MODERATOR AIDC

AIDC NORA ZEK LADY
FAIZAL OM 300 QASEH
UDIN KMBG GLORY CKIAH
DRASEREMANG PISAU ABU

PANAS! DI AIDC GROUP

Anwar, International Crisis Group & Annapolis Summit : Klik di sini


NOTIS

Sesiapa yang mempunyai salinan pita rakaman mesyuarat MT berkenaan pemecatan Anwar pada tahun 1998, diharap dapat menghubungi saya via ym aidceditor atau email aidceditor@yahoo.com

26 Okt 2009

Azmin Ali – yang membebankan



Azmin kekal kerana beliau paling loyal kepada Anwar. Azmin wujud kerana beliau terlampau akur kepada Anwar sungguh pun dalam keakuran tersebut Azmin juga bermain politik yang tidak kurang hebat. Ada pendapat yang mengatakan bahawa dalam persoalan mainan politik – Azmin lebih berupaya – dan bukti kekuatan manipulasi politiknya jelas apabila Ezam Mohd Nor kecewa dalam politik PKR dan Anwar Ibrahim.

Kekecewaan Ezam dikatakan kerana politik manipulasi Azmin. Azmin bukan antara mereka yang disanjung begitu rupa dalam gerakan reformasi. Sungguhpun wujud secara konsisten dalam gerakan reformasi 1998 – tetapi pengaruh dari kalangan mereka yang tegar berdemonstrasi – berani turun ke jalan raya – tidak sehebat Ezam Mohd Nor. Mereka yang menghampiri Azmin sewaktu gerakan reformasi terlancar adalah mereka yang lebih berpolitik – pandai berpolitik tetapi tidak berjiwa perubahan.

Hari ini juga – Azmin dikatakan menggunakan kekuatan wang – untuk berpolitik dan mendapat pengaruh. Dalam cakap-cakap dengan kumpulan atau mereka yang hadir secara tegar dalam reformasi – Azmin hanya disokong oleh orang yang berkepentingan. Pada waktu itu Ezam lebih disokong kerana berani – kerana tegar memperjuangkan isu sungguhpun mungkin kekecewaan melihat Azmin dengan loyal kepada Anwar tetapi lebih membebankan PKR dalam jangka masa panjang. Perubahan dalam acuan reformasi sebenarnya menurut sesetengah pihak tidak wujud dalam Azmin Ali.

Pendapat mengatakan Azmin masih ortodoks membudaya politik corak UMNO. Azmin tidak melihat seseorang itu dari sudut kecekalan memperjuangkan isu dan sanggup berkorban dalam memperjuangkannya, Azmin hanya melihat dari sudut kepentingan politik sahaja. Pengukuran kepentingan seseorang itu adalah semata-mata apa yang boleh diperoleh dan menilai dari sudut kepentingan politik. Perkara lain – pengorbanan kepada perjuangan – tidak bermakna kalau tidak dapat memberi loncatan politik kepada dirinya.

Itu yang terkumpul apabila menceritakan dengan beberapa orang yang amat teguh dan berani dalam perjuangan reformasi. Hari ini kita lihat beberapa pergolakan berlaku – mungkin itu hanya bunga kepada apa yang sebenarnya ada. Azmin ditolak dari menjadi Ketua Perhubungan Negeri Sabah dan Azmin dikatakan bergeser dengan Zaid Ibrahim.

PKR menerima pandangan Sabah dan dikatakan akan melantik Azmin sebagai Ketua Perhubungan Wilayah Persekutuan. Satu lantikan bagi menghargai sikap loyal Azmin kepada Anwar Ibrahim sungguhpun mungkin tidak berketepatan dengan perubahan yang perlu PKR ambil. Mungkin persoalan dahulu sewaktu awal gerakan reformasi dan setelah tertubuhnya Parti Keadilan Nasional patut timbul – siapa Azmin sebenarnya – loyal kepada Anwar – loyal kepada perjuangan – loyal kepada diri sendiri.

sumber - umno-reform

Tiada ulasan: