MODERATOR AIDC

AIDC NORA ZEK LADY
FAIZAL OM 300 QASEH
UDIN KMBG GLORY CKIAH
DRASEREMANG PISAU ABU

PANAS! DI AIDC GROUP

Anwar, International Crisis Group & Annapolis Summit : Klik di sini


NOTIS

Sesiapa yang mempunyai salinan pita rakaman mesyuarat MT berkenaan pemecatan Anwar pada tahun 1998, diharap dapat menghubungi saya via ym aidceditor atau email aidceditor@yahoo.com

26 Okt 2009

Anwar Atarturk: faktor dendam lama punca pertelagahan pimpinan PAS

Oleh Tomyampoktek, AIDCclub

Sejarah PAS menunjukkan parti itu memang pernah mempunyai krisis dalaman yang teruk pada tahun 1977, pada masa itu telah berlaku krisis diantara Menteri Besar Kelantan Dato’ Asri dan juga Presiden PAS pada masa itu Dato Asri Haji Muda. Krisis tersebut telah membawa kepada pemecatan Menteri Besar Kelantan Datuk Nasir daripada parti yang diwakili hingga menyebabkan wujudnya bantahan besar dikalangan rakyat Kelantan, yang membawa kepada darurat dan wujudnya kerajaan Mageran di Kelantan.

Difahamkan lebih 80, ribu rakyat Kelantan mengadakan tunjuk perasaaan membantah tindakan Dato Asri memecat Datuk Nasir dari parti. Antara tuduhan yang dilemparkan kepada Datuk Nasir adalah tidak mengikut dasar parti, pecah amanah, mengingkari arahan parti, menjatuhkan imej parti dan lebih memihak kepada golongan tertentu daripada kepentingan parti sendiri.

Semasa AJK PAS pusat membuat undian memecat Datuk Nasir, Menteri Besar Kelantan sekarang Tok Guru Nik Aziz yang ketika itu memegang Ketua Dewan Ulama dan 12 AJK lain senada dengan Dato Asri bersetuju dengan tindakan menyingkir Datuk Nasir, namun terdapat AJK lain seramai 7 orang menentang termasuk Datuk Harun Din dan ada dua berkecuali dimana salah seorangnya adalah Mustapa Ali yang semasa itu adalah Ketua Pemuda PAS.

Semasa tempoh itu juga, seorang AJK iaitu Ali Taib telah mengumumkan keluar parti kerana membantah keras keputusan memecat Datuk Nasir dengan alasan terdapat pilih kasih didalam PAS dan PAS telah terkeluar dari prinsip perjuangan dan menyeleweng dari dasar-dasar islam. Keputusan PAS memecat Datuk Nasir menyebabkan PAS Kelantan melakukan protes besar-besaran kepada kepimpinan Pusat. Di Kota Bharu pada masa tersebut Dewan Ulamak PAS Kelantan telah mendesak Pengerusinya Nik Aziz Nik Mat meletakkan jawatan.

Pemecatan Datuk Nasir itu telah membawa kepada undi tidak percaya kepada beliau sebagai Menteri Besar Kelantan pada sidang Dewan Undangan Negeri Kelantan oleh kumpulan 20 dari parti PAS hingga menyebabkan politik Kelantan mengalami ketegangan hingga urusan seharian tergangu.

Ekoran krisis tersebut suara2 bantahan kepada Dato Asri kian menyemarak didalam PAS, namun kepada penyokong Dato Asri PAS yang wujud tanpa Datuk Asri bukanlah PAS tulen, PAS tanpa Datuk Asri adalah PAS menyeleweng. Seolah Datuk Asri adalah PAS. PAS adalah Datuk Asri, sepertimana kedudukan Tok Guru Nik Aziz Mursyidul Am PAS alami sekarang, bagi orang PAS kini PAS adalah Nik Aziz, Nik Aziz adalah PAS.

Melihat setuasi didalam PAS ini, Halim Mahmod dalam buku berjudul Asri Dalam Dilema terbitan tahun 1983 menyatakan “ apa yang boleh dikatakan ahli PAS semacam dipaksa untuk mengikut dan mempercayai bahawa perjuangan sebilangan ahli dan pengikut-pengikutnya, istimewa di Kelantan lebih menyanjung dan memuja tokohnya dari meneruskan perjuangan parti sebagai matlamatnya.”“Apa sahaja yang disuarakan oelh pucuk pimpinan seolah-olah benar belaka dan fatwa dari ulamak besar seperti dizaman Rasullullah.”

Namun begitu perjuangan Datuk Asri kian malap apabila banyak suara terutama pemimpin baru dalam parti mula meniup angin perubahan, lama-kelamaan pengaruh Datuk Asri kian pudar didalam parti. Satu persatu tindakan Asri mula dipertikai dan disuarakan oleh ahli parti. Kesannya tanpa disangka pada muktamar PAS kali ke 28 pada tahun 1982 yang diadakan di Dewan DBP Kuala Lumpur menyaksikan Asri terpaksa melepaskan jawatan.

Tunjang utama yang membawa arus sehingga Asri terpaksa meletakkan jawatan adalah wujudnya tiupan angin revolusi Iran yang diketuai oleh Mustapaha Ali yang sewaktu itu memimpin Dewan Pemuda PAS yang melancarkan kempen agar PAS diterajui oleh kepimpinan Ulama.

Pada masa itu juga ahli PAS sedang melihat kemunculan tokoh muda bernama Abdul Hadi Awang dari Kampung Rusila untuk diangkat sebagai pemimpin masa hadapan PAS. Akhirnya 30 Januari 1983, Asri telah digantung keanggotaan parti bersama 7 anggota lain oleh pemangku Yang Dipertua PAS Haji Yusuf Rawa atas alasan kesalahan Asri adalah berat kerana melanggar dan tidak taat kepada perlembagaan parti.

