MODERATOR AIDC

AIDC NORA ZEK LADY
FAIZAL OM 300 QASEH
UDIN KMBG GLORY CKIAH
DRASEREMANG PISAU ABU

PANAS! DI AIDC GROUP

Anwar, International Crisis Group & Annapolis Summit : Klik di sini


NOTIS

Sesiapa yang mempunyai salinan pita rakaman mesyuarat MT berkenaan pemecatan Anwar pada tahun 1998, diharap dapat menghubungi saya via ym aidceditor atau email aidceditor@yahoo.com

26 Okt 2009

Apabila PAS berpecah dua, Anwar Ataturk juga untung

Oleh Analisisringan, AIDCclub

Ketika berdebar-debar menunggu keputusan perlawananan antara Liverpool dan Manchester United malam tadi. Kumbang didatangi rakan daripada parti PAS yang ingin menceritakan sesuatu. Biasanya topik hanya berkisar mengenai cerita kawan-kawan tetapi kali ini nada agak berlainan kerana beliau mahu menceritakan apa yang sebenarnya berlaku di dalam PAS sekarang.

Kumbang agak pelik kerana sememangnya rakan Kumbang ini memang tidak ringan mulut menceritakan mengenai PAS. Pernah Kumbang bertanya beberapa kali tentang PAS, beliau hanya jawab tidak tahu. Kumbang faham kerana ahli-ahli PAS sememangnya dididik begitu, untuk tidak membawa mulut mengenai masalah yang berlaku di dalam parti kerana takut menjejaskan perjuangan gerakan Islam yang dibawa.

Tetapi kali ini pasti ada sesuatu yang amat menekan beliau dan beliau terpaksa menceritakan kepada Kumbang yang sememangnya beliau tahu Kumbang lebih terbuka mengenai politik dan hanya menolak Anwar Ibrahim. Ceritanya begini. Menurut beliau kisah muktamar khas ini bermula dengan Husam Musa yang masih tidak berpuas hati dengan kekalahan beliau pada pemilihan yang lalu. Untuk itu Husam sememangnya menunggu masa yang sesuai untuk membalas dendam atau merebut semula jawatan timbalan presiden daripada Ustaz Nasa.

Kenyataan Hasan Ali yang sememangnya agak vokal di Selangor mengenai arak dan isu SELCAT telah menarik perhatian Khalid Samad yang juga masih berdendam dengan Hasan Ali kerana menyingkirkan beliau daripada pimpinan PAS Selangor. Hal ini menyebabkan Khalid Samad berjumpa dengan Husam Musa untuk berbincang mengenai Hasan Ali. Husam dan Khalid Samad memikirkan ini adalah masanya untuk menjatuhkan Ustaz Nasa termasuk Hasan Ali dan bersetuju membawa Anwar Ibrahim untuk berjumpa dengan Nik Aziz beberapa hari sebelum kenyataan mengenai Muktamar Khas dikeluarkan oleh Nik Aziz di blognya.

Anwar Ibrahim dikatakan ingin berjumpa dengan Nik Aziz kerana ingin memastikan PAS akan terus bersama Komplot Pembangkang dan menyingkirkan pemimpin-pemimpin PAS yang tidak pro beliau. Untuk rekod ramai pimpinan PAS sudah meragui kerjasama dengan Anwar Ibrahim kerana larinya undi melayu di PRK Bagan Pinang dan Manek Urai kerana kerjasama PAS dan Anwar Ibrahim.

Dalam pada itu ramai pimpinan PAS menyedari Anwar kini lebih cenderung kepada Islam Liberal dan bersekongkol dengan Amerika serta ada yang bersetuju Anwar terlibat didalam kes liwat yang melibatkan beliau. Hal ini menyebabkan Anwar tidak ada pilihan, melainkan untuk menyingkirkan pemimpin-pemimpin PAS yang meragui beliau termasuk Hasan Ali, Hadi Awang, Ustaz Nasa dan Jawatankuasa Pusat yang lain.

Anwar Ibrahim bertemu Nik Aziz dengan membawa berita bahawa kini pimpinan PAS di peringkat atasan dan jawatankuasa pusat sudah condong menyokong gabungan dengan UMNO dan meminta Nik Aziz untuk mendesak perubahan kepimpinan berlaku agar UMNO tidak akan bergabung dengan PAS.

Nik Aziz yang sememangnya anti dengan UMNO kerana peristiwa keluarnya PAS daripada BN ketika zaman Tun Hussein Onn berjaya diyakini Anwar. Dalam pada itu menurut rakan Kumbang, Nik Aziz dikatakan masih berdendam dengan Mustafa Ali dan pimpinan PAS yang berada di Terengganu kerana menjatuhkan Dato Asri sebagai Presiden di muktamar ke-28 pada 23 Oktober 1982 di balai seminar Dewan Bahasa dan Pustaka. Yang mana ketika itu, Nik Aziz berada di dalam team Dato Asri dan Mustafa Ali sebagai Ketua Pemuda PAS yang menentang dan menjatuhkan Dato Asri kerana tidak mendengar suara orang muda.

Sentimen anti UMNO dan dendam kepada pimpinan PAS Terengganu inilah dikatakan rakan PAS Kumbang itu sebagai punca Nik Aziz mengeluarkan gesaan supaya muktamar PAS diadakan untuk mengubah pucuk pimpinan hasil termakan hasutan Anwar Ibrahim, Husam Musa dan Khalid Samad.

Ironinya muktamar PAS luar biasa dan penyingkiran pemimpin yang tidak pro Anwar ini akan memberi kelebihan kepada Husam Musa untuk menjawat jawatan Timbalan Presiden dan dikatakan Khalid Samad akan merebut jawatan pesuruhjaya PAS Selangor. Untuk jawatan Presiden dikatakan akan dipegang sementara oleh Nik Aziz.
Akhirnya siapa yang untung?

Anwar Ibrahim yang pasti akan mendapat keuntungan kerana berjaya menyingkirkan pimpinan PAS yang tidak pro beliau dan beliau dapat menggunakan PAS untuk kepentingan diri beliau.Lihat sahaja perhimpunan BERSIH. Nama Anwar Ibrahim dicanangkan seluruh dunia sebagai penganjur perhimpunan itu tetapi ahli dan pimpinan PAS yang bertungkus lumus melaksanakannya.

Adakah ahli-ahli PAS akan terus tunduk kepada Anwar Ibrahim dan menggadaikan prinsip perjuangan gerakan Islam PAS yang kian lenyap dek kerana bersekongkol dengan Anwar Ibrahim?

Adakah ahli-ahli PAS akan bersedia untuk menerima Islam Liberal dan Pluralisme Agama yang kini sering dikaitkan dengan Anwar Ibrahim?

PAS,fikir-fikirkanlah. Pilihlah pemimpin yang berjuang dengan dasar perjuangan asal PAS. Berubah atau Rebah!

Baca pendapat pemikir sebenar PAS mengenai perkara ini di sini.


Untuk maklumat lanjut mengenai kaitan Anwar Ibrahim dengan Amerika dan isu-isu anti Anwar yang lain. Sertai E-Group AIDC sekarang. Klik Sini

sumber - analisisringan


Tiada ulasan: