Betul-betul kelakar dan umpama filem hindustan. Sidang DUN haram pakatan pembangkang yang berlangsung di dewan acara Hotel Heritage Ipoh berakhir kira-kira jam 2 petang Rabu membuat beberapa keputusan. Antaranya melantik semula anggota Jawatankuasa Kira-Kira Wang Awam, Jawatankuasa Hak dan Kebebasan dan Jawatankuasa Peraturan Tetap.
Namun satu keputusan yang betul-betul menarik perhatian ialah sidang haram itu mengesahkan keputusan Jawatankuasa Hak dan Kebebasan mereka yang mengarahkan Speaker DUN Perak yang dilantik secara sah Datuk R. Ganesan dan ADUN Jelapang Hee Yit Fong yang keluar dariapda DAP, ditangkap kerana didakwa mengambilalih sidang DUN 7 Mei lalu.
Tidak cukup dengan itu, kedua-dua mereka turut dijatuhkan hukuman penjara enam bulan setiap seorang dalam keputusan yang dibacakan oleh ADUN Tronoh, V. Sivakumar yang masih ‘berlagak sebagai Speaker’.
Terdahulu dewan acara hotel berkenaan tempat berlangsungnya sidang haram tersebut telah disusun atur seperti dalam DUN Perak. Tempat Speaker yang ditinggikan dan ADUN pakatan pembangkang diletakkan kedudukannya di sebelah kanan Sivakumar sebagai tanda mereka masih lagi kerajaan.
Manakala di sebelh kiri Sivakumar disusun kerusi dan meja pembankang yang dikhususkan untuk ADUN Barisan Nasional (BN). Bagaimanapun tiga kerusi ADUN Bebas tidak ada sebab paa Sivakumar mereka telah meletakkan jawatan walaupun mahkamah telah memutuskan mereka masih ADUN yang sah.
Malah nama Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir tidak diletakkan di atas meja kerana bagi Sivakumar, beliau telah menggantung Zambry daripada hadiri sidang DUN selama 12 bulan walaupun Mahkamah Persekutuan memutuskan penggantungan yang dibuat oleh Sivakumar sebelum ini tidak sah dan tidak mengikut peraturan.
Namun itulah drama yang dilakonkan di Ipoh hari Rabu oleh ADUN pakatan pembangkang.
Melihatkan kepada persiapan di dewan acara hotel itu, nyata persediaan awal telah dibuat untuk meneruskan sidang DUN haram berkenaan di hotel dan drama di depan bangunan Perak Darul Ridzuan sebelah paginya hanya untuk tujuan publisiti dan liputan media khususnya antarabangsa.
Ini bagi memastikan gambaran hak mereka dinafikan dan mereka dizalimi akan menajdi tajuk utama berita. - 2/9/2009
Sidang DUN haram di Hotel Heritage
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) pakatan pembangkang Perak yang sengaja hendak buat kecoh ekoran mahu mengadakan sidang DUN haram, setelah gagal memasuki Bangunan Perak Darul Ridzuan, beralih ke Hotel Heritage Ipoh bagi meneruskan hasrat mereka.
Mereka yang mula berhimpun di ibu pejabat DAP Perak kemudiannya berarak ke Bangunan Perak Darul Ridzuan yang terletak di seberang jalan walaupun sedar pihak polis telah membuat sekatan.
Malah pagi Rabu, Setiausaha Kerajaan Negeri perak, Datuk Dr Abdul Rahman Hashim telah mendapatkan perintah mahkamah menghalang pembangkang untuk mengadakan perhimpunan dalam jarak 30 meter daripada bangunan kerajaan negeri itu.
Namun disebabkan memang niat hendak buat kecoh, ADUN pembangkang tetap meneruskan perarakan dan ia telah menyebabkan berlakunya kekecohan.
Dalam usaha mengawal keadaan polis telah menahan tiga ADUN pakatan pembangkang iaitu Pengerusi DAP Perak yang juga ADUN Sitiawan, Datuk Ngeh Koo Ham, ADUN Simpang Pulai, Chan Ming Kai dan ADUN Malim Nawar, Keshvinder Singh kerana merempuh sekatan polis.
Ekoran kegagalan memasuki bangunan Perak Darul Ridzuan, pakatan pembangkang beralih kepada ‘pelan B’ mereka iaitu bersidang di Hotel Heritage yang telah pun ditempah awal lagi bagi mengadakan sidang DUN haram mereka.
Berikut adalah rentetan peristiwa yang berlaku:
10.45 pagi: Gagal memasuki bangunan Perak Darul Ridzuan untuk adakan sidang DUN haram, ADUN pembangkang mengumumkan akan adakan sidang haram mereka di Hotel Heritage Ipoh jam 11.30. Dalam pada itu polis turut menahan 2 orang awam dan seorang jurugambar dalam kekecohan yang berlaku.
10.25 pagi: Polis menahan tiga ADUN pembangkang iaitu Pengerusi DAP Perak, Datuk Ngeh Koo Ham. ADUN Simpang Pulai, Chan Ming Kai dan ADUN Malim Nawar, Keshvinder Singh kerana cuba rempuh sekatan polis untuk pergi ke bangunan Perak Darul Ridzuan
10.00 pagi: Polis turut berkawal sekitar pokok tempat bekas speaker S.Sivakumar adakan sidang DUN sebelum ini. Difahamkan, pembangkang sedang cuba dapatkan perintah mahkamah batalkan perintah halangan diperolehi Setiausaha Kerajaan Negeri awal pagi ini.
9.45 pagi: Setiausaha Kerajaan Negeri Perak Datuk Dr Abd.Rahman Hashim pagi ini berjaya dapatkan perintah mahkamah halang pembangkang adakan perhimpunan jarak 30 meter dari bangunan Perak darul Ridzuan. Kira-kira 100 anggota polis termasuk FRU sedang berkawal
9.00 pagi: Kira-kira 200 penyokong termasuk ADUN Pembangkang sedang berkumpul di Wisma DAP di seberang jalan pintu masuk bangunan Perak Darul Ridzuan. Pembangkang cadang adakan Sidang Dewan Undangan Negeri hari ini.
sumber - agendadaily
Macam-macam punya ‘gila’…
Perhatian sekali lagi bertumpu ke kawasan bangunan Perak Darul Ridzuan di Ipoh ekoran kedegilan bekas Speaker Dewan Undangan Negeri Perak V Sivakumar nak adakan juga sidang DUN di situ pada jam 10 pagi Rabu.
Perbuatan itu bukan saja tidak mengikut undang-undang tetapi terang-terang satu bentuk penderhakaan pakatan pembangkang kepada Sultan Perak.
Motifnya memang jelas mahu bikin kecoh dan heboh.
Sehingga petang Selasa Sivakumar tetap berkeras dengan keputusan itu sekalipun beliau sah bukan lagi Speaker DUN itu.
Begitu juga halnya dengan bekas Menteri Besar Datuk Seri Nizar Jamaluddin.
Speaker yang sah Datuk R. Ganesan telah membuat kenyataan meminta semua Ahli Dewan Undangan Negeri mengabaikan notis panggil sidang yang dikeluarkan oleh Sivakumar.
Pihak polis sudahpun mendapat perintah mahkamah melarang siapa saja hadiri sidang DUN yang hendak diadakan oleh Sivakumar itu dan juga berada 30 meter dari perkarangan bangunan pentabiran utama kerajaan negeri Perak itu.
Ketua Polis Perak Datuk Zulkifli Abdullah sudahpun mengingatkan tindakan tegas akan diambil keatas mereka yang melanggar arahan itu bermula jam 1 pagi ini hingga 11 malam.
Polis hanya akan benarkan kakitangan kerajaan yang berkhidmat di bangunan itu saja masuk ke kawasan berkenaan.
Sivakumar juga gagal mendapatkan perintah mahkamah untuk larang Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Abdul Rahman Hashim sekat mereka dari adakan siding DUN berkenaan.-1/9/2009
Sivakumar nak buat hal lagi…Speaker kata tiada sidang DUN Perak Rabu ini
Jangan terkejut jika sidang Dewan Undangan Negeri Perak ‘ bawah pokok’ berulang balik.Tunggu saja Rabu 2 September ini tengok apa jadi gara-gara Ahli Dewan Undangan Negeri DAP kawasan Tronoh V Sivakumar ‘ buat gila’ panggil sidang DUN hari itu.
Gelagatnya itu dikatakan sengaja untuk bikin kecoh sekalipun beliau bukan lagi Speaker DUN itu selepas siding DUN sah dirasmikan oleh Raja Nazrin Shah pada 7 Mei lalu dimana jawatanya sudah dilucutkan.
Speaker DUN Perak yang sah Datuk R. Ganesan mengadakan sidang akhbar Sabtu untuk memberitahu semua ADUN Perak tidak perlu menghadiri persidangan dewan yang dipanggil pada pada Rabu ini kerana arahan yang dikeluarkan adalah daripada sumber tidak sah.
Beliau berkata tindakan Sivakumar memanggil persidangan itu adalah pelik kerana beliau bukan lagi Speaker.
Katanya Sivakumar masih mahu “menyamar” dan bertindak sebagai YDP dengan memanggil sidang sedangkan DUN tidak pun bercadang untuk mengadakan persidangan pada tarikh berkenaan.
“Saya juga ingin memaklumkan kepada semua ADUN supaya mengenepikan sebarang arahan atau dakwaan yang dibuat oleh ADUN Tronoh... ini berdasarkan kepada ketetapan dewan yang bersidang pada 7 Mei lalu antara lainnya, dengan suara majoriti telah melucutkan jawatan ADUN Tronoh daripada jawatan Yang Dipertua dan selanjutnya melantik saya sebagai YDP yang baru,” katanya.
Jumaat Ganesan membuat laporan polis meminta siasatan dan tindakan sewajarnya diambil terhadap Sivakumar berhubung perkara berkenaan.
Beliau berkata ADUN Tronoh itu tidak mempunyai kuasa untuk memanggil sidang DUN dan usaha yang dibuatnya itu adalah tindakan yang bertujuan mahu mewujudkan keadaan tidak stabil dalam pentadbiran kerajaan negeri Perak.
ADUN pembangkang daripada PAS, DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) pernah mencuba mengadakan persidangan Dewan pada Mac lalu tetapi tidak dibenarkan masuk ke dewan dan akhirnya 28 ADUN terbabit mengadakan persidangan di kawasan lapang berhampiran dan episod itu dikenali sebagai “Sidang DUN bawah pokok”.
Ganesan menjelaskan bahawa mengikut peruntukan Artikel 36 (1) Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Perak menyebut kuasa memanggil sidang DUN adalah kuasa mutlak Sultan Perak.
“Sidang DUN perlu mendapat pengisytiharan Sultan Perak yang mana baginda sendiri akan menentukan tarikh, masa dan tempat persidangan seterusnya akan diwartakan mengikut Perintah-Perintah Tetap Dewan Perhimpunan Undangan Negeri Perak. Ini amalan yang diikut sebelum ini,” katanya.
Beliau berkata tindakan Sivakumar memanggil sidang DUN tanpa mendapat perkenan Sultan Perak boleh dianggap sebagai sebagai “rampasan kuasa” dan merupakan penghinaan serta penderhakaan kepada institusi diraja Perak.
Ganesan berkata beliau tidak akan teragak-agak mengambil tindakan mengikut peruntukan Perintah-Perintah Tetap Dewan Perhimpunan Undangan Negeri Perak terhadap Sivakumar atau pihak terbabit dalam “sidang DUN” pada Rabu ini.-29/8/2009
sumber - agendadaily
2 ulasan:
kasi potong nizar punya anu!
sidang dewan ape nih?
dorang nih dah mcm buat mahkamah sendiri haaa bule nak penjara kan org sesuka hati.
kalau PR berkuasa mcm nih la jadik sok. suka hati mak bapak dorang jek diorang nak buat ape.. nak langgar undang2 semua
Catat Ulasan