Teresa Georgina nee Mayor (1915-1996). Emma merupakan kakak tiri kepada Jacob Rothschild, Baron Rothschild generasi yang keempat.


Jacob Schiff, warisan keluarga Rothchild memiliki Bank Kuhn, Loeb & Co. Dia juga membiayai bisnis rel kereta api, Edward Harriman, dan Andrew Carnegie dalam bisnes baja.

Sekarang keluarga Andrew Carnegie merupakan keluarga Yahudi kedua terkaya di Amerika selepas John D. Rockefeller yang memiliki yayasan sendiri iaitu the Carnegie Corporation of New York dan Carnegie Endowment for International Peace.

Manakala keluarga Rockeffeler juga merupakan keluarga Yahudi terkaya dan berpengaruh di Amerika. Antaranya memiliki institusi kewangan kukuh iaitu Chase National Bank (1946) atau dikenali juga sebagai Rockeffeler Bank. Kemudian pada tahun 1955, dikenali pula sebagai Chase Manhattan Bank dan kini dikenali sebagai JP Morgan Chase Bank.

Keluarga Rockefeller merupakan keluarga besar. Allen Welsh Dulles yang mempunyai pertalian keluarga dengan Rockefeller dilantik menjadi Pengarah CFR pada tahun 1927. Kemudian dilantik menjadi Pengarah CIA (Central Intelligence Agency) pada tahun 1953-1961 untuk membantu abangnya, John Foster Dulles yang ketika itu Setiausaha Negara Amerika Syarikat. Allan Dulles telah menggunakan bilik bernombor 3603 di Rockefeller Center sebagai pusat operasi Perang Dunia Kedua ("WWII operational center").

John D. Rockefeller juga memiliki syarikat penerbitan nasional seperti Life dan Time. Dia juga membiayai Samuel Newhouse dan Eugene Meyer untuk membeli jaringan surat khabar dan majalah berpengaruh di Amerika, seperti Washington Post, Newsweek, dan The Weekly Magazine.

Bermakna, secara umumnya CFR berkaitan dengan projek lobi keluarga Yahudi di Amerika untuk mempengaruhi dasar-dasar luar Amerika dan badan ini berpengaruh kerana dinaungi oleh dua keluarga Yahudi terbesar Amerika, Rothchild dan Rockefeller yang memiliki institusi kewangan, media serta berpengaruh dalam CIA.

Anwar Ibrahim dan Robert E Rubin. E Rubin seorang Yahudi merupakan Pengerusi CFR dan bekas Pengarah Citigroups yang menguasai rangkaian perbankan Citibank


Siapa ahli-ahli CFR dan pengaruhnya ?

Ahli-ahli CFR terdiri daripada tokoh-tokoh berpengaruh dari kedua-dua parti terbesar Amerika iaitu Parti Demokratik dan Republikan.

Sekarang CFR mempunyai 5,000 ahli berdaftar yang terdiri daripada ahli politik dari Presiden Amerika, Setiausaha Negara, Setiausaha Pertahanan, CIA, aktivis media, banker dan tokoh-tokoh yang berada di dalam posisi strategik kerajaan Amerika terutamanya yang membuat keputusan berkenaan dengan dasar luar Amerika Syarikat.

Barack Obama (Presiden Amerika) dan Hillary Clinton (Setiausaha Negara) adalah ahli CFR. Kilik di sini. Semasa Pentadbirannya beliau telah melantik, Richard Haass (Presiden CFR), Richard Holbrooke(ahli CFR) dan Dennis Ross (ahli CFR) sebagai Penasihat Polisi Luar kerajaan Amerika. Klik di sini

Semasa pentadbiran Presiden Bush; Dick Cheney (Naib Presiden), Colin Powell (Setiausaha Negara), Condoleeza Rice (Setiausaha Negara), Richard Perle (Pengerusi Ahli lembaga Pertahanan Pentagon), Paul Wolfowitz (Timbalan Setiusaha Pertahanan Amerika) adalah ahli CFR.

Manakala semasa pentadbiran Presiden Clinton, selain Bill Clinton yang turut menjadi ahli CFR adalah Al Gore (Naib Presiden), Madeleine K. Albright (Setiausaha Negara), Samuel R. Berger (Timbalan Penasihat Keselamatan Negara), R. James Woolsey (Pengarah CIA Director) dan William J. Crowe, Jr. (Pengerusi Lembaga Penasihat Perisikan Luar Negara)

Di kalangan pengamal-pengamal media yang menjadi ahli CFR; William Paley (CBS), Dan Rather (CBS), Harry Reasoner (CBS), Roone Arledge (ABC), Bill Moyers (NBC), Tom Brokaw (NBC), John Chancellor (NBC), Marvin Kalb (CBS), Irving Levine (PBS), David Brinkley (ABC), John Scali (ABC), Barbara Walters (ABC), William Buckley (PBS), George Stephanopoulos (ABC), Daniel Schorr (CBS), Robert McNeil (PBS), Jim Lehrer (PBS), Diane Sawyer (ABC), dan Hodding Carter III (ABC).

CFR juga turut mengawal penerbitan akhbar; New York Times, Washington Post, Wall Street Journal, Boston Globe, Baltimore Sun, Chicago Sun-Times, L.A. Times Syndicate, Houston Post, Minneapolis Star-Tribune, Arkansas Gazette, Des Moines Register & Tribune, Louisville Courier, Associated Press,United Press International,
Reuters News Service dan Gannett Co.

Pada tahun 1896, Alfred Ochs telah membeli the New York Times, dengan kewangan dari J. P. Morgan (CFR), August Belmont (agen Rothschild), dan Jacob Schiff (Kuhn, Loeb). Kemudiannya media itu dikawal oleh Arthur Ochs Sulzberger, juga ahli CFR.

Eugene Meyer, ahli CFR telah membeli the Washington Post pada tahun 1933. Hari ini media itu dikawal oleh anaknya, Katherine Graham, juga ahli CFR.

Keluarga Rockefeller juga memiliki majalah Time yang dibangunkan oleh salah seorang ahli keluarganya, Henry Luce, juga ahli CFR yang turut memiliki majalah Fortune, Life, Money, People, Entertainment Weekly, Sports Illustrated dan Hedley Donovan.

Selain itu CFR turut berpengaruh dalam majalah; Newsweek, Business Week, U.S. News & World Report,Saturday Review, National Review, Reader's Digest, Atlantic Monthly, McCall's, Forbes, Look dan Harper's Magazine.

Anwar Ibrahim dalam muka depan majalah Newsweek, salah satu media rangkaian Yahudi CFR


Dalam bidang penerbitan pula, CFR mengawal penerbit; Macmillan, Random House, Simon & Schuster, McGraw-Hill, Harper Brothers, Harper & Row, Yale University Press, Little Brown & Co., Viking Press dan Cowles Publishing.

CFR juga turut menaja badan-badan penyelidikan/pemikir; Brookings Institute, RAND Corporation, American Assembly, Foreign Policy Association, World Affairs Council, Business Advisory Council, Committee for Economic Development, National Foreign Trade Council, National Bureau of Economic Research, National Association of Manufacturers, National Industrial Conference Board, Americans for Democratic Action, Hudson Institute, Carnegie Endowment for International Peace, Institute for Defense Analysis, World Peace Foundation, United Nations Association, National Planning Association, Center for Inter-American Relations, Free Europe Committee, Atlantic Council of the U.S., Council for Latin America, National Committee on U.S.-China Relations, African-American Institute dan The Middle East Institute.

Institusi kewangan dan syarikat-syarikat perniagaan merupakan badan utama kawalan CFR; Morgan, Stanley, Kuhn, Loeb,Lehman Brothers, Bank of America, Chase Manhattan Bank, J. P. Morgan and Co.,First National City Bank, Brown Brothers, Harriman and Co., Bank of New York, CitiBank/Citicorp, Chemical Bank, Bankers Trust of New York, Manufacturers Hanover, Morgan Guaranty, New York Life, Metropolitan Life, Exxon, Mobil, IBM, Xerox Corporation, AT & T, General Electric, ITT Corporation, BMW of North America, Mitsubishi, Toyota Motor Corporation, General Motors, Ford Motor Company, Johnson & Johnson, American Express, PepsiCo, Coca Cola, Hilton Hotels, American Airlines dan lain-lain lagi.


Apa matlamat CFR ?

Terdapat dua matlamat besar mengapa CFR diwujudkan. Pertama, menjaga ketuanan Yahudi dan kedua membentuk New World Order(NWO).

Sebelum tahun 1948, matlamat CFR adalah untuk mewujudkan sebuah negara Yahudi yang berdaulat yang kini dikenali sebagai Israel. Gerakan penubuhan Negara Yahudi dimainkan serentak oleh dua badan Yahudi iaitu, CFR, di Amerika Syarikat dan Persatuan Zionis Sedunia yang dipimpin oleh Dr Theodor Herzl(1860-1904)

Pada tahun 1896, Dr Theodor Herzl telah menemui Sultan Abdul Hamid II di Turki dan merasuahnya dengan 35 juta lira emas untuk memohon negara Israel di Palestin (kerana Palestin adalah jajahan takluk Khalifah Uthamaniyah). Sultan Abdul Hamid II menolak rasuah dan permohonan itu dengan berkata, "Selagi saya masih hidup dan berkuasa, saya akan pastikan Palestin menjadi hak milik umat Islam, kecuali kerajaan saya (khalifah Uthamaniyah) dijatuhkan, maka anda akan dapat Palestin secara percuma"

Herzl tidak berpuas hati dengan jawapan Sultan Abdul Hamid II itu, telah mengadakan kutipan derma untuk memperkasakan 'gerakan zionisme' sebagai satu badan lobi untuk mempengaruhi kuasa besar dunia bagi mencapai cita-cita mereka membentuk Negara Yahudi. Antara pendermanya dari keluarga Rotschild, bangsa Yahudi paling berpengaruh di Eropah.

Sebelum perang dunia kedua, Eropah, khususnya Britain menjadi pusat kuasa dunia. Britain berjaya menakluk hampir kesemua dunia Islam, termasuk Palestin. Oleh itu badan lobi zionisme yang berpusat dari keluarga Rotschild memainkan peranan penting bagi mempengaruhi dasar-dasar kerajaan British untuk membenarkan sebuah negara Yahudi ditubuhkan di palestin.

Chaim Weizzmann,(penganti Dr Theodor Herzl) dari Zionis Sedunia berpindah dan menetap di Britain serta diangkat menjadi Presiden Persatuan Yahudi Britain. Keluarga Rotschild dan Chaim Weizzmann telah berusaha melobi/merasuah dan mempengaruhi kerajaan Britain. Akhirnya mereka berjaya apabila Arthur Balfour (mewakili kerajaan Britain) telah menandatangani perjanjian dengan Chaim Weizzmann pada 1917 memberi penempatan kepada Israel di Palestin yang dikenali sebagai "Deklarasi Balfour".

Tetapi gerakan Zionis Sedunia tidak berpuas hati dengan "Deklarasi Balfour", kerana mereka hanya mendapat status 'penempatan', bukannya sebuah negara berdaulat. Jadi Proses lobi diteruskan untuk mendapatkan sebuah negara Yahudi yang rasmi.

Selepas perang dunia ke 2, kekuasaan dunia bukan lagi berpusat di Eropah, sebaliknya telah berpindah ke Amerika Syarikat. Tokoh-tokoh zionisme berlumba-lumba berhijrah ke Amerika Syarikat untuk melobi pemerintahannya. Di sinilah muncullah keluarga Rockefeller, keluarga Yahudi terkaya yang menguasai industri minyak dan perbankan di Amerika Syarikat. Peranan Rothchild melobi kuasa dunia diambil alih oleh keluarga Rockefeller dengan menubuhkan CFR untuk mempengaruhi dasar-dasar Amerika khususnya dasar luar. Dengan peranan CFR maka tertubuhlah PBB, Bank Dunia dan IMF yang akhirnya memberi kesan kepada kedaulatan negara Israel.

CFR dan Persatuan Yahudi Amerika berjaya mempengaruhi Presiden Amerika Syarikat ketika itu, Harry Truman untuk menubuhkan sebuah negara Yahudi di Palestin. Pada tahun 1947, Harry Truman telah membawa usul itu ke dalam Persidangan PBB.

Pada 16 Mei 1948, PBB mengistiharkan sebuah negara Yahudi ditubuhkan Palestin yang dinamakan Negara Israel. Presiden Pertama Negara Israel adalah Chaim Weizmann.

Itulah kejayaan pertama CFR iaitu menubuhkan negara Israel berdaulat di Palestin. Sekarang CFR masih meneruskan misinya mempengaruhi dasar-dasar pentadbiran Amerika untuk memperkukuhkan kedaulatan Negara Israel, berselindung di sebalik kekuasaan Amerika Syarikat untuk membentuk New World Order (NWO).