Hari ini krisis dalaman PAS seakan timbul kembali apabila Musyidul Am PAS Tok Guru Nik Aziz menyarankan agar diadakan muktamar khas untuk menyingkirkan beberapa orang pimpinan PAS termasuk Haji Hadi Awang, Mustapa Ali dan juga Hassan Ali. Adakah mungkin peristiwa lama akan berulang kembali atau PAS mengalami peristiwa yang lebih teruk lagi, sama-sama kita perhatikan. Sesuatu yang pasti pihak yang ingin menguasai parti tentu tersenyum girang melihat senario didalam PAS hari ini.


Namun begitu, timbul persoalan kenapa Tok Guru Nik Aziz dilihat cuba memperbesar perkara tersebut, dengan menjadikan Mustapa Ali sebagai seteru utama. Sedangkan Tok Guru Presiden seolah menafikan kekalutan yang berlaku, manakala PAS Melaka pula mengatakan tidak ada pertelagahan didalam PAS apa lagi pergeseran.

Kalau kita menyorot kembali sejarah PAS, perbezaan pendapat Tok Guru Nik Aziz dengan Mustapha Ali dan kumpulan yang dilihat pro Ulama didalam PAS hari ini telah wujud sejak tahun 1977 lagi.

Adakah mungkin perbezaan pendapat itulah yang menyebabkan Tok Guru Nik Aziz begitu berdendam dengan geng Mustapha Ali dan geng Terengganu. Dan Kerajaan Perpaduan dijadikan alasan untuk memburukan kepimpinan Mustapa Ali dan geng Terengganu. Suatu fakta yang pasti Dato Asri yang pernah disokong Tok Guru Nik Aziz sebenarnya membawa ikatan kepada persefahaman PAS dan UMNO.

Hakikatnya Tok Guru Nik Aziz pun dilihat dalaman PAS pernah membuat keputusan yang salah apabila menyokong tindakan Dato Asri dalam krisis 1977 untuk memecat Dato' Nasir. Kerana selepas pemecatan itu Tok Guru Nik Aziz sendiri yang mengalami konfrontasi dengan Dato Asri. Kesan pemecatan Dato' Nasir menyebabkan perpecahan serius didalam PAS hingga menyebabkan Timbalan Yang Dipertua PAS pada masa itu yang tidak menyokong tindakan pemecatan Dato' Asri pun meletakkan jawatan, hingga menyebabkan PAS menjadi lemah selepas itu.

Sebagai seorang manusia Tok Guru Nik Aziz sudah tentu bukan maksum seperti nabi, sedikit sebanyak khilaf dalam pembuatan keputusan politik akan berlaku. Cuma yang agak memeningkan kepala, pergeseran Tok Guru Nik Aziz ini dengan Mustapa Ali ini tidak ubah pergeseran faktor sentimen kenegerian atau kepuakkan.

Seperti diketahui hubungan kedua negeri Kelantan dan Terenganu ini sentiasa ada pasang surut, jika didalam perlawanan bolasepak, kalau tiada pergaduhan tidak sah perlawanan tersebut. Sebab itu kita lihat apabila pewakilan UMNO Terengganu menempelak UMNO Kelantan sewaktu Perhimpunan Khas UMNO baru-baru ini, pewakilan Kelantan bangkit mempertahankan diri dan menghambur peluru kepada pewakilan UMNO Terengganu.

Didalam PAS pun keadaaan yang hampir sama berlaku, contohnya apabila berlakunya Pilihanraya kecil Kuala Terengganu sebelum ini jentera PAS Kelantan dikatakan tidak dibenarkan sepenuhnya membantu PAS Terengganu. Hasilnya ramai suara tidak puas hati PAS Kelantan kedengaran. Pada masa itu PAS Terengganu bekerja cukup bersemangat kerana tidak mahu memalukan imej Presiden Parti yang berasal dari Terengganu. Hasilnya PAS berjaya menang pilihanraya tersebut dan merampas kerusi tersebut dari tangan BN. Ia menyebabkan jentera PAS Kelantan yang didokongi Husam Musa gagal untuk memperlekeh kepimpinan PAS Terengganu.

Sementara itu sewaktu pilihanraya Kecil Manek Urai pula, dikatakan juga PAS Kelantan telah tidak membenarkan jentera PAS Terengganu terlibat sama dengan kempen pilihanraya. Pada masa itu dikatakan jentera PAS Terengganu telah diperlekah oleh PAS Kelantan hingga menyebabkan ramai dikalangan mereka yang pulang awal ke Terengganu, dan membangkitkan suara kurang berpuas hati kerana dilayan seperti itu.

Disini kita melihat, tindakan Tok Guru Nik Aziz menyerang pimpinan PAS Terengganu seolah ada kaitan dendam yang belum selesai. Walaupun hujah ini akan diketawakan orang atau dianggap mustahil kerana status Tok Guru yang ada pada Nik Aziz, namun bukanlah mengejutkan jika ia berlaku.

Sedangkan pemimpin Islam seperti Khalifah Othman al-Affan yang telah dijanjikan syurga pun mempunyai kelemahan ditahun-tahun terakhir pemerintahannya, apa lagi dengan status Nik Aziz yang hanya dianggap tok guru dan ulama dikalangan orang PAS sahaja, manakala tak semua orang islam di Malaysia melihat beliau sebagai ulama sahih yang harus dihormati gara-gara kenyataan dan tingkahlaku beliau yang banyak menimbulkan kontroversi dan persoalan.

sumber - tomyampoktek


Tiada ulasan: