Oleh Kumbang, AIDCclub
Kebencian dan ketakutan Anwar terhadap Ketua Polis Negara, Musa Hassan semakin jelas apabila tiba-tiba muncul satu akuan bersumpah di Malaysia-Today yang mengaitkan Musa dengan kegiatan kongsi gelap.
Anwar dan berserta rakan-rakannya di dalam Pakatan Pembangkang secara berjemaaah menginginkan Musa Hassan untuk tidak dilanjutkan kontrak dengan mengaitkan Musa dengan kegiatan kongsi gelap dan salahguna kuasa. Yang mana mereka di dalam Pakatan Pembangkang amat mengetahui Musa Hassan merupakan penghalang besar kepada ketua mereka, Anwar Ibrahim untuk terus melakukan penipuan dan bermacam helah atas misi menguasai pemerintahan negara dan menjadi Perdana Menteri,.
Musa yang dilanjutkan kontrak selama 2 tahun pada 14 September 2007, dikatakan akan dilanjutkan sekali lagi kontrak pada 13 September ini kerana prestasi baik dan cemerlang. Sebagai bukti penganugerahan DSO oleh kerajaan Singapura seperti gambar di atas.
Perkara ini ternyata merunsingkan Anwar, kerana sejarah telah membuktikan antara orang yang terlibat membongkar segala kebobrokan Anwar Ibrahim adalah Musa Hassan sendiri. Klik sini untuk melihat laporan mengenai perkara ini.
Semakin membarahkan kebencian dan ketakutan Anwar Ibrahim terhadap Musa Hassan apabila teori penglibatan Musa Hassan di dalam konspirasi 1998 yang dilemparkan Anwar, dicabar oleh Musa Hassan dengan menfailkan saman 5 juta ringgit kepada Anwar pada Julai tahun lalu. Ini menyebabkan Anwar kematian akal dan memikirkan pelbagai cara untuk menyingkirkan Musa yang menganggu perjalanan politik beliau yang penuh penipuan.
Justeru itu keluarlah pelbagai tuduhan dan akuan bersumpah yang dikatakan dibuat oleh 'orang dalam' yang menyokong Anwar. Samada benar atau tidak akuan bersumpah ini, Anwar dikatakan turut cuba melobi pihak atasan untuk menyingkirkan Musa Hassan. Ini dibuktikan dengan kenyataan Mahfuz Omar yang meminta supaya Yang Dipertuan Agong menentukan sendiri status Musa Hassan dan menolak sambungan Kontrak Musa Hassan jika dikemukakan Perdana Menteri.
Bagi Kumbang segala propaganda yang dibuat Anwar Ibrahim untuk menjatuhkan imej Musa Hassan ini, jelas menggambarkan bahawa sebenarnya Anwar Ibrahim penuh benci dan takut kepada Musa Hassan yang mengetahui segalanya mengenai siapa beliau sebenarnya. Kaitan dengan konspirasi sudah dicabar dengan saman, kaitan dengan kongsi gelap pula dilemparkan kepada Musa Hassan. Kumbang harap 1 lagi saman difailkan oleh Musa Hassan kepada Anwar berhubung dengan tuduhan-tuduhan ini, supaya ia dapat mematikan langkah jahat Anwar yang cuba memburukkan imej beliau.
Khulasahnya, Singa yang ditakuti Anwar ini perlu diteruskan perkhidmatannya oleh Perdana Menteri dan negara. Jika tidak, Anwar Ibrahim akan terus mengkucar-kacirkan negara dengan penuh senyuman dan kegembiraan.
Adakah Perdana Menteri dan rakyat Malaysia sanggup melalui ini semua?
sumber - analisisringan
3 ulasan:
macam malaysia ni tk der ketua polis lain...kasi la can orang bawah naik pulak..
mentang2 laa ..musa jadi lembu umno
kalau boleh nk sambung sampai mati..
kalau gitu buang tukar saja anwar dari ketua umum PKR, macam takde orang lain boleh jadi ketua PKR ...
mentang mentang le anwar jadi lembu amerika, kalau boleh nak suh dia duk situ sampai mati...
dekat perak sidang PR sebok nak memenjarakan org, tak payah mahmakah pun bule penjarakan org
Anwar pulak sebok nak berhentikan KPN dari terus menjalankan tugas n bekerja.
nampak dah bayang2 kalau PR jadi kerajaan.. habis undang2 semua depa langgar buat sesuka hati sendiri.
Azmin mintak Khalid digantikan dengan org baru. Aku rakyat mintak Anwar digantikan dengan org baru jugak
Catat Ulasan