NWO atau Order Dunia baru adalah untuk menjadikan Amerika Syarikat sebagai pusat kuasa paling dominan di dunia. CFR dan neocons (badan lobi paling berpengaruh di Amerika) merupakan penentu utama dasar luar Amerika.

Dasar luar Amerika untuk memerangi Iraq, Afhganistan adalah sebagai master plan untuk mencapai cita-cita NWO. Di belakang keputusan rasmi Amerika Syarikat ini adalah dipengaruhi oleh CFR dan Neocons.

Misalnya, Paul Wolfowiz, Timbalan Setiausaha Pertahanan Amerika Syarikat juga menjadi ahli CFR dan Neocons. beliau menggunakan pengaruhnya di White House untuk melobi Presiden Bush agar menyerang Iraq dan membunuh Sadam Hussein yang dilabelnya sebagai teroris. Wikipedia "he (Paul Wolfowitz) was "a major architect of President Bush's Iraq policy and ... its most hawkish advocate". Klik di sini

Khalid Jaafar (IKD), Azmin Ali (Naib Presiden PKR) dan Anwar Ibrahim (Penasihat PKR bertemu Paul Wolfowitz, Timbalan Setiausaha Pertahanan Amerika Syarikat, di Pentangon (pusat CIA) pada 2005.


Dasar Amerika Syarikat ke atas Iran, semasa pentadbiran Obama juga diputuskan oleh CFR. Di Iran, Amerika Syarikat menggunakan kaedah perang psikologi iaitu menyalurkan dana NED (National Endowment for Democracy) kepada musuh-musuh politik Ahmadinejad untuk menjatuhkan Presiden Iran itu. Klik di sini

Anwar Ibrahim dilantik panel NED oleh Carl Gershman (Yahudi), Presiden NED. Carl Gershman juga ahli CFR. Anwar bergambar beramai-ramai bersama keluarga besar NED yang terdiri, IRI dan NDI.

Jadi mana-mana negara yang enggan tunduk kepada Amerika Syarikat sebagai kuasa tunggal dunia, negara itu dianggap sebagai penghalang NWO dan akan diserang melalui dua cara; pertama secara peperangan seperti di Iraq dan Afghanistan atau perang psikologi, dengan bantuan kewangan, bertopengkan demokrasi (NED) seperti di Iran.


Ada apa jawatan CFR, Anwar Ibrahim ?

Menurut inner cicle Anwar yang menulis di blog x-pkr, Anwar dilantik ‘Visiting Diplomat’CFR, new York selepas dibebaskan dari penjara Sungai Buloh (2004) oleh Richard Holbrooke, salah seorang yang paling berpengaruh dalam CFR.

Richard Holbrooke adalah berbangsa Yahudi dan pernah menjawat jawatan Pengarah Lehman Brothers, dan editor of Foreign Policy, sebuah majalah terbitan CFR.Pada Januari 2009, Presiden Obama melantik Holbrooke sebagai penasihat khas Amerika ke Pakistan dan Afghanistan.

Mula berkenalan dengan Anwar bermula dari tahun 70-an lagi, ketika Anwar melancarkan demonstrasi anti koumnisme di Vietnam dan Richard Holbrooke ketika itu ditugaskan Amerika Syarikat berkhidmat di Vietnam.Klik di sini

Ketika Anwar menjawat Menteri Kewangan Malaysia pada tahun 90-an, beliau telah direkrut oleh seorang Yahudi bernama James D. Wolfensohn yang ketika itu menjawat jawatan Presiden Bank Dunia.

Kemudian Wolfensohn melantik Anwar sebagai "Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan di Bank Dunia dan IMF" pada tahun 1998. Wolfensohn mempunyai pertalian keluarga dengan Rockefeller dan pernah bekerja di Chase Bank(milik Rockefeller) dan Pengarah Rockefeller Foundation.

Anwar Ibrahim dan Wolfensohn, di Bank Dunia dan IMF 1998


Selepas Anwar dibebaskan di penjara Sungai Buloh, pada tahun 2004, beliau menjalankan perubatan di Munich, Jerman. Seorang lagi Yahudi, Paul Wolfowitz, ketika itu menjawat jawatan Timbalan Setiausaha Pertahanan Amerika Syarikat telah datang melawatnya dan mengadakan mesyuarat selama 3 jam. Antara tawaran Wolfowitz kepada Anwar adalah 'suaka politik' di Amerika dan menjalankan kerja-kerja membantu kerajaan Bush khususnya di negara-negara Islam. Klik di sini

Semasa Anwar menetap di Amerika dari tahun 2005-2007, beliau bertemu semula dengan semua rakan-rakan lama, antaranya William Cohen, Madeline Al Bright, Doughlas Pall dan Richard Holbrooke. Holbrooke telah melantiknya sebagai diplomat jemputan CFR untuk menyenangkan misi membantu kerajaan Washington yang berkaitan dengan dasar-dasar luar Amerika Syarikat.

Menurut x-pkr, tugas Anwar adalah mempromosi keamanan dalam Islam mengikut acuan Barat yang kemudiannya dikenali sebagai kempen "Islam dan Demokrasi". Dengan jawatan ini, Anwar telah bebas ke mana sahaja, termasuk Turki, Indonesia, Hong Kong, Thailand, Dubai dan negara-negara yang menjalinkan hubungan intim dengan Amerika Syarikat.

Tulis x-pkr, Anwar tidak perlu tauliah dari Malaysia, tetapi dengan status Diplomat Jemputan CFR, tauliah dari Amerika Syarikat itu sudah cukup untuk menjadikan Anwar terkenal di peringkat antarabangsa. Klik di sini

Dalam masa yang sama juga media-media kawalan CFR turut mempromosi nama Anwar di persada dunia. Anwar sering dijemput untuk bercakap memuji Amerika Syarikat di CNN, ,BBC, ABC dan sebagainya. Sebuah lagi majalah kawalan CFR, iaitu TIME telah menamakan Anwar sebagai 100 pemimpin berpenagruh di dunia. Penulis biodata Anwar di majalah TIME adalah kawan baiknya, Paul Wolfowitz.Klik di sini

Rupert Murdoch, berbangsa Yahudi ahli CFR yang menjadi taukeh media di Amerika turut memberi promosi besar-besaran kepada Anwar. Manakala seorang lagi Yahudi bernama George Soros turut membantu Anwar dari segi dana khususnya untuk menjadikan Anwar sebagai Perdana Menteri Malaysia.Klik di sini

George Soros merupakan pelobi kepada Presiden Barack Obama dan dianggap sebagai agent kepada keluarga Yahudi Rothschild. Klik di sini dan di sini


AIDC
12 September 2009, 9.14 pagi





*Nota : Artikel ini adalah olahan semula catatan-catatan lama saya di egroup AIDC. Tidak semua catatan di egroup akan disiarkan di blog. Sesetengah link yang diberi bersumberkan catatan di egroup, anda perlu mendaftar keahlian di egroup sebelum dapat membaca catatan tersebut. Untuk mendaftar klik di sini.




Artikel lain berkaitan :

. Anwar Ibrahim : CFR, Bangsa Terpilih dan Israel

. * Pengaruh Yahudi, CFR jadikan Anwar terkenal di antarabangsa

. * Anwar Ibrahim & dua keluarga Yahudi terkemuka

. * Anwar jadi ahli CFR, sokong ketuanan Israel/US ?

. * CFR, konsep bangsa terpilih, Israel dan Anwar Ibrahim

. * Gara-gara saman Dr Chandra, terbongkar Anwar ahli CFR

. * CFR adalah warisan Illuminati

. * Anwar Ibrahim, CFR & Brookings Institution

. * Anwar Ibrahim sokong zionisme ?

. * Anwar Ibrahim sokong zionisme II ?

. * Adakah Anwar sokong zionisme III ?

. * Anwar Ibrahim dan keluarga Yahudi Rothschild



2 ulasan:

Unknown berkata...

Syabas AIDC, hebat sungguh artikel mengenai CFR ini, begitu detail sekali AIDC mengupasnya seolah2 Pegawai Penyiasat Profesional...

Jadinya pengaruh CFR ni lagi besar dan kuat di peringkat dunia. CFR ini amat bahaya sekali kerana ia dapat mengugat kestabilan politik dan kesucian agama Islam.

Sebab itu, Anwar dengan bangganya letak nama jawatan "Diplomat Jemputan CFR, New York". Anwar nak tunjuk yang dia hebat dapat jadi "Budak Amerika".Apa barang....

Unknown berkata...

duduk la amerika terus. toksah buat kacau kat sini.

KAMI RAKYAT MAHUKAN KEADILAN. BUKAN MAHUKAN PELIWAT GILE KOSER yg NAK JADI PM