MODERATOR AIDC

AIDC NORA ZEK LADY
FAIZAL OM 300 QASEH
UDIN KMBG GLORY CKIAH
DRASEREMANG PISAU ABU

PANAS! DI AIDC GROUP

Anwar, International Crisis Group & Annapolis Summit : Klik di sini


NOTIS

Sesiapa yang mempunyai salinan pita rakaman mesyuarat MT berkenaan pemecatan Anwar pada tahun 1998, diharap dapat menghubungi saya via ym aidceditor atau email aidceditor@yahoo.com

2 Okt 2009

Anwar Ataturk : Jika Ching Peng hero, Askar Melayu pengkhianat ?

Tentera-tentera Melayu yang mati dibunuh Ching Peng di Bukit Kepong

Oleh NTanwar, AICclub

Untuk menarik undi kaum Cina, Anwar sanggup mengangkat Ching Peng sebagai hero. Anwar kata Ching Peng perlu dibenarkan pulang ke Malaysia demi kemanusiaan. Tanah Melayu adalah tanah air Ching Peng, kata Anwar.Klik di sini


Tetapi Anwar lupa, Ching Peng adalah adalah ketua komunis yang telah membunuh ramai orang Melayu yang tidak setuju dengan rancangannya untuk menakluk Tanah Melayu untuk dijadikan Republik Komunis Malaya.

Maknanya Ching Peng bukan berjuang untuk membentuk negara Malaysia, tetapi berjuang untuk membentuk Republik Komunis Malaya. Anwar bersetuju dasar Ching Peng bentuk Republik Komunis Malaya ?

Masihkah kita ingat pembunuhan kejam Ching Peng ke atas tentera Melayu Islam di Bukit Kepong. Filem "Bukit Kepong" arahan Jins Shamsuddin adalah satu filem terbaik yang boleh mengingatkan kita tentang kebiadapan komunis yang diketuai Ching Peng membunuh tentera-tentera Melayu itu.

Dalam serangan hendap Komunis di Bukit Kepong itu, pada 23 Feb 1950, 180 pengganas komunis atau 'bandit'lengkap dengan senjata outomatik telah mengepung , membunuh dan membakar keluarga anggota keselamatan Melayu yang bertahan di Bukit Kepong.

Tentera-tentera Melayu ditembak dan mayat mereka dibakar hidup hidup di dalam rumah. Mayat anak dan isteri anggota keselamatan Melayu ini bergelimpangan dibunuh oleh pengikut ganas Ching Peng.

Sebelum membakar rumah pengikut Pengganas Ching Peng menangkap isteri anggota keselamatan dan mengarah untuk yang bertahan menyerah diri. Bila tidak diendah isteri mereka di bunuh. Pada akhir pertempuran rumah dan anak isteri dibakar hidup hidup.

Tiada siapa pun mengiktiraf Ching Peng hero Malaya, kecuali Anwar Ataturk.

Hero kemerdekaan sebenar ialah keluarga anggota keselamatan yang menggadai nyawa mempertahan kampung dengan nyawa, menghadapi serangan pengganas komunis laknatullah yang zalim dan kejam itu.

Jika Anwar memperjuangkan satu individu Ching Peng, bagaimana pula ribuan individu tentera Melayu yang dibunuh Ching Peng ?

Kenapa tidak diambil kira perasaan hampir 2,000 bekas anggota tentera yang cacat dan masih hidup serta keluarga mereka masih menanggung trauma akibat pertempuran dengan komunis dahulu?

Adakah nyawa kira-kira 5,000 anggota keselamatan yang gugur ketika ketika mempertahankan negara daripada ancaman komunis pimpinan Chin Peng itu tidak ada nilai apabila hari ini tiba-tiba kita mahu memberi layanan istimewa kepadanya?


Sepatutnya Chin Peng diheret ke mahkamah dan dibicarakan atas segala keganasan dan pembunuhan yang dilakukannya. Layanan ke atasnya perlu sama seperti Pol Pot dan ramai lagi pemimpin Khmer Rouge yang kini dibicarakan oleh tribunal antarabangsa di Kemboja.

Meminjam kata-kata Presiden Persatuan Bekas Tentera Malaysia (PBTM), Datuk Muhammad Abdul Ghani: "Apa faedahnya kepulangan Chin Peng kepada negara?"

sumber - NTanwar





Tiada ulasan: